REUNION ARC: CHAPTER 1

55 2 0
                                    

"AYAH!"

Umar tersedar dari lamunan, seolah-olah roh yang melawat masa silam sebentar tadi turun semula ke tubuh kaku yang tengah memasak di dapur. Dia berpaling ke belakang, melihat anak gadisnya berdiri di meja makan dengan sebungkus plastik berisi nasi lemak di tangan.

"Hangus tu ha!"

"Eh." Terus hotdog diangkat dari minyak panas. Dah hitam! "Parah..."

Ami mengekek lalu. "Fikir apa sampai jauh sangat," soalnya sambil meletakkan tiga bungkus nasi lemak dan sebungkus plastik berisi karipap ke atas meja.

Umar tidak membalas.

"Fikir pasal ma?" Sambung si anak sambil menjengulkan kepalanya hingga terperanjat si bapak dibuatnya.

"Kenapa tiba-tiba cakap pasal ma?" Dapur gas ditutup. Hotdog resepi negro dipindahkan ke pinggan kosong.

Bahu dijungkit. "Baru-baru ni Ami kerap terfikirkan ma. Kutlah ayah pun sama..."

"Takda. Ayah fikir mak tiri kau tu je."

"Hmm... fikir kenapa dia masih tidur sampai sekarang sampai ayah yang kena masak sarapan sampai hotdog jadi hangus?"

Percuma. Lelaki mata hazel itu menjeling geram, dan disambut sengih tak bersalah oleh anak perempuan 14 tahun yang juga memiliki warna mata yang sama.

Bila ayahnya enggan memberi respon, Ami bersandar sambil terus merenung wajah berjambang itu. "Ayah tak tegur ke bini ayah tu?"

"Biarlah dia..."

"Nak biar sampai bila? Lama-lama, dia makin malas dan tak pedulikan kerja rumah sebab ayah main biar je. Dekat Ami, boleh pula ayah arah macam-macam, tapi dekat aunty Mimi, ayah manjakan dia sampai dia naik lemak. Tidur sampai tengah hari, sampah tak buang, baju tak basuh... lepas tu tunggu ayah bagi duit sebab nak shopping dengan kawan-kawan dia... Ami pernah dengar satu peribahasa dari cikgu ni. Bagai mendukung biawak hidup."

Senyap. Langsung tiada respon dari lelaki berkaca mata itu, membuatkan si anak menjuih. Air muka ayahnya itu nampak kosong macam patung. Tekun sekali merenung kuali panas tanpa sekali pun mempedulikan isu yang dibangkitkan. Tanpa dapat ditahan, si anak menghela keluh panjang.

"Rumah ni makin bosan... duduk vila lagi seronok..." dengusnya sambil beralih ke meja makan.

Umar hanya menjeling sekilas sebelum meneruskan kerja menggoreng.

Baru berapa bulan entah ayahnya menikahi wanita bernama Mimi Rainita itu setelah menduda seumur hidupnya. Mimi menjadi pilihan kerana wanita itu dah lama dikenali dan setahu Ami, ialah kekasih ayahnya semasa remaja. Dan Mimi juga cukup gila untuk menuntut cerai dari bekas suaminya bila dapat tahu Umar sedang mencari isteri baru untuk dijadikan pasangan hidup.

"Kenapa ayah kahwin dengan aunty Mimi?" soal Ami bila ayahnya menghidangkan tempura dan hotdog hangus ke atas meja.

"Berhenti tembak ayah tentang mak tiri kau, Ami..."

"Tak boleh, sebab Ami tengok ayah tak bahagia. Lepas ma tiba-tiba muncul dan hilang semula dua tahun lepas, Ami rasa masa tu lah ayah paling beremosi. Paling gembira, dan paling sedih. Sampai gelak, sampai menangis." Telunjuk dan jari hantu diangkat ke depan muka ayahnya.

"Sedap je cakap ayah tak bahagia..." Dia melabuh duduk. Ah, lupa nak bancuh kopi.

"Kalau dibandingkan dengan uncle Farid dengan Aunty Maya—"

"Mereka dah nikah bertahun-tahun. Ayah dengan Mimi baru 8 bulan. Spare us your unnecessary observation, Ami..." Anak mata hazel milik anak perempuannya, dikerling. "Manusia dicipta untuk berpasangan... ayah tak mampu nak hidup berseorangan sampai tua semata-mata nak tunggu ma kau yang tak reti nak balik... mak tiri kau is a good addition in this household. Kita cuma perlu belajar terima dia seadanya... bertoleransi... insyaAllah things will get better."

Peluang KeduaWhere stories live. Discover now