"HEY."
Aqi terloncat dalam duduk, terkejut beruk bila sekali lagi lelaki itu memuncul lagi di sebalik pintu. Lah. Ingatkan dah keluar!
Umar yang baru nak bercakap, menonong pada muka menangis itu seketika. "Ololololo... baru sekejap aku keluar, kau dah nangis. Tu lah, tadi nak putus sangat kan." Ketawa terlepas.
Bapak kurang ajar! Aqi mendesis, mengesat hidung dengan belakang tangan. Egonya terasa dicalar. "Kau nak apa lagi?" Mata dikesat dan dia berpusing ke katil semula. Malunya ya Rabbi!
Dan masih tergelak. Pipi digaru kemudian, cuba membuang perasaan yang masih melingkar di hati. "Setiap kali aku tengok kau, I tend to make mistakes, so I'm just gonna make this real quick." Perempuan berkemban itu dipandang sekilas. "Aku tengok kau dah gemuk sikit la sekarang."
Bantal dibaling ke pintu. Geram!!
Lekas mengelak. Ketawa pecah lagi di sebalik pintu. Kepala lelaki itu muncul kembali, tapi hanya rambut dan dahinya kini. "Also, even if kita dah selesai... kau nanti jenguk la Ami sekali sekala. Dia menangis macam kepala sungai semasa hujan lebat bila dapat tau kau mak dia. She really likes you, you know. Aku sampai rimas bila dengar dia duk cakap pasal Makcik Ekin Makcik Ekin Makcik Ekin. Macam la takda orang lain kat dunia ni yang dia nak kenenkan dengan aku. On second thought, aku rasa menyesal sebab tak ikut suggestion dia sooner, kalau tak, benda macam ni takkan terjadi..."
"Mar, kau tengah merepek." Aqi menegur, kini juga berada di belakang pintu.
Umar menoleh, terperanjat sedikit dengan suara yang macam berada di sebelahnya itu. Jarak di antara mereka kini sekadar dipisahkan daun pintu kayu keras tersebut.
Umar menelan liur, merenung bahu Aqi dalam jarak dekat. Gigi terasa ringan nak dibenam ke dalam daging lembut itu. Bayangan yang bermain di minda menenggelamkan topik yang nak dibualkan. Buat seketika, akalnya kelam.
"Err... well..."
"Kau nak aku kerap melawat Ami, kan? Sure, aku takda masalah."
Matanya bercahaya kembali. "Great! And then boleh la lepas tu kita keluar bersama."
"No."
Terdiam. "I meant bertiga..."
"I know... but no. Ami is fine... but you, no... that'll be too weird."
Tersentuh lagi hati jantannya. Sekali lagi Umar memanjangkan leher ke dalam bilik, merenung anak mata hitam yang berkaca itu tepat bertemu mata. "Kau bencikan aku sangat ke..."
"Kau tau aku tak boleh, Mar..." Serius, tolonglah faham situasinya sekarang. Bersungguh meminta.
Dan berpandangan lagi. Mata Umar memujuk mahu permintaannya dituruti, manakala Aqi meminta situasi dirinya difahami. Masing-masing enggan mengalah.
"How about dinner sekali sebulan?"
"No."
"Phone s*x once in a while?"
"HEY!!" Terkejut!
"I meant phone call!!" Turut terkejut!
"Yeah, right. Salah sebut sangat la tu."
Umar mendiam seketika, meneliti dirinya sendiri. "Maybe 12 tahun membujang dah buat aku bertukar miang sikit..."
"Maybe is an understatement," desis Aqi, selajur beralih supaya dirinya betul-betul tak ternampak di pandangan si lelaki.
Umar pula refleks memanjangkan kepala ke dalam bilik semula, mencari si wanita yang menghilang. Ah, itu dia. Masih di belakang pintu, masih berkemban, dan tengah merah muka menentangnya.

YOU ARE READING
Peluang Kedua
RomanceWARNING: This is not a story for the faint-hearted. Also, i was listening to Peluang Kedua by Nabila Razali when i thought of this story. Writing Prompt: Perspektif seorang suami bila menyedari dia mencintai perempuan lain selain isterinya ialah ap...