The one where Umar akhirnya bertemu dan bercakap dengan Chan.
--------------
DISANGKA panas sampai ke petang, rupanya hujan lebat di tengah hari dan berterusan berpanjangan hingga ditenggelami banjir kilat yang merosakkan tiang rumah yang rapuh.
Emir dan Ami berlari balik ke rumah ayah mereka kerana Emir tertinggal kerja rumah matematik yang dibuat bersama ayahnya, dan Ami menemani kerana suka hati boleh lari dari kelas. Tetapi mereka terperanjat bila melihat kereta yang tak dikenali di depan pagar rumah. Selipar di depan rumah juga tidak dicam.
Jika dilihat pada saiz, itu milik lelaki dewasa.
Emir dan Ami spontan bertukar pandangan curiga.
Pintu ditolak. Tidak berkunci. Kedengaran bunyi tawa perempuan dan lelaki dari bilik tidur ayah dan mak tiri mereka, sebuah bunyi yang membuat darah kedua-duanya menyirap. Pada masa yang sama, suatu rasa yang cukup asing timbul. Mengigit-gigit dan membakar darah muda masing-masing.
Hari masih siang. Ayah mereka sepatutnya masih di pejabat!
"Takkanlah..." Emir mengucap panjang. Tak percaya dengan apa yang otaknya tengah fikirkan. Mereka baru sahaja berbaik. Baru je pagi tadi! Ayahnya buat muka selamba tetapi lelaki itu akhirnya gembira. Emaknya juga dah tak pening kepala.
Apa benda ni!! Kenapa U-turn?!
Ami tidak menunggu, terus berjalan laju ke bilik tidur itu. Dia perlukan pengesahan betul-betul depan mata. Biar terang jelas dan nyata berbanding sakit kepala memikirkan kemungkinan yang menyakitkan hati.
Pintu bilik tidur itu ditolak luas.
Dan seperti yang dijangka, atau sebolehnya, enggan dilihat, emak tiri mereka berada di atas katil dengan seorang lelaki botak. Kedua-duanya dalam keadaan memalukan.
Mimi, kau perempuan bodoh!
Nyaringnya jeritan terkejut Mimi mengejutkan kedua-dua remaja. Dan serentak juga Ami dan Emir tahu apa yang mereka perlu buat. Emir terus menghubungi orang masjid. Ami pula terus membuka Instagram live. Kelibut kedua-dua orang dewasa itu akan diumumkan ke seluruh Malaysia kerana berani mencurangi dan mengkhianati ayahnya buat kali kedua.
Selalunya orang dewasa memarahi anak muda. Kali ini, biar anak muda yang menghakimi dan menjatuhkan hukum.
UMAR sampai ke rumah kira-kira sejam setengah kemudian. Ketika itu, rumahnya dah berisi kumpulan manusia berjubah. Mimi di ruang tamu, berpakaian penuh, dan tengah duduk di sofa panjang. Si botak yang dah pernah kantoi di Desaru sebelum ini, juga dah berpakaian penuh, duduk di kerusi asing. Anak-anak kembarnya ada, masing-masing dengan baju sekolah. Hairan seketika, kenapa mereka juga ada dan bukan di sekolah. Tetapi salam diberi pada orang masjid terlebih dahulu. Tidak panjang perbincangan mereka. Umar meminta maaf, berterima kasih, menyetujui beberapa perkara, dan orang-orang masjid itu bergerak pergi.
Dengan nafas terkawal, Chan dirapati. "Don't you have companies to run?" soalnya terus.
Lelaki itu tersenyum. "Kau kenal aku?" Dia bangun, lalu menghulur tangan.
Salam itu tidak disambut, sebaliknya Umar menoleh pada anak-anaknya "Ma-ma kau... jangan sampai dia tahu..."
"Ma dekat KL sekarang."
"Oh ya..." Baru teringat.
"Dia ada dengan Kuro sekarang jadi Chan takkan boleh dapatkan ma!" tambah Emir lagi, masih memarahi si botak.
Umar terkelip, lalu dia menoleh dengan muka berkerut. "Ma kau pergi KL sebab nak jumpa Kuro?" Dan disembunyikan darinya? Kedua-dua perempuannya berpakat nak mencuranginya pada hari yang sama, kah?? Permainan apa yang takdir tengah beri ni?
YOU ARE READING
Peluang Kedua
Storie d'amoreWARNING: This is not a story for the faint-hearted. Also, i was listening to Peluang Kedua by Nabila Razali when i thought of this story. Writing Prompt: Perspektif seorang suami bila menyedari dia mencintai perempuan lain selain isterinya ialah ap...