"Hubby sorry."kata Adlin. Kening Airil ternaik sikit.
"Why you say sorry to me....my lovely wifey."kata Airil.
"Lunch hubby....makanan yang sayang bawak tu dah tak boleh makan. Dah selamat mendarat kat lantai. Membazir betul."
Airil tersenyum."Lah itu je. Ingatkan apalah tadi."kata Airil.
"Itu je hubby kata. Penat2 sayang masak untuk hubby makan."kata Adlin sedih.
Sekali lagi Airil tersenyum.
"Dah2 tak mahu sedih2. Nak buat macam mana dah tak ada rezeki. Nanti balik sayang masaklah lagi untuk hubby."kata Airil.
Airil dudukkan Adlin di sofa dalam officenya. Airil berjalan ke arah meja kerjanya dan membuka laci paling bawah untuk mengambil peti kecemasan lalu mendekati isterinya. Airil duduk disebelah Adlin dan mengangkat kaki Adlin naik ke atas pahanya.
"Hubby nak ubatkan luka kat lutut sayang ni. Pedih sikit....tahan tau."kata Airil.
Adlin mengangguk kepala.
"Bismillah."
Airil mula membasuh luka Adlin dengan dettol untuk menghapuskan kuman dan kemudian menyapu lembut ubat pada luka Adlin. Adlin menahan pedih. Mata mengeluarkan air mata kerana menahan pedih.
"Hubby pedih....pelan sikit."kata Adlin.
"Sikit lagi tahan jap....ok done. Dah2 tak mahu nangis."kata Airil. Tangannya naik mengelap air mata Adlin.
Tok...tok...tok...
"Masuk."
"Ril ni baju Adlin aku dah ambik."kata Rayyan.
"Ok thanks bro."kata Airil.
"Adik ok tak?"tanya Rayyan.
"Ok...adik kan kuat."kata Adlin dan tersenyum manis kepada Rayyan. Rayyan tersenyum.
"Sayang nah....pergi tukar baju tu dulu lepas tu kita pergi makan."kata Airil.
Adlin bangun dan mengambil baju yang diulurkan oleh Airil lalu masuk bilik air.
"Rayyan kau dah lunch ke belum? Kalau belum lunch sekali dengan kitaorang."tanya Airil.
"Belum....tapi aku tak boleh join korang lunch. Aku lunch dengan isteri aku. Dia kata nak makan sama2....jap lagi nak gerak pergi ambik dia kat tempat kerja dia."kata Rayyan.
"Ajaklah sekali isteri kau apa susah. Aku belanja."kata Airil.
"Kalau macam tu ok. Aku pergi ambik isteri aku dulu."kata Rayyan.
Adlin keluar dari bilik air.
"Sayang okey? Sakit lagi tak?"tanya Airil.
"Sayang okey. Sakit sikit...pedih dia masih terasa. Eh, mana abang Rayyan?"
"Rayyan pergi ambik isteri dia. Hubby ajak lunch sama2. Dah jom kita pergi makan dulu."kata Airil.
"Jom. Yeah dapat jumpa kak Raisa...yeahhhh"kata Adlin sambil melompat-lompat.
Tersengin Airil dibuatnya. "Dah sayang jom gerak nanti dorang pulak menunggu kita."kata Airil
Sampai destinasi. Rayyan dan isterinya juga telah sampai beberapa minit lalu
"Kak Raisya."jerit Adlin. Adlin lari dan memeluk kak iparnya.
"Sayang jangan lari. Boleh dia lari dia lupa agaknya kaki dia luka. Macam budak-budak."kata Airil.
"Biarlah orang rindu kak Raisya lah."kata Adlin.
"Habis tu hubby tak rindu. Yelah siapalah kita nak dirindukan."kata Airil sedih.
"Hish hubby ni mengada."kata Adlin.
"Mengada dengan sayang seorang je."kata Airil.
Adlin jeling suaminya.
Rayyan dan Raisya yang melihat hanya tersenyum.
"Sayang jap lagi kita gi hospital ye."kata Airil.
"Hospital? Siapa sakit?"tanya Adlin.
"Tak ada orang sakit. Ira dah bersalin."kata Airil.
Adlin terkejut. "Kak Ira dah bersalin. Kenapa adik tak tahu pun."kata Adlin.
"Emm, Is telefon hubby tadi bagitahu."kata Airil.
"Rayyan...Raisya korang nak ikut tak?"tanya Airil.
"Mestilah. Lepas ni aku pulak kena lalui apa yang si Is tu lalui. Aku nak tengok juga macam mana dia urus."kata Rayyan.
"Yelah."
Adlin pandang Raisya"Kak Raisya mengandung ye?"tanya Adlin.
"Eh, macam mana adik tahu?"tanya Raisya.
"Tahulah."kata Adlin.
"Bestnya. Adik pun nak ada baby."kata Adlin.
Airil tersedak. Rayyan dan Raisya tersenyum.
"Nak baby....jom."kata Airil.
"Jom pergi mana?"tanya Adlin.
"Buat baby."kata Airil.
Muka Adlin membahang."Hish hubby ni gatal."
"Dia yang nak... marah kita pulak."kata Airil.
Adlin mencubit paha Airil.
"Auch, sakitlah sayang."kata Airil.
"Hahahaha. Dah2 Ril habis merah muka isteri kau."kata Rayyan.
"Hish makanlah cepat kata nak pergi hospital. Orang nak tengok baby kak Yira."kata Adlin.
"Ye ye. Biar lampat asal selamat. Bukannya lari pun baby tu. Baru keluar kaki lembek lagi mana boleh lari."kata Airil.
Adlin menjeling tajam suaminya. Meja mereka penuh dengan gelak tawa.
YOU ARE READING
Encik Suami terlalu Sweet (Completed)
RomanceAiril x Adlin Adlin yang baru sahaja balik dari sekolah dikejutkan dengan berita bahawa ada orang masuk meminang dirinya. Tengku Adlin~Berumur 17 thn. Seorang yang bijak, pandai mengurus masanya sendiri (berdikari),comel dan cantik. Dia anak ketiga...