Selepas saja selesai perbincangan antara kedua-dua keluarga Adlin menjalankan hari harinya seperti biasa.
Kedua-dua keluar memutuskan untuk terus mengahwinkan mereka tanpa bertunang. Majlis akad nikah akan dijalankan pada hari cuti sekolah.
•••
"Adlin balik sekolah ni kau free tak. Aku dengan Zara nak keluar, kau nak ikut tak?"tanya Hana.
"Sorry, aku tak boleh join korang. Aku kena pergi butik ibu nak test baju pengantin."kata Adlin pelan supaya tidak didengar oleh kawan2 sekelasnya.
Hana dan Zara saling berpandang.
"Baju pengantin? Kau terima ke lamaran lelaki tu?"tanya Hana.
"Emm."jawapan Adlin membuatkan Hana dan Zara terkejut.
"Kau serius ke ni. Kau jangan main2 bab kahwin bukan boleh bawak main tau, Adlin."kata Zara.
"Emm. Aku tahu tu tapi aku serius pasal benda ni. Aku boleh nampak yang dia betul2 ikhlas."kata Adlin.
"Kalau kau dah cakap macam tu kitaorang tak boleh nak cakap apa-apa. Itu kebahagian kau. Kitaorang doakan yang kau bahagian dengan dia hingga ke jannah."kata Zara.
"Aamiin. Kalau Abang Airil adalah jodoh yang Allah tentukan untuk aku In Shaa Allah kitaorang akan bahagia."kata Adlin.
"Hah nanti jangan lupa jemput kitaorang. Aku pun dah lama tak makan nasi minyak."kata Hana.
Kring...kring...kring...
Loceng berbunyi tanda sekolah telah tamat. Adlin, Zara dan Hana jalan beriringan ke pagar sekolah. Mereka menunggu jemputan mereka di bus stop. Terdengar bunyi hon kereta membuatkan mereka mengalirkan pandangan memandang kereta yang di depan mereka.
"Weh, kereta siapa tu. Aku tak pernah nampak pun kereta tu datang sekolah kita sebelum ni. Dia nak jembut siapa?"tanya Hana.
"Mana aku tahu. Aku pun tak pernah nampak kereta tu."kata Zara.
Pemandu kereta tersebut keluar dari tempat pemandu dan menuju ke arah mereka. Adlin yang melihat gerangan yang keluar dari kereta itu terkejut kerana mengenali orang tersebut.
"Abang Airil buat ap kat sini?"tanya Adlin pada lelaki itu.
"Nak jemput Adlin lah. Hari ni kan kita nak pergi test baju pengantin kat butik ibu."jawap Airil. Adlin hanya meng'o'kan sahaja.
"Adlin kau kenal ke lelaki ni."kata Hana.
"Emm...dia lah lelaki yg aku cerita sebelum ni."kata Adlin.
Zara dan Hana meng'o'kan saja.
"Kenalkan Tengku Airil future aku. Abang Airil kenalkan Zaara dan Hana BFF Adlin." Kata Adlin mengenalkan mereka
"Salam kenal."kata Airil
"Salam kenal juga."kata zara dan Hana serentak.
"Jom ibu dengan mama dan tunggu lama kat butik."
"Ok, tapi hantar Adlin balik rumah dulu ye. Adlin nak bersihkan diri. Adlin tak selasa nak pakai baju ni pergi butik ibu."kata Adlin.
"Ok."
"Zara Hana aku balik dulu tau sorry tak dapat join korang shopping.
"Tak apa."kata Zara.
●●●
"Abang boleh tunggu ke?Adlin lama sikit nak buat apa yang patut dulu."kata Adlin
"Emm abang tunggu."kata Airil
YOU ARE READING
Encik Suami terlalu Sweet (Completed)
RomanceAiril x Adlin Adlin yang baru sahaja balik dari sekolah dikejutkan dengan berita bahawa ada orang masuk meminang dirinya. Tengku Adlin~Berumur 17 thn. Seorang yang bijak, pandai mengurus masanya sendiri (berdikari),comel dan cantik. Dia anak ketiga...