part 6

1.9K 67 2
                                    

2 hari kemudian.

Seperti yang dijanjikan Dato dan Datin berserta dengan anak-anak dan menantunya datang ke rumah Adlin semula. Kali ni lelaki yang dikatakan oleh ayah turut datang bersama papa dan mamanya.

"Assalammualaikum."salam diberi.

"Waalaikumussalam sampai dah. Jemput masuk. Kita makan dulu lah ye Adlin dah siap masak."kata ibu.

Ibu dan ayah membawa tetamu menuju ke dapur.

"Adik dah siap hidangkan semua makanan?"tanya ibu pada Adlin.

"Suami ku dah sampai, eh. Hish ibu ni bagilah salam dululah ni tak main terjah macam tu je terkejut adik tau tak nasib tak ada sakit jantung. Kalau tak dah masuk hospital dah tak sempat nak kahwin dah meninggal. Nak ke?"kata Adlin sambil mengurut sedikit dadanya kerana terkejut tadi. Semua yang ada di situ tergelak kecil. Suka tengok Adlin comel je.

○○○

Aaron POV

Aaron pandang lelaki di sebelahnya.
"Jaga pandangan kau. Kau dengan adik aku belum ada apa-apa lagi. Jangan pandang adik aku macam kau nak telan dia."lata Aaron.

"Sorry...aku just tak boleh nak alihkan mata aku dari pandang dia. Cantik plus comel."kata Airil

Aaron jeling Airil."Gila mamat ni. Kau jangan macam-macam aku tak restu korang kahwin nanti."

Laju kepala Airil pusing pandang kawannya merangkap bakal abang iparnya.

"Apa pandang-pandang..."kata Aaron

"Kau seriuslah..."belum pun habis Airil bercakap Aaron meneruskan jalannya lalu duduk disebelah Aidan.

Airil buat muka.' Tak guna punya kawan.'kata hatinya

End POV

○○○

"Hehe, sorry adik ibu tak segaja. Ni makanan semua dah hidang ke."tanya ibu.

"Dah, tinggal tunggu orang makan."kata Adlin

"Jemput duduk semua makan jangan malu-malu Adlin masak istimewa malam ni untuk bakal suami dia."kata ayah.

Adlin memandang tajam pada ayahnya. Along dengan angah pun turut tersenyum dengan gelagat adik mereka yang terlihat comel dimata mereka.

"Jemput makan semua."

"Ibu adik nak naik atas kejap nak tukar baju."bisik Adlin pada Ibu.

Ibu mengangguk sahaja sebagai jawapan. Adlin naik ke bilik untuk tukar baju.

Pak

"Aduh...kau asal Ron...tiba-tiba je pukul aku ni..."kata Airil

"Aku kata jaga mata kau. Aku cucuk kang mata kau tu."kata Aaron

"Tengok sikit pun salah...bakal bini aku bukan kau..."kata Airil pelan namun masih dapat didengar oleh Aaron.

"Kau cakap apa...ulang balik boleh."kata Aaron dengan pandangan tajam diberi pada Airil.

"Aku cakap apa...mana ada aku cakap apa-apa. Kau salah dengar tu."kata Airil tenang.

"Kau..."

"Dah dah kamu berdua ni dah kenapa. Makan pun nak berlawan mulut ke. Ayah halau kamu nanti."kata ayah

°°°

Selesai makan malam semua berkumpul di ruang keluarga. Ibu dan ayah bersembang dengan mama dan papa . Abang kembarnya pula bersembang dengan anak-anak dan menantu lelaki mama dan papa. (Well dorang dah kenal so tak peliklah boleh borang rancak)

Disebabkan tiada antara mereka bersuara tentang hal yang sepatutnya hendak dibincang pada malam ini dengan ucapan bismillah Adlin memulakan bicara.

"Boleh Adlin tahu siapa lelaki yang dijodohkan dengan Adlin?"tanya Adlin yang ingin tahu siapa lelaki yang masuk meminangnya.

"Oh ye, Mama lupa nak kenalkan. Kat sana tu anak mama yg sulung, Arash sebelah tu isteri Arash, Anis. Ni anak mama yg kedua satu2nya anak perempuan mama dengan papa, Alisya yang ni pula menantu lelaki mama, Azam. Yang duduk kat sofa sana tu anak kembar tiga mama dengan papa dan isteri mereka, Airil, Anuar, Adriana, Ammar, Amira. Budak-budak yang duduk bawah ni cucu-cucu mama dengan papa. Yang masuk meminang Adlin tu anak kembar mama yang pertama, Airil. Dia lah yang datang rumah jumpa parents Adlin dengan tak tahu malunya terus masuk meminang Adlin tanpa pengetahuan mama dan papa."kata Datin Aisyah panjang dan menjeling anak lelaki nya ibu.

Adlin memberi senyuman manis pada anak2 dan menantu mama sebagai tanda berkenalan. Mereka turut membalas senyuman Adlin dengan senyuman. Adlin memandang anak lelaki Datin Aisyah yang duduk disofa yang ditunjuk oleh Datin Aisyah tadi.

Adlin terkejut, mata mereka berdua bertembung membuatkan muka Adlin menjadi merah. Adlin menundukkan kepala dan bersuara.

"Boleh Adlin sembang dengan anak mama sekejap. Berdua. Tak jauh kat luar tu je."kata Adlin

"Boleh je, kenapa pulak tak boleh. Mama ingat apa lah tadi. Baguslah tu boleh kenal satu sama lain. Hah Airil apa lagi bangunlah Adlin nak sembang dengan kamu tu."kata

Airil bangun dari duduknya selepas mendengar arahan daripada mamanya.

"Ayah ibu adik keluar sekejap ye."hanya anggukan daripada ayah sebagai jawapan.

Encik Suami terlalu Sweet (Completed)Where stories live. Discover now