Adlin buka mata pelan-pelan.
"Sayang...already wake up. Ada rasa sakit kat mana mana?"
Adlin memandang Airil dan menggeleng kepalanya.
"Hubby nak air."
"Air...jap."
"Hubby baby mana..."
Airil senyum."Kejap lagi nurse hantar baby."
Adlin membalas senyuman Airil.
Berapa minit menunggu pintu wad Adlin dibuka dari luar lalu tiga orang nurse masuk dengan menolak troli anak mereka.
"Eh? tiga...bukan kita dapat twins ke hubby???"
Airil senyum melihat isterinya."Kita dapat triples sayang not twins. Seorang lagi tu malu boleh pulak dia menorok waktu scan...ikut peragai siapalah malu malu ni anak walid seorang ni."katanya sambil mencuit lembut pipi anak perempuannya.
Airil mengangkat anak lelakinya yang sulung."Hubby azan kat dulu lepas tu sayang susukan okey."
Adlin mengangguk. Tersenyum dia dibuatnya melihat suaminya yang sedang mengazankan anaknya.
"Sayang...nah sayang susukan dulu."
Adlin menyusukan anaknya. Airil pulak mengazan anak-anaknya yang lain.
"Hubby yang mana satu keluar dulu?"
"Sulung yang tengah tidur lena ni. Yang dengan hubby ni yang kedua and yang dengan sayang tu last."
Adlin tersenyum.Dia mencuit lembut pipi anak perempuannya.
"Assalammualaikum anak umi. Comel anak umi ni. Kenapa Alia menorok waktu dalam perut uni...malu ye umi dengan walid tengok dia. Jadi anak solehah ye anak umi Tengku Alia binti Tengku Airil.""Alia..."
Adlin memandang Airil."hubby tak suka ke?"
"Eh tak lah sedap nama tu pandai sayang pilih Alia bermaksud mulia. Sayang memang dah rancang ke nama tu."
Adlin mengangguk."Sayang tak tahu kenapa tapi hati sayang kuat mengatakan yang sayang akan lahirkan anak perempuan sebab itu sayang terfikir nama tu walaupun waktu tu sayang dah tahu yang sayang akan lahirkan anak lelaki dua-dua. Tapi tengok sayang dapat anak lelaki dua dan perempuan satu. Alhamdullilah syukur ya Allah."kata Adlin
Airil tersenyum. Dia mendekati Adlin dan mencium lembut dahi isterinya."Terima kasih sebab lahirkan anak-anak hubby. Hubby tak tahu nak cakap apa hubby bersyukur sangat sangat sayang dengan anak-anak selamat. Terima kasih ya Allah engkau beri peluang kepadaku untuk terus hidup dengan mereka."
Pak...pak
"Aduh sakitlah...tangan ni dah pandai ye. Baru berapa minit dia celik mata dah pandai pukul walid ye."kata Airil
"Haha...dia rimas agaknya tu hubby peluk dia. Sini sayang nak tengok anak kedua sayang handsome ke tak macam hubby."kata Adlin
"Mestilah handsome macam hubby dah anak hubby..."kata Airil
Alia bertukar tangan. Adlin sekarang mengendong anak keduanya. Manakala Airil meletakkan Alia di troli bayi semula.
"Assalammualaikum hero umi. Handsome nya anak umi seorang ni. Umi tak suka Azim pukul pukul walid macam tadi tak baik sayang. Kenapa pukul walid tadi? Rimas ye walid peluk dia. Jadi anak yang soleh ye anak umi Tengku Azim bin Tengku Airil."katanya dan mencium lembut pipi Azim. Azim merengek suka.
"Suka dia ye umi cium cium dia. Umi walid punyalah."Airil memeluk Adlin dari sisi.
"Hish hubby ni...hubby sayang nak tengok anak sulung kita pulak."
"Ok jap...Azim sini dengan walid. Umi dah taknak peluk Azim dah... sian dia..."
"Hubby...menangis dia nanti hubby pujuk ye."
"Takdelah anak walid tak menangis pun kan Azim kan..."Airil meletak Azim di troli bayi semula dan mengangkat pelan anak sulungnya yang sedang tidur lena. Sikit pun tak terganggu dengan bunyi bising.
"Lenanya dia tidur. Umi nak tengok awak."anak sulungnya bertukar tangan pada Adlin.
"Assalammualaikum hero umi. Ya Allah muka serupa betul dengan hubby. Handsome sangat. Biar muka sama jangan perangai sama sudahlah. Jadi anak yang soleh ye Tengku Azam bin Tengku Airil. Besar nanti jaga adik-adik awak jangan bergaduh ok anak umi."
"Sayanggg..."
"Emm...kenapa?"
"Hehe...takde apa apa saja panggil."
Adlin menjeling Airil."Hubby ni. Ni yang lain tak datang ke hubby?"
"Datang...katanya nak pergi beli makanan kejap."
Adlin hanya meng'o'kan saja.
Tiba-tiba pintu wad dibuka dari luar. Mama papa ibu ayah along dan angah masuk terkejut mereka bila nampak Adlin yang dah sedar dari pengsan sebab letih.
"Eh adik...anak ibu dah bangun."
"Dik sakit tak tadi..."
Dush...
"Aduh sakitlah kau kenapa long. Tahulah kau tua lagi daripada aku tapi tak payahlah ketuk2 kepala aku. Nanti aku jadi bodoh macam mana."kata Aidan
"Kau tengok muka aku...ada muka aku kisah."kata Aaron
Aidan menjeling Aaron.
"Padan muka kau. Dah kau tanya soalan bodoh memang kenalah dengan Aaron."kata Ammar yang entah muncul dari mana.
Aidan memandang tajam Ammar."Kau diam..."
•••
"Ya Allah comelnya cucu Tokma ni."
"Kamu dah azan kan ke belum anak kamu ni Ril?"tanya papa
"Dah pa..."
"Ni dah bagi nama ke belum ni?"tanya ayah
Airil dan Adlin saling memandang dan kemudian memandang semula keluarga mereka.
"Dah ayah..."
"Yang dengan ayah tu abang sulung. Tengku Azam bin Tengku Airil."
"Yang dengan papa pulak yang kedua. Tengku Azim bin Tengku Airil."
"And the cutey one who with mama is Tengku Alia binti Tengku Airil."
"Azam bermaksud tegas, Azim bermaksud pelindung dan Alia bermaksud mulia."
"Cantiknya nama cucu cucu nenek ni."
"Pa bagilah Am pulak..."
"Ayah Dan nak gendong juga..."
"Eh apa kamu berdua ni kami belum puas lagi lah."
"Ahlahhhh...pa bolehlah."
"Ayah bolehlah ayah."
Yang lain menggeleng kepala.
Aaron mendekati datin Aisyah."Ma Ron nak gendong Alia boleh."
"Boleh...ni ambik."
Alia bertukar tangan. Aaron mengusap-usap lembut pipi Alia.
"Dah boleh dah tu Ron."kata Airil
Aaron pandang Airil." Apa yang dah boleh?"tanya Aaron
"Dah ada gaya seorang ayah tu. Boleh dah kau kahwin."kata Airil
Aaron pandang Alia. "In Shaa Allah, aku tunggu Alice."kata Aaron
Airil dan Adlin yang memandang tersenyum.Kehadiran ketiga-tiga cahaya mata mereka mengguatkan lagi kasih sayang mereka sekeluarga.
YOU ARE READING
Encik Suami terlalu Sweet (Completed)
RomanceAiril x Adlin Adlin yang baru sahaja balik dari sekolah dikejutkan dengan berita bahawa ada orang masuk meminang dirinya. Tengku Adlin~Berumur 17 thn. Seorang yang bijak, pandai mengurus masanya sendiri (berdikari),comel dan cantik. Dia anak ketiga...