RE-IGNITE ARC: CHAPTER 10

40 2 5
                                    


SUHU pada pagi itu cukup dingin kerana hujan yang masih tak berhenti turun di luar rumah. Segar udaranya. Mengajak mereka berpelukan di dalam selimut bagi berkongsi kehangatan.

Empuknya tubuh itu menarik tangan Umar untuk menjalar, meneroka setiap lekuk. Walau dalam kantuk yang masih merajai, tubuh masih hauskan perhatian untuk memanja dan dimanjai. Lalu bibir menangkap pelengkap pada bibir pasangan.

"Mar..."

Mendengar namanya diseru suara garau basah itu menambah hangat di dada. Jarak menjadi sifar. Tangan semakin jauh menakluki hingga menghadirkan deraman dari sang isteri.

"Mar, sayang masih mengantuk..." ujarnya, cuba menghalang selagi sempat.

"Kau tak habis-habis nak reject aku, Aqi..." Dan mencium lagi.

Mimi membuka luas matanya. "ABANG CAKAP APA?!" Tubuh Umar ditolak terus dengan kedua belah tangan.

Lelaki itu terkejut, turut membuka matanya. Muka garang Mimi menyapa pandangan, sekaligus membuat otak segar semula dari angan-angan dan mimpi. Eh... tadi dia membayangkan muka siapa?

"Abang ingat sayang Aqi?!" jeritnya lagi sambil terus meloncat turun dari katil. Tak cukup dengan pertemuan hari Sabtu semata, kemudian perempuan itu membuatkan suaminya melawat ke rumahnya dan kini menceroboh damai ranjang mereka!

"Tak... abang ingat... yang..." Kelu kerana baru sedar perempuan bogel dalam kepalanya tadi ialah Aqi. Kepalanya terasa berasap sampai hangit. Benar-benar hilang kata-kata. Dia sendiri tengah terkejut!

"Abang cium sayang sedangkan abang ingat sayang ialah Aqi!" pekiknya lagi.

Umar meraup muka, menyedari kesalahan. "Aqi... Aqi... Aqi dalam mimpi abang ialah staf baru dalam opis abang... bukannya Aqi yang awak fikir, sebab sebenarnya Aqi yang abang mimpikan ialah lelaki..." Anak mata spontan melencong ke kanan, fikir semula penipuannya. "Wait, that sounds better in my head."

"Ergh!!" dengus Mimi lagi, terus melangkah keluar dari bilik tidur mereka. Bagi menambah efek dramatik, pintu dihempas sekuatnya.

Umar mengeluh perlahan. Hujan masih turun, menggigit kulit yang tidak berbaju. Selimut ditarik bagi mengekalkan kehangatan. Dinding kemudian direnung, memikirkan mimpinya tadi.

Aku mimpi basah pasal Aqi? Ni bukan zaman sekolah, bodoh!

"Aaargh..." Tubuh dihempas semula ke katil. What the hell, Aqi... sihir apa yang kau pakai sampai buat aku macam ni.... Tak pasal-pasal mengganggu keharmonian rumah tangga sedangkan Aqi sendiri tak pernah mengambil kesempatan bila bertemu. Muka diraup dengan kedua belah tangan, tak dapat nak hadam pengaruh wanita itu di dalam hidupnya.

Aqi bukan perempuan penggoda, dan Umar perlu membetulkan salah faham itu dari Mimi. Nama baik Aqi perlu dibersihkan. Lalu Mimi dicari untuk dipujuk, tapi isterinya dah menghilang. Aik??


"AH, Mimi. What a nice surprise. Kenapa redah hujan—"

PANG!! Percuma mukanya terima pelempang dari si perempuan. Kepala Aqi terteleng jauh ke kanan. Pipi kiri diusap sambil menoleh pada wanita berwajah garang itu.

"Kau... kau jangan berani kacau rumah tangga aku..." deram Mimi bersama linangan air mata.

"Okay, faham dah kenapa kau sanggup redah hujan sebab nak datang sini," sambungnya sambil melepas desis pedih. Wajah Umar melayang terus di bayangan, yang menjadi alasan yang paling kukuh terhadap serangan mengejut pada pagi ini. "Apa Umar dah buat?" soalnya terus.

PANG!! Sekali lagi. Pada pipi yang sama. Daging pipi dah mula rasa bergetar.

"Kami tengah bahagia sampailah kau tiba-tiba balik dengan anak kau..." deramnya sambil menuding telunjuk je muka si tuan rumah itu.

Peluang KeduaWhere stories live. Discover now