REUNION ARC: CHAPTER 5

33 5 0
                                    

KEESOKAN paginya, selepas Ami bersiap nak ke sekolah walaupun muka lebam-lebam dan luka yang masih tak dirawat, dia dan Umar bergerak ke rumah Aqi. Dua kali ketuk, mereka disambut oleh si wanita. Rambut yang selalunya diikat messy bun, kini dibiar lepas bebas. Dia mengenakan batik serta baju pagoda putih yang agak besar dan labuh. Kolar yang besar itu menampakkan tulang kolar dan sebahagian besar bahu kiri. Ada sebutir tahi lalat di kolar bahu kiri wanita itu.

Ah, tahi lalat baru?

Perhatian Aqi pula memberat pada anaknya, langsung tidak menyedari tumpuan renungan si lelaki. "Kenapa luka kau terbuka macam tu?" soalnya dengan muka berkerut seribu. Kemudian Umar dipandang. "Kenapa kau tak rawat luka dia? Tampal luka dia dengan plaster? Kalau berparut macammana? Dah la Ami comel. Jatuh hantaran dia karang. Kau tak fikir ke benda macam ni?"

Percuma kena bebel. "Rumah aku takda first aid."

Aqi jatuh rahang, mahu bertanya kenapa tiada first aid di dalam kepala, tapi rasanya itu soalan bodoh jika disoal pada lelaki itu. Pandangan dialih ke belakang Umar, mencari wanita cantik yang gemar berdiri di sebelah si suami.

"Mana Mimi?"

"Masih tidur."

"Masih—" Ah, sakit kepala. Pangkal hidung ditekan. "Apa-apalah. Jom masuk," ujarnya sambil membuka pintu seluasnya.

Di dalam rumah, Emir tengah duduk di meja makan. Berkat duduk dengan emak, wajah kacak dah ditampal dengan plaster serta dilumur iodine dan antiseptik. Aqi mengambil first aid dan dihulur pada Umar untuk merawat luka di wajah Ami. Umar pula menghulur kuih muih yang dibawa bersama, dan disambut tuan rumah dengan terima kasih.

Aqi beralih ke dapur, sambung memasak sarapan. Sementara itu, Umar menunaikan tugas seorang ayah – memastikan anak-anaknya berbaik semula. Belakang kepala Ami ditepuk, menyuruh si anak memulakan kata.

Ami menjuih. Lambat-lambat mendekat. "Ayah suruh aku minta maaf dekat kau."

Emir turut menjuih. "Ma pun suruh aku minta maaf walaupun kau yang start dulu."

"Sebab kau cakap benda bodoh!"

"Ami!" marah Umar lalu. Kepala Ami ditundukkan sebelum dua generasi panas baran itu sambung berbalah, kemudian lelaki itu pula mengadap anak lelakinya. "Kau betul. Ayah tak bertindak macam ayah yang baik. Ayah minta maaf." Kepala direndahkan sedikit hingga Emir terpaku. "Lepas ni ayah akan jadi lebih baik, tapi kau perlu beri ayah peluang."

Hening seketika. Aqi turut mengintai dari dapur sekali sekala, mahu menonton momen yang indah dan akan diingati keluarga mereka sampai bila-bila.

Emir menggaru telinga yang sedikit carik. Mungkin parut lama. "Emir... sebut ayat tu sebab nak sakitkan hati Ami. Emir tak serius... lagipun, Emir tau ayah pun ialah mangsa keadaan. Emir cuma tak setuju bila Ami cakap dia nak buat ayah dengan ma kahwin semula."

Umar terkebil-kebil. Ini jauh berbeza dari pemahaman asalnya.

Ami pula merapat dengan muka tegang. "Apa masalahnya kalau aku nak kenenkan ma dengan ayah?!"

"Sebab nanti akan rosakkan rumah tangga ayah! Kau nampak kan macammana aunty Mimi pandang ma masa dia karaoke dengan ayah! Lagipun ma dah cakap dia taknak benda macam tu berlaku!"

"Tak kisahlah kalau rumah tangga mereka rosak! Ayah bukannya cintakan aunty Mimi pun! Dia cintakan ma!"

"Erk!" Umar pula yang terperanjat.

Ami masih tak puas hati. "Takkan kau langsung taknak ma dengan ayah bersama semula?"

"Aku dah cakap aku tak perlukan ayah sebagai ayah aku! Mereka tetap ibu bapa kita walaupun pasangan lain-lain!!"

Peluang KeduaWhere stories live. Discover now