KANTOI ARC: CHAPTER 22

30 3 0
                                    

SEJARAH tuxedo night ialah sebuah acara peribadi yang dibuat oleh dua kawan baik bekas tentera, Kuro dan Aki rakannya, dimana mereka mengenakan sut, makan di restoran eksklusif dan mengorat awek cantik seksi dengan menjadi wingman masing-masing.

Pada malam ini, konsep itu digunakan Emir untuk menyambut majlis hari jadi ayahnya - kecuali mengayat awek.

Dua anak beranak itu sedang menunggu di lobi dengan sut. Umar memakai contact lens kerana nak menukar angin, manakala Emir memakai cermin mata hitam. Bukan main!

"Antara gentleman macam ni barulah tuxedo night. Tak kena kalau ladies join. Kena tukar nama," ujar Umar, membetulkan rambut anak lelakinya supaya betul letak cacaknya. Ini barulah Umar Darius Junior!

Emir mengekek. "Kalau diikutkan, Kuro dengan kawan dia selalu buat tuxedo night antara mereka berdua je. Lepas tu ma saje menyibuk sebab nak menyusahkan dorang."

Umar terkedu. Sebab Kuro lagi? "Dah berapa lama ma kau kenal Kuro tu sebenarnya?"

"Dua tiga tahun?"

"Takde la lama sangat..." bisik Umar pada dirinya sendiri. Malah, tahap rapat sampai dipercayai untuk menjadi emegency contact dan calon suami. "Ma kau betul-betul sukakan dia ke..." soalnya lagi dengan nada suara yang cukup berat.

Emir mendiam seketika, merenung rias muram ayahnya. "Kenapa suruh ma cari lain kalau ayah sendiri tak boleh terima?"

Dan Umar menjeling. "What are you? Your little sister?"

Tersenyum lalu. "Ma dengan ayah terang-terang suka sesama sendiri. Tapi tutup peluang tu sebab nak berlagak adult. Nak catch up dengan expectation masyarakat. Atau... nak respect feeling aunty Mimi... sedangkan feeling dia dah calar balar sejak ma muncul balik depan ayah." Kepala dipaling bila melihat ibu dan adik perempuannya memuncul dari lif. Aqi mengenakan dress hitam, manakala Ami mengenakan dress putih. "Ayah tak perlu risau pasal Kuro sebab dia tak minat dekat ma."

Dan Umar menoleh. "Sebab ma kau ganas macam orang amuk melanggar Melaka?"

Hampir tergelak. "Kuro cakap sebab hati ma dah ada orang lain..."

Mata dipicing. "Kau kenal dia sangat ke?"

"Mereka mula-mula bertemu sebab Emir. Kira Kuro ialah kawan Emir juga."

Kening Umar terjungkit tinggi. Tak tahu nak komen apa kerana tak tahu apa-apa tentang pesaingnya itu. Kepala dipaling kembali bila dua orang hawa itu dah sampai ke arah mereka.

Ami menyapa mereka bersama sengih, manakala Aqi pula membuat perangai emak dengan jayanya. Mula-mula bow Umar yang senget, dibetulkan. Kemudian rambut anak lelakinya pula dibetulkan sebelum direnung si anak itu.

"Abang kau betul-betul ambik muka ayah kau, kan Ami?" soal Aqi sambil merenung anak lelaki yang berusia 14 tahun itu. Kerana cermin mata itu, dan rambut cacak yang menjadi ensemble rasmi Umar semasa zaman remaja dahulu.

Ami turut merenung abangnya. "Patutlah aunty Mimi berkenan."

Ringan sekali tangan Emir melayangkan penumbuk, tetapi si inline skater lebih ligat mengelak. Malah si adik lalu melepaskan ketawa mengejak, suka kerana boleh melumur garam pada luka trauma abangnya. Emir lekas mengejar dengan muka merah.

Pasangan duda dan janda itu merenung anak-anak mereka dengan keluh halus. Aqi spontan melangut bila terasa belakangnya disentuh. Tanpa cermin mata, anak mata hazel itu nampak lebih ketara di pandangan. Malah kelihatan jernih sekali. Hati perempuan terasa bergetar dipukul gendang, lalu dikawal sepenuhnya. Terasa tekanan pada sentuhan lelaki itu, memaksa Aqi mula melangkah.

Peluang KeduaWhere stories live. Discover now