RE-IGNITE ARC: CHAPTER 8

39 1 0
                                    

AGAK lama juga Emir cuba memujuk ibunya dari tangis. Tangisan Aqi hanya reda kira-kira setengah jam kemudian, disahkan oleh Emir selepas dia keluar dari bilik tetamu sambil mengurut bahu yang lenguh.

"Ma tertidur," lapor Emir terus pada Umar yang menunggu di bawah tangga. "Apa dah jadi sampai dia menangis teruk sangat? Emir tak pernah tengok ma macam tu..."

Lelaki dewasa itu gagal menjawab, sebaliknya hanya bereaksi risau. Dia mahu menjenguk tetapi dihalang Mimi. Dia kini berlegar-legar di tengah ruang sambil menjenguk ke tingkat atas dimana Aqi sedang menumpang rehat.

"Abang jangan nak pergi jenguk janda abang tu eh!"

Teguran si isteri membuat Umar menoleh kembali ke meja makan, dimana ketiga-tiga wanita dewasa itu sedang berkumpul. Farid dan Nick dah menghilang entah ke mana.

"Mana ada abang nak jenguk dia."

"Seluruh bahasa tubuh kau bagitau yang kau nak melompat ke bilik tetamu tu, Umar Darius..." ujar Batrisya pula. "Akak respect perasaan yang kau simpan untuk Aqi, tapi kau tetap suami Mimi. Kau bertanggungjawab untuk jaga perasaan dia berbanding Aqi."

Mimi dan Maya spontan menoleh, antara terkejut dan berterima kasih dengan sokongan yang diberikan kakak ipar mereka. Batrisya sah-sah lebih menyenangi Aqi sebagai pasangan Umar, tapi nampaknya wanita itu lebih rasional dari yang disangka.

Lelaki berkaca mata itu pula menelan liur. "Memang la Mimi orang pertama dalam hidup Mar. Mar cuma curious kenapa Aqi perlu menangis sampai macam tu sekali... yang dia cakap dia balik ke sini sebab nak cari bahagia dari kita...." Dan dia menoleh lagi ke tingkat atas.

"Perkahwinan dengan laki tak bagi dia bahagia macam yang dia dapat dari kau la kut," komen Batrisya senada sebelum meneguk Nescafe. Selamba, tetapi menghadirkan gundah di hati pasangan suami isteri yang mendengar.

Mimi merenung muka kusut suaminya. "Habis abang nak bagi bahagia yang Aqi cari tu ke?" soalnya, sengaja menduga.

"Kalau abang boleh bagi, abang bagi."

Dijawab terus tanpa menyedut nafas. Langsung tiada ragu-ragu atau nak fikir dua tiga kali. Kukuh sekali niatnya hingga membuatkan ketiga-tiga wanita itu terperanjat. Maya dan Mimi sama-sama membuat muka berkerut tanda tak puas hati, kecuali Batrisya yang tergelak halus.

"Abang nak duakan sayang dengan dia?"

Pertuduhan itu menarik wajah Umar untuk menoleh ke arah isterinya. "Apa awak cakap ni? Aqi balik ke sini bukan nak merampas, tapi dia perlukan teman dan perhatian."

"Jadi abang mengaku yang dia memang dah tarik perhatian abang sampaikan sayang minta abang teman sayang kat dapur pun abang tak boleh buat?"

"Empati, sayang. Pernah dengar ayat tu? Aqi clearly dah lalui pengalaman buruk yang membuatkan dia datang balik ke sini..." Perkataan 'dikurung' yang pernah disebut Emir semakin kuat bingitnya di dalam telinga Umar kini, sekaligus memberi rasa tak sedap pada lidah. Aqi selama ni nampak santai gembira macam tak peduli apa sehingga dia yang sakit hati, sedangkan hakikatnya, wanita itu tahu menutup lukanya hingga langsung tak perasan hingga ke hari ini.

Mimi melepas dengus rendah. Tak puas hati jika itu alasan untuk menarik simpati suaminya. "Bukan dia seorang yang tak bahagia dalam perkahwinan. Mimi pun tiga kali diceraikan sebelum kahwini abang. Sekarang ni abang milik sayang, jadi Aqi tak patut datang kemudian semata nak rampas suami Mimi!"

"Aqi bukan nak rampas abang..."

Mimi menahan tangis, seraya bangun dengan deras hingga kerusi yang diduduki hampir terjatuh ke belakang. "Kenapa abang macam tak nampak jarak antara kita semakin jauh!!" jeritnya sambil menuding ke arah langkah Umar yang menjauhi dapur kerana nak menaiki tangga di tengah ruang sana. Tumpuan Umar ketika ini cukup ketara, iaitu nak mendekati jandanya itu.

Peluang KeduaWhere stories live. Discover now