KANTOI ARC: CHAPTER 24

29 4 0
                                    

HOODIE merah Ami dipinjam. Aqi bergegas turun ke lobi, menelefon Kuro dengan meminjam telefon di kaunter.

"Chan dekat Desaru?"

"Ya. Dia cakap dia masih ada rakaman CD tu."

"Almost one year BOADICEA musnahkan semua bukti tu, apa relevan baru nak bagitau maklumat tu sekarang?"

"No idea."

"Okay, aku ambik maklum. Aku akan ambil tindakan."

"Thanks. I'll pay you guys handsomely."

"Takpa Ekin. Kawan tolong kawan. Aku harap kau bahagia dengan cinta hati kau tu je. You've suffered enough."

Aqi diam. Kuro turut senyap, mengesan jawapan berupa bukan jawapan itu.

"All the best in whatever challenges you are facing," lanjut si lelaki, menukar tone kata.

Dan panggilan dimatikan.

Telefon diserahkan kembali pada kaunter dan Aqi bergerak ke luar hotel. Dia dah hidup sebumbung dengan lelaki gila itu 10 tahun. Setiap sel tubuhnya beraksi dengan lelaki gila itu macam misai kucing mengesan GPS. Dan kini, Aqi tahu Chan sedang menyorok dan memerhatinya.

Seperti yang disangka, Chan muncul dari bayang dan mengekori si wanita keluar dari hotel.


ATAS mandat yang diberi emak mereka, ayah yang miang itu disuruh memakai cermin mata yang lengkap dengan hidung palsu dan misai palsu serta Tshirt kemeja bulat yang menunjukkan tulisan BIRTHDAY BOY. Baju itu dibeli Ami semasa shopping siang tadi. Dia mahu mengenakan ayahnya esok untuk memakai baju itu, tetapi lepas apa yang berlaku, ayahnya dikehendaki memakai dari hari ini sampai esok.

Umar akur. Kemudian dia balik ke biliknya kerana anak-anaknya turut memarahinya. Emir si anak mak siap membebel kerana dia tak mampu membuat keputusan solid yang boleh menyelesaikan semua masalah ini. Malah satu lagi komen dari si anak lelaki membuatnya terasa nak masuk kubur terus.

"Indecisive..."

Anak-anaknya tak tahu tetapi dia dah memilih Mimi berbanding jandanya. Dia benar-benar mahu membina hidup baru bersama Mimi... atau lebih tepat lagi, bersama Mimi sebagai isteri dan Aqi sebagai emak anak-anaknya, sebuah keluarga berlima... atau mungkin berenam jika Aqi akhirnya menemui pasangan hidup yang dia boleh terima suatu hari nanti.... Tetapi bahana tarikan pada Aqi yang langsung tidak berkurang, dia terpaksa mengalami masalah bodoh seperti malam ini.

Rambut dicengkam bersama tarikan nafas dalam. Bayangan dress hitam yang jatuh meluruti batang tubuh si cantik terbayang lagi di bayangan, dan kali ini memberinya rasa panas yang langsung tidak asing sekali. Nafas ditarik lagi, sedalam-dalamnya, cuba mengawal rasa panas yang membawa dosa itu.

"Ya Allah aku berlindung pada-Mu dari akhlak, amal dan hawa nafsu yang jelik." Doa dari hadis sahih Tarmizi diulang sebut berkali-kali sambil menepuk dada, pada sepotong daging yang perlu dijaga hitam putihnya.

Selepas meminta tolong dari Allah, bantuan seterusnya ialah dari Mimi. Mudah nak melepaskan tekanan jika dia berada di rumahnya, tetapi bahana keputusan drastik yang dibuat tengah hari tadi, langkah alternatif diperlukan. iPhone dikeluarkan dan si isteri itu dihubungi.

Enam kali dering, tetapi talian tak berangkat. Dua kali dihubungi pun tak berangkat.

Dah tidur ke? Kecewa rasanya.

Umar berkira-kira nak beralih ke tandas sebelum terpandang drama melayu yang tengah berlaku di bawah sana, betul-betul di luar hotel. Dua orang. Seorang lelaki botak, dan seorang lagi bertubuh kecil berhoodie merah. Lelaki botak itu menampar yang berhoodie itu berkali-kali hingga dia terundur berkali-kali. Lututnya melonggar hingga hampir jatuh berkali-kali.

Peluang KeduaWhere stories live. Discover now