"Sayang...stoplah lipat kain-kain tu."
"Hish...lepas tu esok gelabah nak kemas baju."kata Adlin
"Alahhh...sayang macan nak sangat keluar dari rumah ni. Kenapa tak suka ke duduk dengan family abang."kata Airil
Adlin pandang suaminya."Apa abang mengarut malam malam ni. Adlin buat awal-awal supaya tak gelabah esok. Lepas tu nanti adalah yang tinggal. Tinggal itulah inilah."bebel adlin
Airil hanya tersenyum pandang isterinya.
"Ye ye...membebel pulak dia. Nak abang tolong tak tu. Cepat sikit siap."kata Airil
"Tolong apa emm..."
"Tolong tengok..."kata Airil
Adlin jeling suaminya.' Dah agak dah. Ada yang tidur luar malam ni kang.'kata hatinya.
Airil sengih-sengih.
"Sengih-sengih. Nak tidur luar ke?"tanya Adlin.
Berubah terus muka Airil." Eh taknak...taknak. Sampai hati suruh abang tidur luar."kata Airil sedih
Adlin buat muka." Orang tanya bukan suruh. Kan beza tu."
Airil mendekati isterinya." Sini abang tolong."
Adlin tidak menolak. Malah memberi tempat untuk suaminya.
●●●
Pagi esok....
Selepas sarapan....
"Ma Pa Airil dengan Adlin pergi dulu ye. Assalammualaikum."kata Airil.
"Waalaikumsalam. Bawak kereta tu hati2. Biar lambat asal selamat."kata Papa.
"Waalaikumussalam. Jaga diri jaga Adlin elok2. Kalau ada waktu tu datanglah sini."kata mama.
"Ni nanti nak singgah rumah keluarga Adlin dulu kan. Kirim salam papa dengan mama dekat keluarga Adlin."
Sepanjang perjalanan Airil sentiasa memegang erat jari-jemari Adlin.
Tiada niat untuk melepaskan walau sekejap. Adlin turut bermain dengan jari-jemari Airil. Kadang mereka bercerita tentang diri mereka. Adlin menceritakan kisah lawak yang membuatkan Airil tidak berhenti gelak. Mereka gelak bersama. Adlin tersenyum melihat suaminya.Adlin menguap. Airil yg perasan Adlin menguap berkata
"Sayang tidurlah dulu. Mata tu nak tertutup dah. Tidur dulu nanti abang kejutkan sayang."
"Tak nak nanti tak ada siapa teman abang drive."kata Adlin.
Airil tersenyum."Ingat abang budak2 ke nak kena teman bagai."
"Biarlah salah ke Adlin nak teman suami Adlin sendiri. Oklah Adlin nak tidur tak nak teman abang. Orang merajuk."
"Eh sayang janganlah merajuk abang gurau jelah."
Tidak menerima apa-apa sahutan dari isterinya dia sentuh-sentuh pipi isterinya.
"Sayang oh sayang. Lah tidur dah Comelnya isteri abang ni tidur. I love you my wife."kata Airil bibirnya naik mengucup dahi isterinya.
"Love you too my husband."
Terkejut Airil"Eh...sayang. Bukan sayang tidur ke."
Adlin sengih"Hehehe. Tak adalah saja pura-pura tidur nak tengok macam mana suami Adlin ni nak pujuk isteri dia. Abang berhenti kereta kat tepi tu sekejap."
Airil tanpa menbantah arahan isterinya menghentikan keretanya di tepi jalan
"Kenapa ni sayang. Tiba2 suruh abang berhenti kat tepi ni nanti lambat kita nak sampai KL. Jem nanti susah."kata Airil.
Adlin tersenyum. Airil pandang pelik.'kenapa dengan isteri aku ni angau dah ke. Power juga ayat I Love U aku tadi.'kata hati Airil.
"Sekejap je tak lama. Adlin nak cakap ni."
Airil memandang isterinya."Cakap apa sayang."
"Abang sejak abang sebut nama Adlin semasa kita diijab kabulkan, sejak tulah nama abang dah terukir dekat dalam hati Adlin. Tak ada sesiapa yang boleh padam nama abang dekat hati Adlin. Abang tak sebut 143 tu pun Adlin tahu. Adlin bersyukur dikurniakan seorang suami yang boleh jaga, sayang dan cintakan Adlin."kata Adlin
"Abang tak payah lah susah2 nak ucap 143 tu, cukup abang sentiasa ada di sisi Adlin dah cukup membuktikan cinta abang pada Adlin dan cinta Adlin pada abang. Satu lagi Adlin harap dalam hubungan ni kita boleh saling mempercayai. Taknak ada bergaduh besar yang boleh regangkan hubungan kita. And Adlin tak nak orang lain tengok sisi abang yang ni, cukup isteri abang ni je yang tengok sisi abang yang sweet ni. Kalau abang tunjuk kat orang lain siap abang Adlin kerjakan."kata Adlin lagi.
Airil menangis. Jatuh air matanya mendengar isterinya berkata.'Ma Ril tak salah pilih isteri ma. Malahan dia cukup sempurna untuk Ril ma. Ril janji Ril akan jaga Adlin, bidadari yang Allah takdirkan untuk Ril ma. Ril janji.'bisik hati Airil.
"Eh....hubby kenapa nangis ni.Tak macho betul suami Adlin ni."kata Adlin. Ibu jarinya naik mengelap air mata suaminya.
"Abang gembira sayang. Allah dah bagi hadiah yang penuh bermakna untuk abang."
"Hadiah? Hadiah apa?"kata Adlin pelik
"Sayang... sayanglah lah hadiah yang Allah bagi pada abang. Terima kasih ya Allah kau kurniakan seorang isteri sepertinya kepada ku. Terima kasih ya Allah."kata Airil bibirnya mengucup lama dahi isterinya. Adlin turut menangis mendengar tutur kata suaminya.
Airil cuak"Eh...Sayang kenapa nangis"
"Dah hubby nangis Adlin pun nangislah."
"Hubby....sedap lah panggilan tu sayang abang suka. So mulai hari ni panggil abang hubby ok."
"Tapi kan sayang 143 tu apa?"tanya Airil.
"I Love You"
Airil meng'o'kan saja." I Love You too sayang."
•••
"Assalammualaikum ibu ayah along angah, adik datang ni. Hubby kasut hubby tu letak atas ni."
"Oh...ok."
"Amboi berhubby hubby dia ye. Hormat sikit orang single kat sini."kata Aidan entah dari mana keluar.
"Angah jawap salam dulu. Main terjah je kerja kamu."kata tuan Adam.
"Assalammualaikum ayah ibu. Sorry lambat tadi ada drama sikit berlaku kat tepi jalan."kata Airil terkekeh kecil bila teringat drama singkat petang tadi. Tangan Adlin mencuit lengan sasa Airil.
"Aduh...sayang kenapa ni sakit tau. kalau lebam macam mana."
Adlin mengangkat matanya ke atas."mengada."
"Waalaikumussalam. Tak apa Ril asalkan kamu dengan Adlin balik sini dengan selamat sudah. Risau ibu dibuatnya kamu tak sampai -sampai lagi tadi. Ingat ada apa2 jadi waktu kamu jalan tadi. Tengok kamu berdua selamat sampai hilang terus risau ibu."kata ibu.
"Hah Ril adik masuklah ke korang nak duduk luar. Along tak kisah nanti along bawakkan selimut untuk korang tidur kat luar ni."kata Aaron.
'Lawak tak jadi long sian2.'kata hati Aidan.
Mereka masuk ke rumah. Ayah meminta Airil dan Adlin naik ke atas untuk rehat. Sembang tu esok2 pun boleh.
YOU ARE READING
Encik Suami terlalu Sweet (Completed)
RomanceAiril x Adlin Adlin yang baru sahaja balik dari sekolah dikejutkan dengan berita bahawa ada orang masuk meminang dirinya. Tengku Adlin~Berumur 17 thn. Seorang yang bijak, pandai mengurus masanya sendiri (berdikari),comel dan cantik. Dia anak ketiga...