REUNION ARC: CHAPTER 3

45 2 0
                                    

EMPAT belas tahun lepas, mereka berdua sama-sama panas baran dan pendek akal. Aqi tak berhenti-henti memprovok, manakala Umar boleh dilabel bodoh kerana seterusnya, dia melafazkan talak dalam keadaan minda yang kabur dengan api kemarahan.

Cuma satu talak, tetapi muktamad. Aqi terus keluar dari rumah mereka, manakala Umar terjelupuk di lantai bila menyedari apa yang dilakukan. Wanita itu tidak memberi jejak langsung. Dia keluar sehelai sepinggang bersama barang-barang penting macam dompet. Handphone ditinggalkan, dan semua pemberian Umar yang berpotensi menjadi bahan sentimental turut ditinggalkan – seolah-olah memberi makna dia takkan mengingati lelaki itu lagi.

Amarah. Bukanlah sebuah nilai yang patut dipuja dan dijadikan pemandu emosi.


DUA belas tahun lepas.

Umar tidak mencari Aqi, malah hanya fokus dengan perkembangan kerjayanya. Dia mahu membuktikan pada dirinya yang dia boleh berjaya tanpa perempuan. Ketika ini, dia berada dalam fasa – perempuan dicipta untuk menyakitkan lelaki. Mana-mana perempuan yang hadir di dalam hidupnya, langsung tidak dilayan. Jika dia dihambat sakit hati, perempuan malang itu akan diberi menerima hinaan darinya. Termasuklah Mimi sekalipun. Tiada belas pada mereka – hanya kerana amarah pada Aqi yang masih bersisa.

Hinggalah Zach si abang ipar kacukan German tiba-tiba datang melawat di pejabatnya. Bersama dengan Zach adalah seorang budak perempuan dua tahun berambut panjang yang memiliki sepasang mata hazel yang cukup serupa dengannya.

"Budak ni siapa?" Dia bertanya.

"Anak perempuan kau."

Zach mungkin tidak mengerti macammana dua patah perkataan itu bertindak seperti air sejuk menyimbah api kemarahannya. Terpadam terus tanpa meninggalkan jejak. Dia ada anak dengan Aqi. Ya Allah, dia hampir menangis! Dia tak pasti dimana perempuan itu berada kerana Zach tidak memaklumkan padanya, tapi Allah mengurniakan anak yang sangat comel padanya.

Hidup Umar menjadi lebih cerah dan ceria. Umar yang panas baran meninggal ketika itu juga. Dan Umar yang gigih mengejar cita-cita demi membesarkan anak perempuannya lahir.

Ketika ini, Umar kembali mengharap Aqi kembali ke hidupnya. Dan pada malam itu juga si perempuan tiba-tiba muncul dalam hidupnya, malah memetri janji antara mereka untuk kembali bersama berdua selepas Aqi menyelesaikan masalahnya.

Dengan besar hati Umar menunggu dan terus menunggu.


SEPULUH tahun berlalu.

Sepuluh tahun dia menunggu Aqi balik. Sepuluh tahun dia menyediakan rumah dua tingkat dengan laman berumput itu untuk menyambut si wanita. Sepuluh tahun dia mengabaikan tawaran perempuan-perempuan yang datang, termasuklah Mimi. Sepuluh tahun... anak perempuan mereka ditinggalkan bersamanya, dah berubah dari budak kecil nakal kepada anak dara nakal yang boleh menarik perhatian lelaki. Sepuluh tahun dia menghadap nasihat dan saranan abang dan kakak iparnya, lupakan Aqi dan cari perempuan lain sebagai emak kepada Ami. Anak itu memerlukan bimbingan khusus sepanjang melayari alam remaja. Malah Ami sendiri memohon kepadanya untuk mencari perempuan lain selain ibu mereka.

Jika ma tahu malu, tak payah balik! Itu kata-kata anaknya. Ami membesar tanpa emak, malah membesar bersama rasa marah kerana menganggap ditinggalkan. Harapan Umar untuk Aqi balik semakin menggunung tinggi .

Maka dia terus menunggu macam pungguk merindui bulan. Macammana dia sebodoh itu, dia tak tahu. Boleh jadi berkait rapat dengan sesuatu yang sangat bodoh yang dilabel sebagai cinta di dalam hatinya. Atau boleh jadi reaksi otaknya kerana enggan mengaku yang dia ialah kategori bodoh bangang. Kerana secara tak langsung, otaknya mahu mengesahkan yang penantiannya tidak sia-sia. Ini ialah sejenis Stockholm Syndrome, yang dikenalpasti oleh Farid selepas bertanya pada pakar psikologi. Walaubagaimanapun, selepas dinasihati, Umar tetap berdegil.

Peluang KeduaWhere stories live. Discover now