Habis sahaja Adlin berpantang Airil disibukkan oleh kerjanya.
Adlin ingat pergi ke office Airil untuk mengantar makanan jadi dia hantar triples ke rumah mama. Ibu dan ayah Adlin tiada di rumah kerana ayahnya outstation dan ibunya ikut.
●●●
"Assalammualaikum puan Adlin."
"Waalaikumussalam...akak panggil Adlin je.Terasa tua pulak panggil puan."katanya kepada pekerja suaminya.
Wanita didepannya itu tersenyum."Baiklah Adlin."
Adlin membalas senyuman wanita itu.
"Oh ye Tengku ada kat dalam Ad datang bawak makanan."katanya sambil mengangkat tangan menunjukkan bekal yang dipegang olehnya.
"Tengku ada di dalam..."
"Ok...terima kasih akak."
Wanita itu hanya mengangguk kepalanya.
Adlin masuk ke bilik suaminya, Airil. Buka je pintu bilik office Airil terkejut dia dibuatnya.
"Hubby...."
●●●
Airil POV
Tok...tok...tok...
"Masuk..."
"Hai you lama kita tak jumpa. I datang nak bincang pasal kerjasama kita."
"Kan aku dah cakap aku tak berurusan dengan perempuan. Kalau kau nak berbincang pasal kerjasama pergi cari Anuar atau Ammar kat bilik dorang atau pun kau jumpa PA aku, Rayyan. Kalau tak ada apa apa kau boleh keluar."
"Ahlah you ni...I nak bincang dengan you bukan dengan kembar you."
Airil memandang tajam perempuan didepannya.
"Aku cakap keluar tu keluar jelah...ke kau cacat sampai tak boleh jalan keluar. Nak aku panggil orang untuk tolong kau ke."
Merah muka Fisya menahan marah disebabkan kata kata pedas Airil. Dia tersenyum dan cuba mendekati Airil.
"You tengoklah I...sampai hati you kan. I jauh jauh datang sini nak jumpa you tapi you layan I nak taknak je."
"Ada aku suruh kau datang sini ke...tak kan. Baik kau berampus sekarang sebelum aku naik angin."
Bukan keluar tapi dia lagi cuba mendekati Airil. Dia buat buat jatuh dan hasilnya dia jatuh di riba Airil.
Airil terkejut."KAU BANGUN SEKARANG."katanya keras.
Fisya telan liur. Seram.
Belum sempat dia bangun pintu bilik office Airil dibuka dari luar.
"Hubby..."
Airil angkat kepala selepas mendengar suara tu.
"Sayang..."Dia terus menolang Fisya dari ribanya.
"Sayang hubby boleh jelaskan..."
Adlin mendekati Fisya yang baru sahaja bangun dari jatuhnya tadi.
Sampai sahaja dia dekat Fisya tangannya menampar pipi Fisya.Terkejut Fisya dibuatnya.
"Be...berani you tampar I. You tahu tak I ni siapa."
"Beranilah...saya tak kenal awak dan taknak kenal pun."kata Adlin.
"Kau..."Fisya cuba untuk tampar Adlin tapi ditahan oleh satu tangan.
"Jangan kau berani naik tangan kat isteri aku kalau tak aku akan buat kau menyesal."kata Airil
"Start hari ni kerjasama antara aku dengan ayah kau batal. Rayyan masuk bilik aku dan bawa dokumen kerjasama company dengan dato Fadil sekarang ."
Berapa saat kemudian Rayyan tiba dengan dokumen ditangannya.
'Apa perempuan ni buat kat sini'kata hati Rayyan. "Ad bila sampai?"
Adlin pandang Rayyan."5 minit tadi."
"No no you tak boleh batalkan kerjasama kita. My father will kill me if he know. Please Airil...please."
"Ada aku kisah itu masalah kau bukan masalah aku. And panggil aku sekali dengan pangkat aku. Kau ingat kau siapa hah. Kau keluar sekarang."
"No Airil no...you tak boleh buat I macam ni. Apa yang ada kat isteri you yang I tak ada sampai you layan I macam ni Airil."
Airil tersenyum sinis memandang Fisya.
"Kalau aku cakap sampai esok pun tak habis. Kau dengan isteri aku jauh beza macam langit dan bumi so kau tak payah nak berangan nak dapat cinta aku. My Love is just for my wife and my child. Kau keluar sekarang aku taknak kau jejakkan kaki kau lagi kat company aku. Dan kalau aku tahu kau kacau isteri aku you will know what I can to someone like you."Amaran Airil
Adlin dan Rayyan hanya diam disitu.
"Abang Yan ni kalau ada popcorn best ni. Makan popcorn sambil tengok drama free...perrr..."
"Hahaha adik jangan buat hal."tergelak Rayyan dibuatnya.
"Hehe...oh ye abang Yan kak Raisya macam mana ...sihat? baby?"
"Alhamdullilah dua dua sihat ada je kat rumah tu abang tak bagi kak Raisya awak tu pergi kerja buat sementara."
Adlin mengangguk faham.
●●●
"Sayang....sayang tengoklah hubby."
Adlin senyap dia masih merajuk.
"Aahhh....sayangggg....janganlah merajuk hubby tak pandai nak pujuk...."
"Sampai hati hubby buat sayang macam ni. Kalau ye pun nak cari lain carilah yang bertutup sikit ni tak terbuka sana terbuka sini tak cukup duit ke apa nak beli kain buat baju kata anak dato."
"Sayang dia yang datang masuk bilik hubby...tapi hubby tak layan dia pun...betul hubby tak tipu...sayangggg...."
Adlin pandang Airil."Abang ada niat nak cari lain ke?"
"What!!!gile ke memang taklah. Nak dapat sayang pun hubby sampai kena tolak 2 kali last last baru terima. Seumur hidup hubby belum ada yang berani tolak hubby. Yang ada hubby yang tak layan dorang. Sayang orang pertama yang tolak hubby tau."
"Serius lah ...sayang buat rekod lah ni. Satu satunya perempuan yang berani tolak pinangan tengku Airil bukan hanya sekali tapi dua kali...wow hebatlah...rekod dunia wo."
"Sayanggg..."
"Hahaha..."Adlin tergelak."Ha..sorry sorry...hehe..."
Airil senyum melihat isterinya."Lagi pun hubby dah janjikan yang hubby tak akan duakan sayang. Cukup sayang seorang untuk hubby...hati hubby bukannya besar sangat nak muatkan orang lain dah penuh. Dipenuhi oleh sayang, anak-anak dan family kita."
Tersenyum Adlin mendengar bicara Airil.
"Sweetnya husby Ad ni."katanya sambil mencubit-cubit pipi suaminya.
"Auch...sayang sakitlah..."
"Wololo...sian dia sakit ye sorry..."
"Emmpp...merajuk...taknak kawan sayang...emmpp..."
"Merajuklah...sayang tak nak pujuk...sayang pun taknak kawan hubby..."
"Aaahhh...sayangggg...taknak...ok tak jadi merajuk...sayanggg..."
Tergelak Adlin tengok suaminya. Airil meletakkan kepalanya di riba Adlin. Adlin mengusap lembut rambut Airil.
"Sian suami sayang ni...penat ye...rehat ok..."
"Emm..." terlena Airil dengan usapan Adlin di kepalanya.
YOU ARE READING
Encik Suami terlalu Sweet (Completed)
RomanceAiril x Adlin Adlin yang baru sahaja balik dari sekolah dikejutkan dengan berita bahawa ada orang masuk meminang dirinya. Tengku Adlin~Berumur 17 thn. Seorang yang bijak, pandai mengurus masanya sendiri (berdikari),comel dan cantik. Dia anak ketiga...