KANTOI ARC: CHAPTER 20

39 4 0
                                    

This arc has 6 chapters in total. Just got my booster shot, so I have free time today to post this :)

______________________________________

PERTAMA kali sejak Aqi muncul semula dalam hidup mereka enam bulan lepas, akhirnya Mimi terasa dia memiliki seluruh perhatian Umar. Lelaki itu memeluknya di dalam tidur semula, malah memberi cium setiap kali bangun pagi. Layanan ini jauh lebih baik berbanding sebelum ini. Farid dan Maya juga memberinya keutamaan semula berbanding Aqi. Ah, Mimi benar-benar menyukai perhatian ini.

Tetapi dia perlu mencari cara macammana nak memastikan bayi itu ada di dalam perutnya secepat mungkin. Tiadalah cara lain yang boleh difikirkan iaitu berhenti telan pil dan berusaha sekuatnya.

Namun, sejauh mana Mimi membuat rancangan nak menyelamatkan rumah tangganya, apa yang tertulis di jalan takdir terlebih dahulu bergerak di sebalik bayang.


MOOD Umar baik. Malah sangat baik hingga dia belanja semua stafnya di Jabatan Kewangan untuk makan tengah hari di KyoChon. Ditambah pula dengan Mimi menghantar gambar pakaian seksi yang dipakainya untuk dinikmati lelaki itu di rumah nanti. Dahlah makan sedap masa tengah hari. Makan malam pun dia mendapat lagi. Rasa gembiranya bertambah bertan-tan.

Tetapi petang itu, semasa Umar berkemas nak balik, dia menerima panggilan telefon dari unknown number. Hanya seorang individu yang kerap menelefonnya dengan unknown number, dan dengan besar hati, Umar menyambut panggilan itu bersama senyum lebar di wajah.

"Hello Aqi. Aku busy hari ni. Better make it quick."

"Aku bukan Aki."

Suara lelaki. Umar terkejut beruk, lalu memandang skrin. Masih unknown number. Kedengaran hello dari talian sebelah. Masih suara lelaki.

"Hello? Siapa ni?"

"Ni Umar Darius, kan?"

"Umar Darius yang mana satu?"

"Eh? Ada lebih dari satu? Erm... kalau ikut gambar ni, mata dia coklat-coklat sikit, ada hijau-hijau sikit, pakai cermin mata, suami Mimi Rainita..."

"Gambar apa tu?"

"Gambar Umar Darius."

"Mana kau dapat gambar aku?"

"Jadi betullah kau Umar Darius yang aku cari? Cekadak betul. Hospital Melaka baru je call aku. Your soulmate, si Asyikin tu ada dekat hospital sekarang."

"Ha?"

"I know, I know. Aku pun 'ha?' juga bila bila hospital call aku. Tapi aku takda kat Melaka sekarang ni. Aku call Emir, dia tak angkat. Aku dengar dia dah masuk sekolah, jadi aku sampaikan dekat kau sebab kau yang terdekat dengan dia di sana."

Emir pun dia kenal. "Asyikin Aqi ke?"

"Bukan Aki. Kenapa kau kerap sangat sebut nama Aki? Aku maksudkan Asyikin Ramzi."

Siapa mamat ni? Umar meraup muka. "Kami di sini panggil dia dengan nama Aqi."

"Aha. Special nickname means special bond. That explained her devotion."

"Sorry, tapi kau siapa?"

"Dia kenal aku sebagai Kuro."

"Fuck." Refleks menyumpah.

"Ha?"

"Ah, sorry. Aku salah sebut. Sebenarnya aku nak sebut fuuu... nny... funny... yeap. Funny. Its funny that hospital call kau berbanding aku... very funny..."

Kuro mendiam di talian.

Umar mendehem. Membetulkan urat tekak. "Mana kau tahu Aqi masuk hospital?"

Peluang KeduaWhere stories live. Discover now