KANTOI ARC: CHAPTER 23

35 3 0
                                    

"AKU dah takda handset, asal kau pulak masih boleh main phone!!"

"Sebab aku tak bodoh macam kau sampai buang phone aku!"

"Kalau aku takda handset dalam trip ni, kau pun tak boleh ada!!" Charger dibuang ke tingkap balkoni.

"GRAAHHH!!" Lekas dia melompat ke atas abangnya bagi menyelamatkan iPhone dari dilontar keluar. Mereka sama-sama bergolek di lantai.

Umar santai bersandar di kepala katil, menonton persembahan free itu seperti orang kaya menonton orang miskin bergaduh berebut keistimewaan yang dimiliki. Dua minit tadi, kedua-duanya elok je main UNO dalam aman damai. Bila Ami mengeluarkan charger untuk mengecas iPhone, Emir terus triggered.

Dan sekarang, iPhone itu meloncat-loncat antara tangan dua remaja. Untung Emir lebih tinggi, Ami terpaksa meloncat demi merampas asetnya. Dan untung Ami lebih ganas, si abang diberi lutut ke perut.

Tahu dia tak boleh menyelesaikan adiknya menggunakan kekasaran, Emir berpusing dan melarikan diri ke pintu. Perasan ibunya dah bangkit dari perbaringan. Mungkin kerana mereka terlalu bising.

"MA! ADA MAKANAN ATAS MEJA!!" jeritnya sebelum menghilang dari pintu.

Ami menoleh. "PANADOL PUN ADA!!" Selajur keluar dan mengejar abangnya.

Umar terus mengunyah keropok lekor di kepala katil sambil menonton Stranger Things, drama bersiri Netflix yang disukai anak-anaknya. Anak mata dikerling bila Aqi terus bergerak berbanding berbaring semula.

Wanita itu beralih supaya kaki tergantung di katil. Dahi ditekan dan diurut, sebelum ditolak rambutnya ke belakang. Masih membelakanginya, tubuh langsing itu bergerak ke meja di hadapan katil. Dia terhenti seketika, meneliti keadaan di meja itu. Ada bungkusan makanan, dua biji Panadol dan baju Emir di belakang kerusi. Dress Ami pula dah tergantung elok di dalam almari.

Wanita itu langsung tak perasankan dia. Mungkin kerana dia berada di titik buta, dan dia juga tidak berhasrat nak mengejutkan Aqi.

Aqi menelan Panadol terlebih dahulu. Kemudian rambut panjang itu disikat dengan jari berkali-kali sebelum diikat simpul menjadi siput. Tangan kiri mencapai zip di belakang dress, lalu ditarik hingga ke pinggang, mendedahkan kulit yang kali terakhir dilihat ialah pada 14 tahun lepas.

Sekarang Umar pula melalui mood stranger things.

Seksinya pemandangan itu membuatkan anak mata hitamnya membesar macam kucing terjumpa ikan mentah. Keropok lekor dikemam di dalam mulut, lupa nak dikunyah. Nafas bertukar senak bila wanita itu menanggalkan dress dari bahu, dan seterusnya melurut jatuh ke lantai. Malaikat maut mungkin tengah menunggu di luar pintu jika Aqi berpusing dan melihat dia di atas katil sekarang ini.

Umar merendahkan baring dan dengan penuh berhati-hati tanpa membuat sebarang bunyi, dia beralih ke lantai. Papan di kaki katil tidak membenarkannya menyorok terus di bawah katil. Umar menyumpah dalam kepala.

Kalau nak mengensot ke pintu, jauh sangat. Lokasi terdekat dia boleh melarikan diri ialah tingkap balkoni yang dah pun terbuka. Tetapi dia masih perlu melalui Aqi.

Tiba-tiba terlihat batang kaki licin itu berjalan ke bilik air. Keluh lega terhembus bila wanita itu terus menghilang ke dalamnya. Umar bangun, memecut ke pintu tetapi ternampak bra di atas katil. Kepala tertinggal ke belakang walhal kaki dah hampir dekat ke jalan keluar.

Daging ikan mentah mungkin tak dapat, tapi tulang dia pun jadilah. Kalau perempuan lain, dia tak peduli tapi bra itu Aqi yang punya!

Tanpa berfikir panjang, lelaki itu berpusing semula ke katil. Dicapai bra yang masih segar. Em, panas lagi. Sempat dihidu, mengisi requirement lelaki miang.

Peluang KeduaWhere stories live. Discover now