"Ad kamu buat apa tu."
"Mama...Ad nak ambik tu."
"Turun turun biar mama ambik kan...jatuh nanti. Ni kalau Airil nampak ni mahu mengamuk dia."
"Tapi Ad nak tu..."
"Ye ye biar mama ambikkan kamu turun cepat."
"Ok."
"Buat apa tu emm?"suara garau dari belakang mengejutkan Adlin dengan Datin Aisyah. Hampir terjatuh Adlin disebabkan terkejut nasib Airil cepat tangkap isterinya daripada jatuh.
"Hubby..."
"Ril bila kamu balik?"
"Baru je ma."katanya selepas menurunkan isterinya dan gerak mendekati datin Aisyah lalu menyalami tangan datin Aisyah kemudian matanya pandang isterinya.
"Degil kan hubby dah kata jangan panjat tempat tinggi. Kenapa taknak dengar cakap hubby ni emm...kalau jatuh nanti macam mana ni nasib hubby cepat sambut badan sayang. Kalau jatuh betul betul tadi macam mana tak sayang nyawa ke...ni dalam perut ni tak sayang ke. Bahaya tahu tak...cuba dengar cakap hubby."kata Airil geram dengan isterinya. Terkejut dia dibuatnya nampak isterinya panjat kerusi untuk ambik apa pun tak tahulah.
"Hubby...sa...sayang cuma nak ambik makanan je. Tadi tak ada sesiapa kat bawah jadi Ad panjat. Hubby janganlah marah muka hubby menakutkan kalau marah."
Airil mengeluh kecil."makanan apa yang ada kat atas tu sampai nak panjat kerusi."Airil menurunkan Adlin.
"Hehe...maggi."
"Maggi???"
"Emm...maggi sayang nak makan maggi."
"Jangan nak mengarut maggi tak bagus untuk sayang dengan baby. So No."
"Alah tapi sayang dengan baby nak makan maggi. Bolehlah hubby...sikit je...bolehlah bolehlah."
"NO."
"Mama...Ad nak manggi."
"Ad mama bukan taknak bagi tapi maggi tak elok untuk kamu dengan baby."
"Ad nak sikit je...sikit je...bolehlah ma...hubby bolehlah."
"Ril bagi jelah..."
"No ma...Ril taknak bagi dia makan bagi. Sebelum ni dia makan maggi senyap senyap lepas tu malam tu mengaduh sakit perut. So jangan harap Ril nak bagi."kata Airil
"Sampai hati hubby...sayang nak rasa sikit je pun...yang sebelum ni kan doktor cakap yang Ad sakit perut bukan sebab makan maggi."kata Adlin
"Ada hubby kisah. You still can't eat maggi. Faham tak?"
"Tak...tak faham dan taknak faham. Hubby jahat...malam ni jangan ada hati nak tidur dengan Ad."katanya. Adlin terus jalan mendekati lif untuk naik ke atas. Airil tidak mengizinkan Adlin menggunakan tangga. Bahaya dengan perut isterinya yang makin besar tinggal tunggu waktu nak bersalin je.
"Kamu ni Ril. Tengok merajuk dah menantu mama. Bagi sini maggi tu mama masak bagi Ad makan sikit."
"No ma!!!"
"Kamu ni kan. Cuba faham perasan isteri kamu sikit. Ad tu tengah mengandung mestilah banyak ragam. Kamu sebagai suami kena layan bukan tak kisah je. Isteri kamu mengandungkan anak kamu bukan anak orang lain. Faham tak?"
"Faham ma...sorry."
"Kenapa minta maaf dengan mama...minta maaf dengan isteri kamu. Nanti tak pasal pasal kamu tidur kat sofa malam ni."kata mama
"Emm..."
●●●
"Sayang..."
Adlin diam.
"Sayang...merajuk lagi ke. Hubby minta maaf ok...janganlah merajuk sayangku bidadariku. Sayang oh sayang."
"Hubby nak apa jangan kacau Ad lah pergi tidur kat sofa sana."
"Alahhh taknak nak tidur dengan sayang...nak peluk. Hubby tak boleh tidur kalau tak peluk sayang."
Adlin menjeling suaminya."Mengada..."
"Hehe mengada dengan isteri hubby sendiri bukan dengan orang lain. Ke sayang nak hubby mengada dengan orang...hubby ok je kalau sayang bagi."
"Haah pergilah pergi... hantar Ad balik rumah ayah dengan ibu baru hubby pergi mengada dengan orang lain."
"Hubby gurau jelah sayang. Ambik serius sangat kenapa."
"Biarlah...dah lah daripada layan hubby baik Ad tidur lagi bagus."Adlin membaringkan dirinya atas katil
"Sayang hubby tidur sini ye...hubby nak tidur sambil peluk sayang...boleh..."
Adlin senyap.
Airil mengeluh."Hah...tulah kau Ril marah isteri kau lagi kan dah kena tidur sofa."Airil bangun dan mendekati sofa yang di biliknya.'Terpaksalah tidur kat sofa. Isteri pertama merajuk ana kahwin dua.Hush...gila gila...isteri kau seorang pun susah nak jaga ada hati nak kahwin dua mahu kena buang aku dekat laut china dengan si Aaron tu.'kata hati Airil.
YOU ARE READING
Encik Suami terlalu Sweet (Completed)
RomanceAiril x Adlin Adlin yang baru sahaja balik dari sekolah dikejutkan dengan berita bahawa ada orang masuk meminang dirinya. Tengku Adlin~Berumur 17 thn. Seorang yang bijak, pandai mengurus masanya sendiri (berdikari),comel dan cantik. Dia anak ketiga...