Tiga tahun kemudian...
"Hubby bangun...hish hubby ni kan suka sangat tidur lepas subuh. Hubby bangun...Tengku Airil bangun sekarang sebelum sayang siram hubby dengan air."kata Adlin
"Emm...sayang...lima minit..."kata Airil dalam keadaan mamai.
"Banyaklah hubby punya lima minit...lima minit hubby tu nanti jadi lima jam. Bangun sekarang."
"Yeye hubby bangun..."
'Bini aku ni garang betul sejak jadi umi triples.'kata hati Airil."Sayang nak kejutkan anak-anak. Kalau sayang tahu hubby masih tidur...memang kena hubby dengan sayang."
"Yeye..."
•••
Bilik triples
Tok...tok...tok...
Adlin masuk selepas tiga ketukan."Eh...anak umi dah bangunlah."
"Mi...mi..."pelat anaknya Azam dan Azim. Tangan Azim tunjuk pada katil kecil di depannya.
Adlin pandang depan. Tersenyum dia melihat anak perempuannya yang masih tidur.
"Tak apa umi mandikan Azam dengan Azim dulu...ok...nanti kita kejut adik Alia sama-sama."
Azim angguk kepala.
Tersenyum Adlin dibuatnya melihat tingkah anaknya seorang ni.
"Azam ok...nak apa-apa ke?"tanya Adlin
"Mi...mi...nak eluk..."kata Azam pelat
"Nak peluk... boleh sayang. Sini dekat umi."
Tanpa Adlin dan anak-anaknya sedar Airil berdiri dipintu melihat mereka.
"Peluk umi je ke...walid taknak peluk."kata Airil
"Alid..."jerit Azim. Tangannya diangkat minta Airil gendong.
Airil mendekati isteri dan anak-anaknya."Tak mahu jerit sayang...adik masih tidur. Jom Walid mandikan."katanya sambil mengendong Azim.
"Sayang...biar hubby mandikan Azam dengan Azim. Sayang pergi kejutkan Alia. Azam sini sayang dengan walid."
"Ok."
Azam lepas pelukannya pada Adlin dan mendekati Airil. Tangannya diangkat minta digendong. Airil gendong Azam dan bawak ke bilik mandi.
"Jom kita mandi..."
"Om andi..."
"Om andi???Siapa pulak om andi ni...sejak bila anak walid pandai cakap indonesia ni. Siapa ajar?"
"Om andilah...ukan om ndi."kata Azim pelat
"Hahaha...ok jom kita mandi."
Adlin pulak cuba untuk bangunkan anak perempuannya. Dengan lembut dia membangunkan gadis kecil itu.
"Anak umi Alia bangun sayang...jom umi mandikan kejap lagi kita nak pergi rumah tok ayah."
Alia buka mata pelan-pelan.
"Mi...mi..."
Adlin senyum."Bangun sayang...umi nak mandikan awak...jom."
Alia angguk kepala sambil tangannya mengosok mata.
"Alia sayang tak mahu gosok-gosok mata."kata Adlin sambil memegang tangan anaknya.
Alia pandang uminya.
Adlin senyum.'Ya Allah comelnya anak aku ni.'kata hatinya."Ok...anak umi dah sedar sepenuhnya?"
Alia mengangguk kepala.
YOU ARE READING
Encik Suami terlalu Sweet (Completed)
RomanceAiril x Adlin Adlin yang baru sahaja balik dari sekolah dikejutkan dengan berita bahawa ada orang masuk meminang dirinya. Tengku Adlin~Berumur 17 thn. Seorang yang bijak, pandai mengurus masanya sendiri (berdikari),comel dan cantik. Dia anak ketiga...