REUNION ARC: CHAPTER 4

32 2 0
                                    


MALAM Jumaat.

Pasangan itu tengah bersenang lenang di sofa sambil menonton Bridgerton di Netflix. Mimi berehat di bawah ketiak Umar sambil bermain dengan jari jemari lelaki itu. Jam masih menunjukkan 8.30 malam. Awal lagi. Tapi mood mula panas bila Mimi melarikan tangannya di paha si suami.

Umar membiarkan. Seronok sebenarnya. Dia mengerling bila isterinya melangut dengan muka meminta. Lalu dengan senang hati wajah mereka ditemukan. Suami isteri itu hampir tenggelam dalam rangkulan asmara bila iPhone Umar tiba-tiba berdering nyaring. Melihat private number di skrin, fokus Umar teralih terus.

"Siapa?" soal Mimi yang terbaring di sofa.

"Aqi."

Berkerut dahi si perempuan. Time syok nilah perempuan tu nak kacau. "Biarlah dia." iPhone itu ditolak dari tangan suaminya hingga terjatuh ke lantai. Namun deringan masih berlanjutan hingga mati, dan bersambung lagi pada panggilan kedua.

Umar berhenti. "Dia jarang call. Benda penting agaknya," ujarnya, terus mencapai gajet itu. Mimi pula mendengus tak puas hati.

"Pasang speaker. Sayang nak tahu apa benda yang penting sangat tu."

Umar menurut. Bila panggilan disambungkan, suara Aqi pecah melangit hingga bergema di seluruh ruang rumah.

"UMAR!!"

Terloncat terus keduanya.

"Tolong datang sini cepat! Ami dengan Emir bergaduh!"

"Lah. Kau sebagai emak, tenangkanlah mereka! Jangan kacau malam aku!!" marah Mimi pula.

"Aku minta maaf, tapi serius. Mereka gaduh teruk!! Aku tak boleh nak stop! Ami layang penendang ke muka Emir sampai mulut Emir pecah!"

Umar dan Mimi berpandangan lagi. Mula risau.

"Gaduh pasal apa?"

"Jangan banyak cerita! TOLONG DATANG SEKARANG!!"

Betul-betul emergency. Mereka membetulkan pakaian masing-masing dan terus ke kereta. Honda Prius metallic itu dipandu ke rumah Aqi tanpa memanaskan enjin, dimana jiran-jiran lain juga dan menjenguk untuk mengambil tahu apa yang jadi.

Aqi di anak tangga, tengah mengurut buku lali yang berstoking. Wanita itu menyambut kehadiran Mimi dan Umar dengan senyum luas. Bersyukur.

"Dorang masih berkelahi dalam bilik Emir." Telunjuk dituding ke tingkat atas. "Dorang punya bergaduh sampai tak ingat kawan musuh... aku tak boleh stop. Tolong, Mar..." adunya.

Umar lekas naik, manakala Mimi ditinggalkan dengan Aqi, cuba membantu dengan menenangkan wanita itu. Semasa Umar sampai di tingkat atas, pintu bilik Emir dilihatnya dah tertanggal satu engsel. Teruk sangat. Beberapa barang juga dah terpelanting ke koridor. Bila dia menjengul ke dalam, dilihatnya Ami terbaring di lantai sambil menahan kepala dan tangan Emir. Remaja lelaki itu luka di telinga serta kening, dan di tangannya memegang gunting manakala sebelah lagi menarik rambut panjang Ami. Keadaan perabot di dalam bilik tidur itu rosak, malah darah menitik di lantai bilik.

"Emir!! Ami!! Berhenti sekarang!!" marahnya di muka pintu.

Dua beradik yang macam tengah dirasuk itu berhenti serentak. Ami nampak terkejut, jadi Emir lekas menangkap peluang. Gunting yang dipegangnya menyambar segenggam rambut di tangan kiri. Snap!

Ami ternganga luas. "Lahanat!!" Ditendang Emir sekuat hati sehingga pemuda itu terpelanting ke kerusi belajar hingga terbalik. Ami menerpa lagi, namun lelaki itu menyambut badan adiknya dan ditolak mudah hingga dia pula yang menekan adiknya itu ke lantai lagi.

Peluang KeduaWhere stories live. Discover now