part 9

2.1K 70 5
                                    

Masa cepat berlalu hari ini adalah hari dimana Adlin akan di ijap kabulkan dengan lelaki yang bernama Airil.

Adlin berada di depan cermin menatap dirinya. Adlin terlihat cantik walaupun tidak dimakaup hanya memakai bedak sedikit dan pelambap bibir dan dipadankan dgn baju pengantin berwarna putih.

Tok...tok...tok

"Pengantin perempuan dah siap ke? Jom turun pengantin lelaki dah sampai."kata ibu.

"Adik ibu nak cakap ni lepas ni adik dah jadi isteri orang. Tanggungjawab sebagai seorang isteri besar. Jaga makan minum suami. Jaga hati suami. Jangan melawan, dengar cakap suami. Syurga seorang isteri dibawah tapak kaki suami. Adik kena ingat tu. Faham tak ibu cakap ni."kata ibu

Adlin tersenyum." Iya ibu. Adlin faham. In sha Allah semua akan dipermudahkan. Ibu doakan anak ibu ni bahagia dalam rumah tangga ya."kata Adlin

"Aamiin. Dah jom turun. Pengantin lelaki dah tunggu dah tu kat bawah."kata ibu lagi.

Adlin turun ke bawah dengan dipimpin oleh ibu. Dia duduk di tempat yang telah disediakan untuknya. Airil memandangnya tanpa berkelip sehingga ditegur oleh kembarnya yang berada didekatnya.

"Airil sampai tak berkelip kau tengok Adlin. Sabar sikit, tu pandang depan tok kadi panggil kau dari tadi kau tak dengar. Tak menabar betul."kata Ammar terselit sedikit perlihan daripadanya.

Airil memadang tajam kembarnya itu lalu memusingkan kepalanya memandang tok kadi.

"Tengku Airil bin Tengku Adrian."

"Ya saya."kata Airil.

"Aku nikah kan dikau dengan Tengku Adlin binti Tengku Adam dengan mas kahwinnya sebanyak RM10 000 dan senaskah Al-Quran tunai."

"Aku terima nikahnya Tengku Adlin Binti Tengku Adam dengan mas kahwinnya sebanyak RM10 000 dan senaskah Al-Quran tunai." kata Airil.

"Sah."

"Sah."

"Sah."

Doa dibaca. Dengan sekali lafaz sahaja Adlin telah sah menjadi isteri kepada Tengku Airil. Airil bangun untuk membuat solat sunat/sujud syukur terhadap illahi. Selesai sahaja solat dia bangun dan mendekati isterinya, Adlin.

"Assalammualaikum."salam diberi.

"Waalaikumussalam."jawap Adlin.

"Terima kasih sebab terima abang jadi suami Adlin."kata Airil. Tangan kanan Adlin diambil untuk disarungkan cincin.

"sama-sama."kata Adlin.

Adlin turun melakukan perkara yang sama. Tangan kanan Airil diambil untuk disarungkan cincin. Adlin mencium tangan Airil. Airil mencium dahi Adlin lama. Adlin menangis tanpa sedar. Airil yang melihat mengelap air mata Adlin dengan ibu jarinya dengan lembut lalu memeluk isterinya bagi menenangkan. Keluarga dan tetamu yang melihat merasa gembira dan mendoakan agar kedua-duanya bahagia bersama.

Majlis bersanding dibuat pada waktu malam di rumah Airil.

"Tahniah Adlin dah jadi isteri orang dah kawan kita seorng ni."kata Hana.

"Tahniah Adlin. Semoga bahagia hingga ke anak cucu."kata Zara.

"Aamiin. Terima kasih Zara Hana. Sayang korang."kata Adlin sambil memeluk kedua-dua kawannya.

"Airil jaga Adik aku baik-baik. Kalau aku dengan Aaron tahu kau buat apa-apa yang boleh menyakitkan hati adik aku siap kau aku kerjakan kisah apa kau kawan aku ke tak. Adik aku lagi penting."kata Aidan

"Airil jaga adik kitaorang. Aku tahu kau buat dia menangis siap kau aku kerjakan. Adlin satu-satunya adik aku dengan Aidan. Bahagiakan adik aku. Aku taknak dengar apa-apa perkara yang tak menenangkan jadi dalam rumah tangga kau. Kau sayang dia jaga dia baik-baik."kata Aaron

"Aku tahu. Jangan risau aku tahu semua tu. Aku akan jaga dia. Kalau apa-apa jadi kat Adlin sepanjang dia dengan aku kau boleh buat apa-apa je kat aku Ron. Aku sanggup terima tapi aku tak sanggup untuk berpisah dengan dia."kata Airil

Aaron sembunyikan senyuman. Bahu Airil dipukul lembut." Aku percaya kau Ril."

"Tahniah bro, jaga kakak ipar aku. Jangan lasak sangat malam ni. Hahaha"kata Ammar kembar Airil.

Dush. kepala Ammar dipukul oleh kembar Airil yang satu lagi, Anuar. "Tahniah ril. Aku doakan kau dengan Adlin bahagia selamanya."kata Anuar.

"Aduh, asal kau pukul aku ni nuar. Sakit do."kata Ammar

"Sakit, padan muka. Dah kau mengarut aku pukul lah."

"cih."Ammar memandang tajam pada kembarnya Anuar. Yang melihat hanya gelak.

°°°

Selesai sahaja majlis, Adlin dan Airil naik ke bilik untuk berehat. Keluarga Adlin semuanya sudah balik. Adlin akan bermalam dirumah keluarga Airil beberapa hari dan balik kerumah keluarga Adlin beberapa hari kemudian baru balik ke rumah yang akan Airil dan Adlin duduki bersama.

"Abang, abang nak mandi dulu ke Lin dulu?"tanya Adlin

"Mandi sama-sama nak."gurau Airil. Muka Adlin berubah merah.

"Hahaha, sayang kenapa muka sayang merah. Nak cendol ke"kata Airil

"Hish abang ni lin tanya betul-betulkan dia main-main pulak. Dahlah biar orang mandi dulu."Adlin terus mengambil tuala dan lari ke bilik air. Masih terdengar suara gelak Airil di luar.

'Aaahhh malunya.'kata hati Adlin.

'Hailah sayang comel je isteri aku ni.'kata hati Airil.

Selesai Adlin mandi Airil pulak masuk ke bilik air. Adlin duduk di tepi katil sambil mengeringkan rambutnya. Airil keluar dari bilik air dengan laju dia ke bilik pakaian. Selesai semuanya dia mendekati isterinya. Airil ambik tempat di sebelah Adlin dan memandang Adlin.

Adlin yang merasa ada yang memandangnya memusing kepala dan matanya bertembung dengan mata suaminya. Mereka berdua saling memandang cukup lama baru Airil bersuara.

"Sayang."panggil Airil.

"Ya, abang nak cakap apa-apa ke."kata Adlin.

"Boleh?"tanya Airil.

Adlin yang faham apa yang suaminya mahu, mukanya bertukar menjadi merah." Adlin nak rehat."

"Sayanggg..."

"Abang...adlin masih sekolah. Adlin tak sedia lagi. Sorry."

Airil mengeluh kecil.'Boleh pulak aku lupa yang isteri aku ni masih sekolah.'kata hatinya.

"Sorry abang lupa. Takpelah kalau macam tu. Jom tidur. Sian isteri abang ni penat."kata Airil

Adlin tiba-tiba diserang rasa bersalah. Menolak suaminya." Abang...Adlin minta..."

"Shuuu...you do noting wrong. Why say sorry. Abang yang sepatutnya minta maaf. Abang lupa yang isteri abang ni masih belajar. Sorry ok."

"Adlin minta maaf..."

"Takpe sayang abang boleh tunggu. Dah ada sayang kat sisi abang pun dah cukup. Thank you sebab terima abang."

Air mata adlin jatuh.

Airil terkedu."Eh, sayang kenapa ni. Alamak nangis pulak dah. Apa abang nak cakap kat Aaron nanti first night dah buat adik dia nangis." Kata Airil kalut

Adlin tergelak kecil." Abang tak lawak lah."

Tersenyum Airil dibuatnya. Adlin memandang suaminya dengan senyuman manis dibibir.

Airil yang melihat tu merasa jatuh cinta kali kedua. Dia macam 'bang' hatinya kena tembak dengan peluru cinta.

Airil buat-buat gaya kena tembak dan pura-pura mati.

Adlin terkejut." Eh, abang kenapa ni?"

"Manisnya isteri abang ni. Pandaikan ambik hati abang. Suka suki dia je ambik hati orang."kata Airil

Adlin yang faham tu mengekeh kecil. Malam itu mereka lena dalam pelukan satu sama lain.

Encik Suami terlalu Sweet (Completed)Where stories live. Discover now