Adlin siap dengan berpakaian kemas .
Dia duduk di kerusi batu yang disediakan di halaman rumahnya menunggu kedatangan Hana dan Zara.Pin...pin...pin
Kedengaran bunyi hon kereta dari luar membuatkan Adlin memanjangkan lehernya untuk melihat siapa yang datang. Keluar tangan Hana dan Zara melambai Adlin.
"Lin baik kau cepat sebelum aku tinggalkan kau."kata Hana
"Sabar sat. Aku nak bagitahu ibu jap." kata Adlin
"Ibu, Hana dengan Zara dah sampai Adik pergi dulu. Assalammualaikum."
"Haah, hati-hati jangan balik lampat sangat."kata ibu
"Ok ibu, bye."
○○○
Sampai kat IOI
"Weh, kita makan dulu boleh tak baru shopping. Aku lapar do."kata Hana.
"Kau bila je tak lapar. Makan je kerja kau tapi tu lah pelik asal kau tak gemuk hah."kata Adlin
"Hehe, dah aku lapar makan je lah kerja aku. Mana lah aku tahu kenapa aku tak gemuk."kata Hana.
"Dah lah korang berdua ni mana-mana je mesti nak berlawan mulut. Haah jom masuk Mr.Dakgalbi."kata Zara.
"Ok jom."
°°°
"Zara aku nak air."kata Adlin
"Kepedasan ke tu dek. Hahaha." kata Hana.
Adlin pandang tajam Hana." Kau pernah rasa makan penumbuk tak."kata Adlin
"Eh, takpe lah Lin. Aku nak sambung makan. Hehehe."kata Hana sambil sengih-sengih.
Zara hanya menggeleng kepala.' Kenapa lah aku ada kawan macam dorang ni. 'kata hatinya.
Skip makan
●●●
"Kita nak masuk mana dulu ni?"tanya Zara
"Emmm...jom masuk popular dulu nak tak. Aku nak tengok ada novel yang menarik tak."kata Adlin
" Ok jom."kata Hana
"Lin kau nak buku ni tak. Cover depan dia pun menarik. Sinopsis pun menarik. Kau nak?"kata Zara
"Bak aku nak tengok jap. Bolehlah tajuk pun best."kata Adlin
"Wei Lin yang ni pun macam best je kau nak tak?"tanya Hana
"Mana?"soalan dibalas soalan oleh Adlin.
"Ni...kau datang sini tengok sendirilah. Eee...minah ni geram aku."
Adlin mendekati Hana. "Mana?"
"Ni." Hana pass buku yg dia pegang pada Adlin.
"My Sweet Husband. Emmm... bolehlah. Thanks Hana... thanks Zara. Aku dah ambik 3 buku. Satu Zara recommend satu kau recommend. Satu lagi aku pilih sendiri. Ok cun jom bayar. Korang ada nak beli apa-apa tak?"tanya Adlin
"Tak kot."kata Zara.
"Tak. Aku tak minat membaca.Aku bukan macam kau. Ulat buku."kata Hana
Adlin jeling tajam Hana." Kau tak sahkan kalau tak cari gaduh dengan aku."kata Adlin
Hana sengih. "Dah Kan. Jom bayar lepas tu kita pergi shopping baju."kata Hana
"Hana bukan baju kau dah banyak ke. Nak beli lagi buat apa?"kata Zara
"Alah semua tu aku dah pakai so aku nak cari baju baru."kata Hana
"Lepas tu baju kau kat rumah macam mana?"tanya Adlin.
"Macam tulah. Takdalah aku niat nak sedekah kan baju tu. Semua ok lagi just kecik kat aku. Sebab tu aku nak shopping baju."kata Hana.
°°°
"Woi Hana dah-dah lah tu kau nak shopping sampai bila tangan kitaorang dah penuh. Jom balik kita dah lama sangat kat luar ni nanti mak aku bising."kata Zara.
"Jom, sebelum itu kita singgah mcd jap aku nk beli aiskrim mcflurry ."kata Adlin.
"Ok".
•••
"Lin kau nak masuk dalam ke?"tanya Zara
"Yup. Korang nak apa-apa tak?"tanya Adlin kepada Hana dan Zara.
"Takpe lah Lin aku tak rasa nak makan sekarang."kata Zara.
"Ok. Kau Hana nak apa-apa tak?"
"Nak...macam biasa set. Kau belanja kan. Hehehe."kata Hana
"Yelah. Kau nak macam biasa set burger tukan nak tambah apa-apa lagi tak."kata Adlin
"Tu jelah. Aku pun masih kenyang ni."kata Hana.
"Lah kau tahu kenyang juga rupanya. Aku ingatkan kau tahu makan je. Nampak makanan semua kau sumbat dalam mulut."perli Zara.
Hana jeling Zara. Zara hanya sengih saja.
"Aku nak masuk dalam jap. Kau Zara betul taknak apa-apa?"kata Adlin
"Ye...."kata Zara
°°°
Someone POV"Wei Ril kau jalan tu jangan tengok fon nanti tak pasal-pasal langgar orang."
Dush
"Kan aku dah cakap."
•••
'Alamak aku langgar siapa lak ni.' kata hati Adlin.
"Maaf encik, saya tak segaja."
Orang kat depan terpegun melihat Adlin dan baru tersedar lepas kembarnya kejut kan dia.
"Tak apa."kata lelaki tu.
"kalau macam tu saya pergi dulu ye encik maaf sekali lagi."kata Adlin sambil tersenyum manis. Terkejut lelaki itu dengan senyuman Adlin. Cantik. itu yang dikatakan oleh lelaki itu dalam hati.
" Nah burger kau." Kata Adlin pada Hana
"Thanks lin."kata Hana
"Dah jom balik."kata Zara
°°°
"Assalammualaikum, Adik dah balik."
"Waalaikumussalam, balik dah adik. Naik atas bersih kan diri,solat lepas itu tidur. Esok sekolah kan?"kata ayah.
"Ok ayah. Haah esok adik sekolah."
***
Adlin POV
'Penatnya aku...Hana lah ni...dia shopping pun dah lebih 10 beg.'
"Awal lagi ni baca wattpad kejap lah."
***
Someone POV
"Kenapa aku tak boleh lupakan perempuan tu. Tadi dia senyum...ya Allah kenapa dengan aku ni dah angau ke apa. Tapi kenapa muka dia macam pernah nampak??"
Dia capai fonnya untuk main game. Buka sahaja fonnya terpapar mukanya bersama kawan-kawan sewaktu mereka pergi Cameren Highland sebelum ni.
"Muka Aaron dan Aidan seiras perempuan tu...takkan lah.Tapi dorang dua mana pernah cakap pun yang dorang ada adik perempuan. Rayyan pun tak cakap apa-apa kat aku...dia kan anak angkat tuan Adam. Is pun sama...dia tak pernah cakap yang dia ada sepupu perempuan. Is dengan Aaron dan Aidan kan sepupu. Aku kena tanya dorang nanti."
YOU ARE READING
Encik Suami terlalu Sweet (Completed)
RomanceAiril x Adlin Adlin yang baru sahaja balik dari sekolah dikejutkan dengan berita bahawa ada orang masuk meminang dirinya. Tengku Adlin~Berumur 17 thn. Seorang yang bijak, pandai mengurus masanya sendiri (berdikari),comel dan cantik. Dia anak ketiga...