part 15

1.6K 49 1
                                    

A' Holding

"Adik....adik turun sini dulu. Abang nak pergi parking kereta kejap. Adik masuk je lepas tu naik lif belah kanan naik dan naik tingkat atas sekali office Airil kat situ."kata Is.

"Ok abang Is. Thank you hantar adik. Tu makanan tu jangan lupa sejuk nanti tak sedap. Kalau boleh naik join adik makan sekali nanti dengan abang Ril."kata Adlin.

"Ok sama-sama. Lepas tu abang kena tengok korang bersweet-sweet kat situ. Naik semut abang nanti. By the way thank you for the food."kata Iskandar

"Welcome."Adlin senyum lalu turun dari kereta dan masuk ke dalam.

Adlin ke arah lif yang abang Is katakan tadi....tiba2 ada orang yang memegang bahunya.

"Cik....cik nak ke mana lif ni hanya orang atasan sahaja yang boleh guna. Cik ni siapa? Macam mana cik boleh masuk sini?"tanya orang itu.

"Saya datang nak jumpa tengku....saya bawak makanan tengah hari untuk tengku."kata Adlin.

Orang itu memadang Adlin atas bawak."Maaf tengku busy...lagi pun tengku tak akan makan makanan yang you bawak tu sebab tengku tu anti perempuan. Even you cantik sekalipun tengku tak akan layan. Cik boleh keluar dari sini."kata orang itu.

"Maaf tapi saya nak jumpa tengku dulu."kata Adlin

"Eh....degil lah you ni. You ikut I sekarang."kata orang itu.

"Eh....awak nak bawak saya pergi mana ni?"tanya Adlin.

"Pergi dari sini sekarang....sedar diri tu sikit. Dasar perempuan kampung ada hati nak pikat tengku."kata orang itu.

"Saya ada hak untuk datang sini bila2 masa je....ni syarikat suami saya. Awak tak ada hak nak halau saya dari sini."kata Adlin geram. Orang itu menolak Adlin.

Pada waktu yang sama Airil keluar daripada lif. Melihat pekerjanya yang berani membuat demikian pada isterinya membuatkan Airil berasa sangat marah."Apa yang kau buat dengan isteri aku hah...."kata Airil dengan suara yang kuat. Muka orang itu menjadi pucat mendengar suara bossnya yang sedang marah berjalan ke arahnya.

●●●

Berapa minit yang lepas Is menelefon Airil dan memberitahu bahawa dia membawa Adlin datang sekali bersama dengannya.

Airil POV

Telefon Airil berbunyi....Airil menjawap panggilan itu.

"Assalammualaikum Ril aku ni... Is."kata Is.

"Waalaikumussalam. Haah kenapa Is... tiba-tiba kau call aku ni."kata Airil.

"Ni aku nak cakap aku kena pergi hospital, Ira nak bersalin dah. So hari ni aku tak masuk. Kereta aku pinjam dulu. Nanti aku hantar balik kat rumah kau. Aku dah otw nak pergi hospital ni. Sorry Ril."kata Is dalam talian.

"Oh...ok ok. Kau pakai dulu kereta aku tu.....nanti aku dengan Adlin datang tengok Ira kat hospital. Share location kat aku nanti."kata Airil.

"Thanks bro. Bagitahu Adlin sorry aku tak dapat join korang lunch hari ni."kata Is.

"Adlin ajak kau makan kat rumah kitaorang ke?"tanya Airil.

"Tak....dia ajak aku makan sama2 kat office kau. Aku dah turunkan dia kat depan syarikat kau."kata Is.

"Ah...Adlin nak datang sini...tapi masalahnya aku dari tadi kat office aku. Mana ada dia naik office aku."kata Airil.

"Kau biar betul Ril aku turunkan Adlin betul2 kat depan syarikat kau. Aku suruh dia naik lif belah kanan naik tingkat atas sekali. Tak akan dia tak jumpa office kau kot. Apa kata kau turun tengok Adlin kat bawah. Wei ril aku kena end call dulu. Aku dah sampai hopital Ira pun dah masuk so aku nak teman dia kat dalam. Nanti aku call kau balik. Bye. Assalammualaikum."kata Is panjang.

"Waalaikumussalam."

Dahi Airil berkerut. 'Adlin datang sini kenepa tak bagitahu aku. Dan kenapa sampai sekarang tak nampak pun kelibat isteri aku.'kata hati Airil."Tak boleh jadi ni."Airil bangun dan berjalan ke arah lif untuk turun ke bawah. Dan kebetulan setiausaha Airil, Rayyan ikut katanya nak ke cafe bawah. Rayyan juga abang angkat kepada Adlin. Airil dan Rayyan turun bersama.

Sampai saja dilantai paling bawah terkejut Airil dengan Rayyan dengan apa yang mereka lihat dihadapan mereka.

End POV

○○○

Baju Adlin basah disiram air. Seluar Adlin sedikit terkoyak dan terdapat luka di lutut Adlin akibat ditolak tadi. Airil yang melihat keadaan isterinya terus berlari ke arah isterinya, Airil membuka jesnya untuk dibalut pada badan Adlin dan mengangkat isterinya.

"Apa kau buat dekat isteri aku hah."jerit Airil mengejutkan semua orang yang berada di situ. Orang yang menarik tangan Adlin tadi mula merasa takut, mukanya menjadi pucat melihat bossnya, Airil dan setiausaha bossnya, Rayyan menggeluarkan aura yang boleh membuat orang sekeliling tidak berani untuk angkat muka.

"Aku tanya kau ni....apa kau buat kat isteri aku sampai dia jadi macam ni hah."suara Airil makin kuat.

"Adik...adik ok. Ada sakit mana2 lagi selain luka kat lutut ni? tanya Rayyan risau akan adik angkatnya itu.

Adlin menggelengkan kepala."Adik ok. Luka sikit je ni."kata Adlin untuk menghilangkan kerisauan suami dan abangnya yang jelas terpancar di muka kedua-dua lelaki yang berdiri dekatnya.

"Aku tanya kau sekali lagi........APA KAU BUAT DEKAT ISTERI AKU SAMPAI DIA JADI MACAM NI."suara Airil jelas terdengar oleh semua pekerja dalam syarikat itu.

"Saya minta maaf tengku saya tak tahu yang cik ni isteri tengku. Saya betul2 minta maaf."kata orang itu sambil menundukkan kepalanya tidak berani untuk memandang bossnya yang sedang marah akan dirinya.

"Aku tak nak dengar alasan kau. Start esok aku tak nak tengok muka kau kat syarikat ni lagi. Aku ingatkan kau....kau sentuh isteri aku walaupun sedikit kau akan terima balasan yang setimpal dari aku. Jangan cabar aku perempuan."kata Airil.

"Hubby....hubby jangan macam ni. Kalau hubby pecat dia macam mana dia nak jalankan kehidupan dia. Dia cuma tak tahu yang sayang ni isteri hubby itu je....dah jangan marah2 nanti hubby cepat tua."kata Adlin memujuk suaminya dengan muka comel.

"Abang Rayyan pun sama."Rayyan tersenyum dengan gelagat adiknya itu. Comel.

"Ada hubby kisah pasal benda tu. Dia cari pasal dengan sayang dia terima balasannya."kata Airil.

"Rayyan kau urus perempuan ni aku nak naik atas bersihkan luka kat lutut Adlin ni. Lepas tu kau ambik baju Adlin kat kereta aku. Baju dia basah kena tukar nanti tak pasal2 demam."kata Airil lagi.

Jangan tanya kereta mana. Kereta yang Is pakai memang kereta Airil tapi kereta tu hanya digunakan oleh Is untuk hantar dan ambik Adlin dari sekolah. Manakala Airil selalu datang dengan menaiki keretanya yang satu lagi.

Airil membawa Adlin masuk ke officenya

"Hubby sorry."kata Adlin.

Kening Airil ternaik sikit."Why you say sorry to me my lovely wifey?"tanya Airil.

"Lunch hubby....makanan yang sayang bawak tu dah tak boleh makan. Dah selamat mendarat kat atas lantai. Membazir betul."kata Adlin

Airil tersenyum."Lah itu je.Ingatkan apalah tadi."kata Airil.

"Itu je hubby kata. Penat2 sayang masak untuk hubby makan."kata Adlin sedih.

Sekali lagi Airil tersenyum.

Encik Suami terlalu Sweet (Completed)Where stories live. Discover now