TIDAK pasti cumbuan kali yang ke berapa, atau boleh jadi kerana tangan kasar yang merangkul tubuhnya hingga dia merapat ke lidah tingkap, tetapi akal Aqi kembali ke hierarki tertinggi di dalam badannya. Matanya mencerlang luas, melihat muka Umar melekat di depan mukanya. Lalu sekuat hati tubuh itu ditolak hingga mereka sama-sama terundur.
Umar terperanjat. Sedikit blur kerana masih tenggelam di dalam lautan nafsu. Samar-samar, dia melihat Aqi yang tengah merah muka. Malah disusuli tangis.
"Aqi..."
Tingkap ditutup kasar hingga tak sempat menutup gril.
Darah Umar berderau. Barulah tersedar macam baru bangun tidur. "Aqi!" Lalu dihentak cermin tingkap itu, tetapi langsir juga dah menutup pandangannya dari si wanita. "Aqi! Bukak tingkap ni!"
Tiada balasan. Malah lampu ditutup.
Enggan mengganggu jiran, Umar bergegas ke pintu rumah. Diketuk sekuatnya berkali-kali hingga Ami membuka pintu.
"Ayah?"
Umar tiada masa nak melayan anaknya. Sebaliknya dia bergerak laju ke pintu bilik Aqi yang tertutup rapat.
"Aqi! Buka pintu ni Aqi! Tolonglah Aqi... aku minta maaf, Aqi please.... Buka pintu ni Aqi!"
Emir turun dari biliknya bahana kekecohan yang tiba-tiba. Pemuda itu berdiri di tangga, melihat ayahnya yang mengetuk pintu bilik emaknya macam nak memecahkan terus rumah dua tingkat ini. Pelik, kenapa ayahnya berada di rumah pada lewat malam begini dan pelik yang kedua, kenapa mengejar maaf si ibu. Ami juga nampak keliru.
"AQI!!" jerit Umar, dah tak peduli samada dia mengganggu jiran atau tidak.
"KELUAR!!" jerit suara basah di dalamnya.
Kusut. "Aqi... aku minta maaf... please... buka pintu ni Aqi..."
"Taknak... pergi balik ke rumah kau..."
"Aqi..."
"Balik sebelum aku call polis!!"
"Aqi... please, jangan macam ni..."
"Taknak. Aku taknak. Aku taknak. Aku taknak!!"
Sebak di jiwa, hanya Tuhan yang tahu. Umar meraup rambut ke belakang kepala, merenung pintu yang tertutup rapat. Sekarang barulah dia sedar betapa luasnya pintu itu terbuka sebelum ini.
"Aqi, lets discuss. Please? Aku minta maaf... aku tak berniat... tolong buka pintu untuk aku balik, Aqi.... Aku minta maaf Aqi, aku minta maaf... Aqi, aku minta maaf... maafkan aku, Aqi... maaf... please Aqi... Aqi... tolong jangan tinggalkan aku lagi, Aqi..."
Ami di belakang pecah tangis. Dia tak pasti apa yang berlaku tetapi ini kali pertama dia melihat ayahnya carca marba begini. Lalu dia berlari ke arah abangnya yang baru turun dan dipeluk tubuhnya. Melepaskan tangis di bahu itu. Emir hanya mengusap kepala Ami tanpa melepas renung pada apa yang berlaku di depan mata.
"Mar..." Nama itu disebut bersama esak kini.
Umar mengetap geraham sekuatnya. Tangan dilekap ke pintu itu. "Here..."
"Pergi pujuk bini kau. Jauhkan diri dari aku... help us, God..."
Makin perit rasa hati bila statusnya diingatkan. Apa benda ni? Kenapa sakit sangat hatinya ini? Kenapa dia perlu lalui kesakitan ini lagi?? Pandangan yang mula kabur, ditahan. Buku lima digenggam sekuatnya sambil berundur ke belakang, bersedia nak memecahkan pintu itu. Dia perlu selesaikan isu ini malam ini juga. Kali terakhir dia membiarkan Aqi menjauh, mereka berpisah 14 tahun. Dia takkan benarkan hal berulang sekali lagi...

YOU ARE READING
Peluang Kedua
RomanceWARNING: This is not a story for the faint-hearted. Also, i was listening to Peluang Kedua by Nabila Razali when i thought of this story. Writing Prompt: Perspektif seorang suami bila menyedari dia mencintai perempuan lain selain isterinya ialah ap...