part 7

2.1K 72 3
                                    

Adlin dan Airil keluar dari rumah menuju ke kolam renang. Adlin dengan rasa berdebar mula membuka bicara.

"Tengku, boleh Adlin tanya sesuatu pada tengku?"tanya Adlin.

"Panggil Airil je tak payah panggil saya tengku. Tanyalah banyak mana pun soalan kalau saya boleh jawap saya jawap."kata Airil dengan selambah.

"Tapi tu menujukkan saya tak sopan dengan tengku sebab tengku lebih tua dari saya."

"Panggil abang Airil senang. Adlin kena biasakan panggil abang dengan panggilan abang so nanti Adlin tak kekok lepas kita kahwin."Kata Airil lagi.

'Eh, suka suki dia je suruh aku panggil dia abang. Dia dengan aku belum kahwin lagi dah suruh aku panggil dia abang.'kata hati Adlin."Ok teng...Abang Airil."kata Adlin apabila melihat Airil merenung tajam padanya.

"Adlin nak tanya apa kat abang?"tanya Airil sambil memandang Adlin.

Adlin cantik walaupun berpakaian biasa. Airil jujur dia rasa sangat berdebar berada dekat dengan Adlin. Mata Adlin memandang kebawah tidak mahu memandang mata Airil. Jujur Adlin berkata dalam hati bahawa lelaki yang berada dihadapanmya ini cukup sempurna dimatanya. Handsome, berkejaya, pandai jaga hati orang lain senang kata cukup sempurna dari luar dan dalam.

"Adlin tanya soalan ni, Adlin nak abang jawap dengan jujur. Boleh."kata Adlin.

"Emm."itu saja yang keluar dari mulut Airil.

"Kenapa abang Airil nak kahwin dengan Adlin?"

"Sebab abang suka dan cintakan Adlin. Tak ada sebab lain. Abang nak halalkan hubungan kita supaya abang tak perlu lagi nak sorok cinta abang pada Adlin."kata Airil.

Adlin terkejut dengan apa yang lelaki didepannya ni baru saja cakapkan.

"Tapi kita tak pernah pun jumpa sebelum ni. Adlin tak kenal pun abang siapa. Abang tiba2 datang masuk meminang Adlin. Dan abang tak kenal pun siapa Adlin. Abang tak tahu Adlin macam mana orangnya entah baik ke tidak. Macam mana pulak abang boleh cakap yang abang cintakan Adlin sedangkan kita jumpa pun tak pernah."kata Adlin.

Airil hanya tersenyum.'comelnya budak ni...kau sabar Ril tak lama lagi. Kau kena ambik hati dia dulu'kata hati Airil

"Kita pernah jumpa sekali waktu tu Adlin terlanggar abang. Waktu tu lah abang tahu yang abang dah jumpa orang yang akan abang jaga sama macam abang jaga diri abang sendiri. Abang tak tahu kenapa waktu Adlin senyum dekat abang hati abangg tiba2 rasa lain. Abang tak boleh nak tidur setiap malam sebab abang asik teringatkan Adlin setiap kali abang nak tutup mata. Abang tahu perkara tu salah teringat perempuan yang belum halal pada abang. Abang rasa mama dah bagitahu kat adlin yang abang anti dengan perempuan betul tak. Abang tak suka disentuh oleh perempuan apa tah lagi bersembang dengan perempuan kecuali mama dgn kakak abang. Adlin adalah perempuan pertama yang dapat buat hati abang  rasa macam ni. Tapi abang tahu yang abang tak akan jumpa Adlin lagi selepas kejadian tu."kata Airil panjang.

"Tapi jangkaan abang salah bila abang dapat tahu perempuan yang abang jumpa waktu tu rupanya adik pada kawan abang iaitu abang kembar Adlin, Aaron dan Aidan. Abang tanya banyak soalan dekat dorang pasal Adlin sebab nak kenal Adlin. Abang dapat tahu yang Adlin masih belum berpunya disebabkan itu juga abang nekad untuk masuk meminang Adlin."kata Airil lagi.

"Abang tahu Adlin belum kenal dan  cintakan abang sepenuhnya lagi. Abang faham benda tu. Kita slow2 je abang akan buat Adlin jatuh cinta dekat abang. Abang janji abang tak akan menduakan Adlin. Abang janji akan jaga dan sayang Adlin macam abang jaga nyawa abang sendiri."Tambah Airil lagi.

Adlin diam hanya melihat tepat pada mata Airil. Melihat mata Airil sahaja sudah dapat menggetahui bahawa apa yang dikatakan oleh lelaki itu tidak ada satu pun bohong , dapat terlihat jelas bahawa kata2 tu jujur daripada hati seorang lelaki bernama Airil.

"Baiklah, Adlin dah dapat jawapan dari semua soalan Adlin. Jom masuk kat luar ni sejuk nanti lama-lama kat sini tak pasal-pasal demam pulak nanti."kata Adlin.

Mereka berdua masuk semula ke dalam rumah.

Kedua-dua keluarga beralih pandangan pada mereka yang baru masuk.

"Dah habis bincang dah Adlin  Airil?"tanya ibu. Hanya anggukkan dari Adlin dan Airil yang mereka terima.

"So sekarang apa."kata Aidan

"Adik terima lamaran ni."kata Adlin.

Semua yang ada disitu terkejut begitu juga dengan Airil setelah mendengar apa yang keluar dari mulut anak perempuan puan Amanda.

"Betul ke ni adik?"tanya ayah untuk kepastikan.

"Emm."

"Alhamdullilah, kalau macam tu kita terus bincang tarikh untuk buat majlis."kata mama. ( Laju betul dati. Kita ni.🤣)

●●●

Aidan POV

"Woi Ril apa kau hasut adik aku tu...tiba-tiba je setuju nak kahwin dengan. Kau ada buat apa-apa ke kat adik aku."kata Aidan

Airil senyum nipis. Kembar dia, Ammar yang nampak senyuman tu tegur.

"Amboi Ril senyum-senyum pulak dia. Wei Nuar aku rasa kembar kita seorang ni dah gilalah."kata Ammar.

Terus mati senyuman Airil dan dijeling tajam kembarnya.

"Baik kau diam sebelum kau tak tidur malam ni Mar."kata Aidan

"Aku nak kau settle kan kerja kau malam ni juga Tengku Ammar bin Dato' Adrian."kata Airil tenang.

"Aku dah agak dah. Good luck bro."kata Aidan

"Say what...kau gila ke malam-malam macam ni. Mahu aku kena tidur luar malam nanti."kata Ammar.

"Ada aku kisah.. pandai-pandai kau lah."kata Airil dan mula main fon dia.

"Are you seriusly... Ron, Dan, Nuar tolanglah aku. Memang tidur luar aku malam nanti. Mahu merajuk bini aku tu. Macam korang tak kenal Amira tu macam mana. Aduh...."kata Ammar

Amira yang mendengar namanya disebut angkat kepala."Awak panggil saya ke?"kata Amira.

Ammar senyum." Takde apa-apa sayang. Saja nak sebut nama sayang kan sedap tu Amira isteri Tengku Ammar. Hahaha..."kata Ammar

Amira buat muka. 'Buang tebiat ke suami aku ni.'

Encik Suami terlalu Sweet (Completed)Where stories live. Discover now