"Sayang buat apa kat sini emm...punya hubby cari sayang kat dalam rupa-rupanya kat sini. Dah malam ni jom masuk. Sayang...kenapa ni."
"Tak ada apalah...sayang just teringat kejadian waktu Alia kena culik. Sayang bersyukur sangat Alia balik dalam keadaan yang selamat. Tapi sayang tertanya-tanya siapa yang culik Alia waktu tu dan apa niat dia. Sayang tak rasa yang sayang ada cari pasal dengan orang lain. Hubby...hubby tahu ke siapa yang culik Alia waktu tu??"
"Entahlah sayang hubby tak tahu siapa yang culik Alia waktu tu sebab dia pakai topeng hubby tak nampak muka dia."Airil terpaksa menipu supaya isterinya tidak bertindak luar kawalan jika tahu siapa yang menculik anaknya.
"Oh..."
"Dah dah...tak payah pikir sangat pasal kejadian tu...lagi pun itu cerita lama sayang...penculik tu pun dah kena tangkap."
"Emm...yelah."
"Jom masuk...sayang kena banyak rehat."Airil papah isterinya untuk masuk ke dalam.
Adlin hanya mengikut Airil. Lagipun memang sejak berapa hari ni Adlin rasa cepat sangat penat. Airil yang peka tentang keadaan isterinya sentiasa menjaga isterinya.
"Sayang hubby nak ucapkan terima kasih sebab sayang sudi terima hubby jadi suami sayang. Terima kasih lahirkan zuriat hubby. Terima kasih sebab selalu ada disisi hubby bila hubby perlukan.Terima kasih sayang. I love you so much sayang...bidadari syurga tengku Airil."
Adlin tersenyum."Sayang yang sepatutnya ucap terima kasih dekat hubby sebab pilih sayang untuk jadi isteri hubby. Terima kasih sebab selalu ada dengan sayang. Sayang masih ingat lagi waktu hubby pinang sayang...dua kali kot sayang tolak pinangan hubby tapi hubby tak putus asa ada je idea dia...suruh mama dan papa datang rumah sayang...minta along dan angah pujuk orang untuk terima dia...apalah... sepatutnya hubby sendiri yang jumpa sayang ni tak. But, lastly sayang terima pinangan hubby sebab sayang nampak kesungguhan hubby nak sayang jadi isteri hubby walaupun kita baru jumpa sekali. Terima kasih sebab bagi kesempatan pada sayang untuk jadi isteri hubby dan ibu untuk anak-anak hubby. I love you so much hubby."kata sambil memandang suaminya.
Airil tersenyum. Dia tarik isterinya masuk dalam pelukannya. Dipeluk erat tubuh isterinya.
Adlin menguap.
"Mengantuk dah??"
Adlin mengangguk kepala.
Airil baringkan isterinya diatas katil."Sayang tidur dulu...hubby nak tengok anak-anak kejap."
"Jangan lama-lama tau...nanti sayang rindu."
Airil senyum."Mengada isteri hubby ni..."dicuit lembut hidung isterinya.
"Hehe..."
●●●
11:00 pagi esok
Ting...tong...
"Siapa yang datang tu hubby???"
"Entah...kejap hubby pergi tengok."
Airil membuka pintu."Eh...apa ramai-ramai datang rumah Ril ni."
"Hai Ril kalau iya pun bagilah kami masuk dulu."
"Eh...hah...masuk masuk."
"Ad mana Ril?"
"Ada kat dapur ma."Pn.Aisyah hanya mengangguk.
"Hubby siapa yang datang....Eh...tak cakap pun nak datang."Adlin mendekati keluarganya dan mertuanya untuk menyalam.
"Saja nak suprisekan korang..."jawap Ammar.
"Banyaklah kau punya suprise...kalau bagitahu tadi boleh juga Ril dengan Ad sediakan makanan."
YOU ARE READING
Encik Suami terlalu Sweet (Completed)
RomanceAiril x Adlin Adlin yang baru sahaja balik dari sekolah dikejutkan dengan berita bahawa ada orang masuk meminang dirinya. Tengku Adlin~Berumur 17 thn. Seorang yang bijak, pandai mengurus masanya sendiri (berdikari),comel dan cantik. Dia anak ketiga...