UNSOLVED ARC: CHAPTER 15

39 3 0
                                    

This arc has 5 chapters in total: the focus ialah pada reaksi Mimi pada perasaan Umar terhadap Aqi, dan reaksi kembar itu terhadap reaksi Mimi. Interaksi antara Umar dan Aqi tidak banyak, tetapi Umar akan membuat keputusan yang dirasakan terbaik untuk mereka semua.

Sekurang-kurangnya, itulah yang diharapkan.

_________________________________

BEBERAPA bulan berlalu macam pendeknya usia tanpa amal. Umar dan Aqi langsung tidak pernah berjumpa semula sehinggalah masuk cuti sekolah hujung tahun. Farid tiba-tiba mengajak mereka semua staycation di Janda Baik. Sebuah banglo akan disewa sebagai kediaman mereka semua. Alasannya ialah sebuah percutian bagi mereka sekeluarga di hujung minggu. Sebuah percutian Family Day, tetapi beberapa fakta disembunyikan dari Umar dan Aqi bagi memastikan kedua-duanya melapangkan diri untuk hadir.

Ami dan Emir juga membantu dengan menipu ibu bapanya.

"Ayah cakap dia tak dapat datang sebab ada conference kat KL."

"Ma tak dapat ikut sebab dia ada appointment doktor rahim."

Lalu kedua-duanya memberi persetujuan untuk menyertai percutian Family Day itu. Farid dan kembar itu berkongsi sengih puas hati.

Tanpa diketahui mereka semua, Mimi juga berperanan memujuk Umar untuk menyertai Family Day itu sebagai sebuah usaha untuk memujuk suaminya. Beberapa menjak ini, layanan suaminya agak dingin. Lelaki itu lebih gemar menghabiskan masa di pejabat atau lokasi terbarunya, di gim. Pernah suatu malam, lelaki itu balik dengan keadaan kedua belah tulang knuckle dan jarinya berdarah. Kulit tangan mengelupas hingga hanya daging yang ketara. Bila ditanya kenapa boxing sampai luka berdarah, katanya sebab tak pakai glove.

Kenapa tak pakai glove?

Sebab pakai bandage.

Kenapa?

Just because.

Tahap dingin sampai rumah itu tak perlu pakai aircond dah.

Dan bukan itu sahaja. Bila menonton Netflix sama-sama, Umar dah tidak menggatal bila bosan dengan movie. Sebaliknya dia yang bersungguh. Bila Mimi ajak menyembang, suaminya hanya membalas dengan hmm dan iya. Antara mereka memang tiada minat yang sama, tapi sekurang-kurangnya sebelum ini, Umar akan bersungguh nak mendengar berbanding kini hanya menghadap handphone. Bila dituduh Umar bermesej dengan Aqi, didapati nombor Aqi memang tiada dalam handphone suaminya. Sebarang mesej sebetulnya kosong. Rekod Aqi tetap bersih. Langsung tidak meninggalkan bahan bukti jika benar mereka telah menggatal di luar.

Takkan cinta korang serapuh itu sampai terus goyah nak roboh just because aku pulang!

Celaka. Sekarang hubungan mereka suami isteri dah makin teruk walaupun Aqi benar-benar tiada macam yang dikehendakinya. Apa benda dah jadi ni?!

Memandangkan Aqi tidak akan menyertai program di Janda Baik ini, harapannya agar hubungannya dengan Umar akan kembali pulih dengan bantuan keluarga mereka!


"SADONYA kau Mar!" terkejut beruk Maya bila menyambut adik iparnya di muka pintu Have2 Private Villa yang menjadi lokasi pilihan Farid bagi percutian keluarga mereka. Bentuk tubuh adik iparnya dah berubah mendadak! Mimi pernah mengadu Umar banyak menghabiskan masa di gim berbanding di rumah. Aduan itu relevan benar sampai Aqi dah tak boleh mengejek Umar sebagai badak air!

"Hehe. Achievement." Six pack ditepuk dengan leretan sengih.

"Apa motivasi kau work out sampai bertukar jadi John Cena ni? Kau nak impress awek mana?" Farid merapat dengan pinggan berisi mangga yang dipotong. "Sebab tempat kerja kau tu, kan? Sebab tu abang offer kerja bawah abang semula, kau taknak. Kau tengah interview position CFO sekarang kan?"

Peluang KeduaWhere stories live. Discover now