REUNION ARC: CHAPTER 2

40 3 0
                                    

RUMAH yang didiami Aqi ialah sebuah rumah kosong dua tingkat yang jaraknya hanyalah tiga rumah dari rumah Umar! Berjiran rupanya! Kotak-kotak masih penuh di ruang tamu, belum habis dikeluarkan isinya. Bukti yang mereka baru sahaja berpindah dua minggu lepas.

"Ni pun baru selesai kemas bilik tidur dengan dapur. Kalau tak, kami tidur kat hotel je." Kepala dipalingkan pada Junior yang tengah memasang PS4 pada skrin TV. "Hoi. Aku memang cakap buat macam rumah sendiri tapi janganlah selesa sangat!" Bantal sofa dibaling ke belakang Junior.

"Aku berjasa sebab tolong keluarga kau bersatu hari ni. Hormat sikit."

Farid melepas tawa berupa sedakan. "Kau pula Junior, dah berapa lama tau pasal berita mengejut ni?"

"Tengah hari tadi. Jun terbaca IC Emir."

Emir menjulingkan mata ke langit. "Lepas tu dia umpan Emir ke vila supaya boleh kantoi kat ayah," ujarnya pada Umar yang menegak macam robot dari tadi.

Dan senyap. Sebuah senyap yang cukup janggal dan asing. Mereka semua mengharap sesuatu timbul dari lelaki berkaca mata dan berjambang penuh itu, tetapi kosong. Batrisya menggaru belakang kepala, manakala Farid membawa diri ke dapur. Melarikan diri dari janggal.

"Ayah," panggil Ami.

"Ya."

"Ayah takda komen? Peluk Emir ke?"

"Tak payahlah peluk-peluk..." ujar Emir pula.

Umar menipiskan bibir. "Maaf. Ayah masih terkejut..."

Pintu tiba-tiba terbuka dari luar, mengejutkan mereka semula. "Kenapa kasut banyak sangat ni?" tegur satu suara asing, suara yang sama yang mengesahkan status Emir sebagai anak lelaki Umar kira-kira sejam tadi.

Mereka menoleh serentak, melihat Aqi berdiri di depan pintu. Wanita itu tengah mengangkat plastik berisi barang runcit di kedua belah tangan. Masing-masing membatu lalu.

Wanita itu berundur beberapa tapak, melihat nombor rumahnya. "Betullah rumah aku..." sebelum kembali menentang semua tetamu yang tak dijemput itu. Wajah kesemuanya dikenali walaupun fizikal masing-masing dah berubah sejak kali terakhir dilihat. Keliru seketika.

"Kenapa ceroboh rumah aku?" Itu soalan pertamanya.

"Anak kau yang bawa kami ke sini," jawab Mimi yang kebetulan bersandar di dinding di sebelah pintu.

"Kau siapa—oh hey, Mimi!! Tahniah! Kau kahwin jugak dengan Umar! Makin cantik kau sekarang..." Bahu wanita itu diberi penumbuk ringan bersama sengih luas di muka.

Mimi terpempam. Mana dia tahu? Dan kenapa wanita ini ceria benar bertemu dengannya.

Aqi kembali melata pandang ke seluruh ruang rumah. Berderau darahnya bila melihat Umar, tetapi Aqi gagal melontar sebarang kata untuk lelaki itu. Lekas dilarikan pandangan pada wanita yang berdiri di sebelah lelaki itu. Dia bertukar ceria. "KAK BAT!!" Selajur dia memecut terus ke dalam rumahnya.

Batrisya tertawa bila menyambut pelukan wanita itu. "Lama tak jumpa..."

"Sangat lama! Hahahha! Bila masa akak balik? Last I heard, akak duduk UK dengan Nick and family!" ujar Aqi seperti seorang budak yang dah lama tak jumpa orang yang disukai. Matanya bersinar terang macam lampu suluh!

"Akak saja turun Malaysia minggu ni. Mana kau tau akak duduk UK?"

"I have my intel hehe. Duduk Malaysia sampai bila?"

"Ahad—"

"AKKEY!!"

Jeritan itu mengejutkan mereka semua. Serentak mereka menoleh pada Farid yang memuncul di muka pintu dapur dengan ayam goreng di tangan.

Peluang KeduaWhere stories live. Discover now