The one Umar becomes a part of Kuro's team of misfits (untuk sementara waktu)
_________________________
DI tengah ruang tamu, Mimi dan Mimi(Farha!) sedang bertekak dan saling tuduh menuduh siapa palsu dan siapa tulen. Melihat Umar memunculkan diri, Mimi terus berlari ke arahnya. Mimi(Farha!) pula meniru perbuatannya seperti sebuah cermin.
Umar pula masih gagal membezakan mereka kerana halusnya penyamaran Farha. Hanya kerana dia tahu salah seorang dari mereka bukannya tulen, tak semestinya dia tahu yang mana.
"Er... Aqi? Kau ada pengalaman handle benda pelik macam ni?"
Wanita itu mengeluh nafas pendek, lalu merapat. "Aku takda pengalaman tapi aku mungkin boleh teka motif Farha buat benda macam ni."
Tujuan Aqi ke KL adalah untuk bertanya update mengenai requestnya pada Kuro. Selain itu, dia juga membawa teori baru iaitu Chan sedang cuba menggunakan Mimi untuk menyusahkan hidupnya. Sebab itulah Mimi mempunyai akses dengan senjaya merbahaya seperti asid. Boleh jadi Chan mengajar wanita itu untuk membuat jenayah. Input yang baru diterima dari Umar pula ialah Chan dah dua kali datang ke rumah Umar berbanding ke rumah Aqi sendiri susulan dari pertemuan Mimi dan Chan di Desaru. Itu sejenis pattern.
Aqi taknak wanita itu menjadi mainan untuk Chan kerana yang kena menjawab dengan polis nanti ialah Mimi sendiri.
Tetapi dia tak jangka Kuro menghantar Farha datang ke vila dan menyamar sebagai Mimi. Memandangkan sekarang target Chan dah berubah kepada Ami, mungkin Kuro nak mengesahkan samada Chan masih berniat nak menggunakan Mimi? Ini hanya tekaan kasarnya memandangkan Farha sendiri tidak memberitahu apa-apa.
Direnung kedua-dua wanita yang tengah menangis teresak-esak itu. Jujurnya, dia juga tak pasti siapa ialah siapa. "Mimi yang sebenar dah tidur dengan seorang lelaki lain. Kenapa dia buat macam tu?" soalnya.
"Sebab hati aku dah dipikat dia!"
"Sebab aku nak dia mengandungkan aku supaya aku boleh berikan anak dekat Umar!" jerit Mimi.
Mimi (Farha!) menoleh terus dengan muka tak percaya."Kau biar betul??" soalnya, hilang karakter seketika kerana terlalu terkejut dengan jawapan sebenar.
Suara asing itu membuat mereka semua menoleh padanya. Dengan suara Mimi, Farha kembali bersuara. "Aku-aku kenal Chan sebab dia beri aku upah untuk bunuh Aqi!" sambungnya sambil mencerlangkan mata pada Mimi.
Mimi menoleh pada Aqi. "Dia beri aku pistol untuk bunuh kau tapi aku tak buat! Jadi aku minta asid supaya aku boleh buat muka kau jadi buruk! Dia yang arahkan aku buat semua benda ni!!"
Farid sekeluarga ternganga. Aqi mengangkat tangan pada Farha, dan disambut high five oleh si kawan itu.
Mimi masih dirasuk rasa takut bahana melihat kembarnya itu. "Percayalah! Akulah Mimi yang sebenar! Dia palsu!! Kali terakhir aku jumpa Chan masa kami kantoi hari tu! Dia tak pernah contact aku dah!"
Farha merenung datar. "Betullah tu. Even Chan takkan pakai catur sebodoh ini. Dia bermain dengan Mimi untuk isi masa lapang je..." Keluh pendek dihela. Terasa sia-sia. "Akulah palsu." Suaranya yang sebenar, digunakan.
Wanita itu ternganga luas. "Kenapa kau menyamar jadi aku!!"
Sebab aku nak korek maklumat pasal kau dengan Chan... bisik hatinya, tetapi melihat perangai psikotik itu, sisi jahat yang sukakan chaos lalu sesuka hati menukar jawapan. "Sebab aku nak goda Umar Darius sebagai kau dan tidur dengan dia. Dia handsome dan aku geraaam je tengok dia..." balasnya dengan senyum miang, sengaja nak menyakitkan hati perempuan di hadapannya. Mahu melihat sengsara dan drama.
YOU ARE READING
Peluang Kedua
RomansaWARNING: This is not a story for the faint-hearted. Also, i was listening to Peluang Kedua by Nabila Razali when i thought of this story. Writing Prompt: Perspektif seorang suami bila menyedari dia mencintai perempuan lain selain isterinya ialah ap...