Airil sekarang dalam meeting.
~~Ana uhibbuka fillah~~aku mencintaimu kerana Allah~~
Airil melihat skrin telefonnya."Berhenti sekejap bagi saya jawap panggilan kejap."
"Hello...Assalammualaikum sayang kenapa call ni. Ada nak pesan apa apa ke?"
"....."
"Sayang eh kenapa ni...kenapa menangis ni cuba cakap kenapa. Siapa berani buat isteri hubby ni menangis emm...sayang..."
"....."
"Whattt...tunggu situ hubby datang. Meeting cancel..."Airil dengan cepat bangun dan laju balik ke biliknya untuk ambik kunci kereta.
"Ril kenapa ni...tak pernah kau nak cancel meeting ni kenapa tiba-tiba kau cancel...apa jadi? Tadi Ad call kau kan kenapa?"tanya Is.
"Tepi aku nak cepat...Adlin perlukan aku sekarang."
"Cuba kau bagitahu aku dengan Yan kenapa. Kenapa dengan Ad dia sakit ke apa..."
"Anak aku Alia..."
Is pandang Rayyan. Rayyan pandang dia"Alia... kenapa dengan Alia."
"Anak aku Alia kena culik. Adlin kat rumah menangis dia...Ya Allah isteri aku...anak aku...Yan...Is...tolong aku. Aku tak kuat dengar isteri aku menangis. Please...tolong aku cari anak aku...Alia...dia..."Airil menangis.
Terkejut Rayyan dan Iskandar. Ini kali pertama mereka melihat kawan mereka, Airil yang tak pernah nak tunjuk perasaan dia menangis.
"Ok...ok...kitaorang tolong. Tenangkan diri kau dulu..."
"Jom kita pergi tengok Ad dulu kat rumah kau. She need you now."
Airil mengelap air matanya dan berjalan laju menuju keretanya untuk balik. Rayyan dan Is follow dari belakang.
°°°
Sampai sahaja dirumahnya Airil terus berlari keluar dari kereta untuk mendapatkan isterinya.
"Assalammualaikum Sayang..."
Adlin yang mengenali suara garau itu mengangkat kepala. Mengalir air matanya buat sekian kalinya.
"Hubby...hubby anak kita hubby...Alia...Alia..."katanya dalam tangisan.
Airil terus menarik Adlin ke dalam pelukannya.'Ya Allah isteri aku.'kata hatinya."Sayang please don't cry. Hubby tak kuat tengok sayang menangis so please...please don't cry."katanya sambil mencium dahi isterinya.'Airil jangan menangis kau kena kuat untuk keluarga kau.'
Adlin masih menangis. Airil mengerat lagi pelukannya.'Ya Allah...aku tak kuat ya Allah...aku tak kuat tengok isteri aku menangis. Ya Allah bantu hambamu ni ya Allah.'
"Ril aku dah call Aaron, Aidan, Ammar dan Anuar dorang on the way datang sini."kata Is
Rayyan yang berdiri berhampiran sofa juga tidak dapat menahan perasaannya. Ni kali pertama dia nampak adik angkatnya menangis seteruk ini.
Selepas dipujuk beberapa kali Adlin berhenti menangis namun tidak dengan hatinya. Hatinya menangis risaukan anak perempuan.
Selang beberapa minit Aaron Aidan Ammar dan Anuar sampai.
"Along...angah..."Adlin berlari mendapatkan abangnya.
Aaron memeluk Adlin erat. Adlin menangis semula.
"Eh...eh...babygirl along jangan menangis please. Babygirl along tak comel kalau menangis."Aaron mengelap air mata Adlin.
"Ron tolong aku... cari anak aku ron..."
YOU ARE READING
Encik Suami terlalu Sweet (Completed)
RomanceAiril x Adlin Adlin yang baru sahaja balik dari sekolah dikejutkan dengan berita bahawa ada orang masuk meminang dirinya. Tengku Adlin~Berumur 17 thn. Seorang yang bijak, pandai mengurus masanya sendiri (berdikari),comel dan cantik. Dia anak ketiga...