Paina here! Had to stop here. Happy Chinese New Year! Will try to update asap sebab malas juga nak simpan lama-lama. Terganggu kerja hakiki aku hahaha.
.
"JADI betullah, kau ingat Hadi?" ulang Umar.
Pucat lesi. Dikawal pernafasannya lekas bila Umar mencari wajahnya.
"Aku tiba-tiba teringat tadi... bila Emir sahkan yang kau taknak report polis walaupun kau didera Chan bertahun-tahun."
"Mar..."
"Aku pernah cakap kan, kau macam berada dalam hostage situation, dimana Chan ugut kau dengan suatu maklumat yang sangat sulit... sampai kau taknak polis tahu... sampai buat kau sanggup bertahan dengan deraan Chan sampailah kau jumpa jalan keluar bila bertemu dengan Kuro dan kawan-kawan dia..."
Liur ditelan. Apa yang Emir dah kantoikan sebenarnya? "Tapi tak semestinya betul..."
"You trust Kuro enough to appoint him as your emergency contact."
"Yea... so?"
"He is the last piece yang buat aku terfikir point terakhir aku ni. Memandangkan kau boleh bercerita segala bagai dekat dia... tapi kau langsung taknak ceritakan hal yang sama dekat aku... cuma ada satu jawapan, Aqi. Jawapan yang boleh explain kenapa kau cakap aku special and Kuro is not bila melibatkan hal ini...." Nafas ditelan. "Makluman sulit yang Chan ugut tu ialah tentang aku. Sebab tu kau taknak aku tahu. Aku terfikir juga kalau ugutan tu tentang Emir atau Ami... lagi-lagi masih ada topik pasal keluarga kau yang aku tak tahu... tapi tadi, bila aku sebut nama Hadi... reaksi muka kau dah cukup untuk buktikan rahsia tu memang tentang Hadi... i.e. tentang aku and aku alone..."
"Allahuakbar..." Muka diraup.
Umar menunduk lagi, mula tenggelam dalam lamunan perasaan. Menyedari pahitnya kebenaran yang cuba disembunyikan Aqi. "Tadi aku buatkan Emir ceritakan semua benda pasal kau dengan Chan... Dia pun tak tahu kenapa kau setuju menikahi Chan, tapi dia cerita a great deal of his own personal torture while with him to the point aku terfikir... aku tak kisah nak bunuh Chan kalau aku boleh avenge kau berdua..."
"Mar—" Lekas tangan lelaki itu digenggam. Benda macam nilah yang Aqi nak elak sangat! Emosi Umar mampu membuat kerosakan lebih dari cermin pecah dan buku limanya luka, dan Aqi sangat maklum.
"Aku memang sangat-sangat tak kisah nak bunuh dia... kalau aku jumpa dia..." Buku lima digenggam seeratnya.
"Mar... tengok aku please..."
"And then Hadi come to mind." Mata terpejam. "Setiap penumbuk yang aku lepaskan ke badan dia... memang aku nak bunuh dia, Aqi... lepas semua benda yang dia buat dekat kau... dia culik kau, dia rogol kau, dia ambil video dan post gambar badan kau dalam internet... aku betul-betul tak menyesal bunuh dia..."
"Mar... Mar please, pandang aku!" Tubuh sasa itu ditarik sekuatnya supaya berpusing. Umar menurut, namun wajah ditundukkan dari dipandang Aqi. Wanita itu pula menyentuh muka si kacak dengan kedua belah tangannya. "Hadi masih hidup. Dia dekat penjara sekarang. Kau tak bunuh dia, Mar..."
Lalu Umar merenung wajah si wanita dengan kerut sesal. "Kau dengan Bang Farid... korang ingat aku bodoh?"
Tangisan Aqi hampir pecah. Umar ingat pembohongan Farid semasa mengorek time capsule? "Aku betul-betul harap kau bodoh supaya kau tak perlu fikir semua ni lagi... tolong jadi bodoh, please..."
Pandangan lelaki itu meredup. "Kalau aku ialah punca kau menikahi Chan, ini juga bermaksud itu ialah salah aku sebab buatkan kau luka dan trauma selama 10 tahun dengan dia—"
Terus termati kata bila Aqi menutup mulutnya dengan kedua belah tangan. Jari jemari itu sedang menggigil. Umar merenung sayu. Kedua belah pergelangan kurus itu digenggam dan dialihkan dari wajah.

YOU ARE READING
Peluang Kedua
RomanceWARNING: This is not a story for the faint-hearted. Also, i was listening to Peluang Kedua by Nabila Razali when i thought of this story. Writing Prompt: Perspektif seorang suami bila menyedari dia mencintai perempuan lain selain isterinya ialah ap...