part 12

1.9K 58 0
                                    

"Hubby bangun. Ayah ajak kita solat subuh sama-sama. Bangun cepat."

"Emm...yeye hubby bangun. Sayang..."

"Emm....hubby nak apa. Jangan mengada ye dah cepat bangun nanti ayah marah Adlin tak tahu. Ayah sayang tu kalau marah menakutkan tau."kata Adlin.

"Yelah hubby bangun."Airil bangun masuk ke bilik air membasuh muka dan berwuduk. 

"Turun pun korang dua. Aku baru nak naik gegarkan pintu bilik korang."kata Aidan

Dush

"Siapa yang baling tu. Dah puas hidup ke."kata Aidan

"Ayah yang baling... kenapa?"kata ayah

"Hahaha... ayah ni terkejut Dan dibuatnya."kata Aidan

"Banyaklah kamu punya terkejut. Duduk sini. Airil ayah nak kamu jadi imam boleh?"kata ayah

"Boleh ayah. Ril minta maaf turun lambat."kata Airil

"Takpe...ayah faham pengantin baru biasalah tu."kata ayah

"Ayahhh..."habis muncung bibir Adlin.

Airil tersenyum pandang isterinya.' Comelnya isteri aku ni. Bibir tu... Ya Allah kuatkan iman hambamu ini.'kata hatinya.

"Haah Ril kamu berangan apa lagi tu duduk depan cepat."kata ayah

Airil sengih."Sorry yah..."katanya lalu mengambil tempat didepan. Solat diimamkan oleh Airil.

○○○

Airil dan Aaron rehat dibangku selepas selesai joging.

"Macam mana?"tanya Aaron

Airil pandang kawan merangkap abang iparnya pelik."Macam mana apa?"

"Hidup lepas kahwin."kata Aaron

"Soalan kau memang terbaik. Aku kahwin baru berapa hari Ron...kau ni. Okey je tak ada apa-apa berlaku. Just aku risau something."kata Airil

"Kalau kau nak cakap pasal musuh kau tu kau tak payah risau. Musuh kau musuh aku. Tahulah aku nak urus dorang. Tugas kau sekarang jaga adik aku. Aku tak akan izinkan dorang sentuh adik aku."kata Aaron

"Thanks Ron."kata Airil

"No hal. Adlin adik aku. Kau kawan aku. Tak semudah itu dorang boleh sentuh keluarga aku."kata Aaron

"Hahaha...Now aku tahu kenapa Alice jatuh hati dengan kau."kata Airil

"Diam kau. Jom balik mencari bini kau tu nanti."kata Aaron

●●●

"Assalammualaikum..."

"Waalaikummussalam. Hubby...along baru balik ke?"tanya Adlin. 

"Emm..."

"Korang dua ni dari mana?"tanya Aidan yang muncul entah dari mana.

"Sejak bila angah ada kat sini. Adik tak perasan pun angah turun."kata Adlin

"Baru je haah."kata angah

"Kau memang tak tahu bagi salam ke Dan...aku rasa kau memang Islam dari kecil lagi. Bagi salam tu dah memang kewajiban kita sebagai orang Islam. Kau tak belajar ke apa."kata Aaron

"Hehehe...sorry."sengih Aidan.

"Banyak kau punya sorry."kata Aaron

"Patut kau ni serasi dengan Ammar tu. Dua-dua sekepala."perli Airil

Aidan jeling Airil." Ada yang jadi duda nanti."katanya

"Siapa yang jadi duda?" tanya Adlin. Matanya tajam pandang angahnya

Encik Suami terlalu Sweet (Completed)Where stories live. Discover now