Aidan POV
"Long...kau rasa siapa yang masuk meminang adik?"tanya Aidan
Aaron termenung sekejap lantas ingat tentang kawan baiknya Airil pernah bertanya kepadanya tentang adik perempuannya. "Haa...Airil...mamat tu memang cari masalah dengan aku. Memang kena dia nanti."kata Aaron.
"Airil? Kenapa dengan mamat tu...jap. sebelum ni dia ada tanya pasal adik kat kita kan. Jangan cakap yang dia..."kata Aidan.
Aaron mengeluh kecil. "Dah kau pergi masuk tidur sana. Pandailah aku urus mamat tu esok."kata Aaron.
●●●
Esoknya...
Aaron POV
"Along...along hantar adik kan?"tanya adlin
"Emm...cepat siap. Along nak kena pergi jumpa orang kejap lagi."kata Aaron.
"Ok."
●●●
Aaron buat panggilan.
"Assalammualaikum. Haah Ron kenapa kau call aku ni. Aku tengah kerja ni."
"Waalaikummussalam. Kau kat mana?"tanya Aaron
"Haa? Kat office aku. Asal?"
"Aku datang sana..."kata Aaron. Dia tamatkan panggilan tanpa dengar jawapan dari pihak sana.
○○○
Airil POV
"Eh mamat ni dia end cam tu je. Nasib kau kawan aku kalau tak..."
"Kalau tak apa...?"
Terkejut dia." Eh bukan kau baru call aku ke tadi..."bangun dia dari duduknya dan mendekati sofa yang baru di duduki oleh Aaron.
"Emm..."
End POV
●●●
"Haah kenapa kau nak jumpa ni. Ada apa-apa ke?"
"Ril... Kau ada datang rumah aku kan."tanya Aaron
"Ah? Bila pulak aku datang rumah kau ni. Ingat aku takde kerja ke."
"Maksud aku rumah family aku. Kau pergi rumah family aku kan. Kau takde kerja ke apa. Adik aku tu baru 17 kot."kata Aaron
"Oh pasal tu ke..."
"Kau buang tebiat ke apa jumpa family aku lepas tu masuk meminang adik aku. Gile ke apa. Adik aku tu baru 17 tu pun belum lepas birthday dia lagi."kata Aaron
"Well kau kenal aku Ron... aku tak pernah bercinta bahkan cinta tu pun aku tak pernah rasa."
"Lepas tu apa kena mengena dengan adik aku... kau nak bercinta ke apa ke kau punya pasallah. Yang kau pergi pinang adik aku dah kenapa..."kata Aaron
"Aku suka adik kau..."kata Airil pelan
"Kau cakap apa... cakap tu kuat sikit bukan berbisik... kau ingat aku dengar ke."kata Aaron
"Aku cakap aku suka adik kau... aku nak dia jadi isteri aku... aku nak ada hubungan yang sah dengan adik kau tengku Adlin."
"Sejak bila pulak kau jatuh cinta dengan adik aku ni. Kau kenal dia pun tak apatah lagi jumpa."
"Cukup kau tahu yang niat aku baik untuk halalkan adik kau."kata Airil
"Susah betul nak cakap dengan kau ni. Pandai-pandailah kau nak pujuk adik aku tu."kata Aaron
Airil senyum.
●●●
3 hari kemudian.
Adlin buat aktiviti harian seperti biasa. Dia menangka bahawa ayah dan ibunya telah melupakan tentang lamaran tersebut kerana tiada diantara mereka berkata apa2 tentang hal itu lagi. Namun apa yang dia fikirkan itu salah.
"Adik malam nanti ada tetamu nak datang rumah. So malam nanti adik pakai baju cantik2 tau untuk malam ni."kata puan Amanda pada anaknya.
Adlin merasa pelik dengan ibunya."Pakai baju cantik2 nak buat apa. Duduk rumah je pun."bisik hati Adlin."Ok, ibu."
Selesai Adlin menunaikan ibadah solat Adlin tukar baju yang lebih sesuai untuk menyambut tetamu nanti. Kemudian dia pun turun ke bawa untuk tolong ibu masak di dapur.
"Assalammualaikum."mendengar sahaja ada orang bagi salam ibu terus berjalan ke pintu untuk menjemput tetamu yang datang. Ruang keluarga penuh dengan gelak tawa ayah ibu dan tetamu mereka. Adlin keluar dari dapur dengan tangan membawa air dan makanan yang boleh dimakan bersama tetamu yang datang.
"Haah ni lah anak perempuan saya, Adlin. Adik kenalkan kawan ibu Datin Aisyah sebelah tu suami Datin Aisyah, Dato Adrian."kata ibu kepada Adlin sambil memandang orang yang disebut. Adlin menyalam tangan Datin Aisyah dan memberi senyuman kepada Dato Adrian sebagai tanda salam.
"Oh ni lah dia, cantiknya anak awak ni Amanda. Bertuah saya dapat menantu cantik macam Adlin."kata Datin Aisyah. Adlin hanya memberi senyuman. Adlin malu dipuji oleh Datin Aisyah.
"Adik, tujuan Dato Adrian dan Datin Aisyah datang ke sini adalah untuk masuk meminang kamu. Kamu ingat ayah bagitahu ada seorang lelaki masuk meminang kamu tu ni papa dan mama lelaki tu."kata ayah.
Terkejut Adlin dibuatnya. Adlin ingat ayah dan ibunya sudah lupa tentang hal tu.
"Betul tu, Adlin sudi tak nak jadi menantu mama. Anak mama tu susah sikit. Dia anti sangat dengan perempuan kecuali mama dgn kakak dia jadi sebab tulah mama terkejut bila dia bagitahu mama yang dia dah masuk meminang Adlin. Tapi anak mama cakap Adlin tolak pinangan dia.Dia pujuk mama untuk tolong dia masuk meminang kamu untuk kali kedua. Sebab tu mama dengan papa datang sini."kata Datin Aisyah panjang.
"Dato Datin, Adlin bukan apa. Adlin belum sedia nak jadi isteri orang. Adlin masih belajar Adlin takut tak dapat jadi isteri yang baik untuk anak Dato dan Datin. Adlin takut tak dapat nak uruskan suami Adlin nanti makan minum dan perkara2 lain. Lagipun dia tak kenal Adlin macam mana orangnya. Adlin minta maaf Dato Datin."kata Adlin sambil menundukkan kepalanya melihat jubin lantai.
"Panggil papa dengan mama je Adlin. Mama faham apa yang Adlin cuba sampaikan.Mama minta maaf kalau mama paksa kamu. Tapi mama harap sangat yg Adlin boleh terima anak mama. Nanti mama sekeluarga akan datang sekali lagi dengan anak mama yg nk kahwin dengan kamu. Waktu tu Adlin boleh bagitahu jawapan Adlin pada mama sama ada Adlin terima atau tak dengan pinangan ini. Kalau kamu tak terima mama tak boleh cakap apa itu keputusan kamu. Mama tak paksa kamu untuk terima anak mama tapi nanti cuba berkenal dulu. Salah anak mama juga sebab masuk meminang kamu sebelum berkenalan terlebih dulu. Mama minta maaf ye Adlin."kata Datin Aisyah.
Adlin menggeleng kepala."Tak, Da....mama tak paksa Adlin pun. Baiklah Adlin akan cuba fikirkan semula tentang lamaran ni. Nanti Adlin bagi jawapnya."kata Adlin.
"Terima kasih Adlin."Adlin hanya memberi senyuman manis pada Datin Aisyah. Dato dan Datin minta diri untuk balik kerana sudah malam.
"Adik adik tak apa-apa? Kalau adik betul-betul taknak terima pinangan ni adik boleh tolak. Ayah bukan apa ayah cuma nak tengok masa depan adik cerah. Kalau ayah dengan ibu tak ada nanti siapa nak jaga adik. Kalau adik dah kahwin ada lah juga yang boleh jaga dan tengok2kan adik nanti."kata ayah sambil memandang anak perempuannya.
"Adik tak apa. Apa cakap macam tu. Ayah dengan ibu dah tak sayang adik ke sampai cakap macam tu. Adik akan cuba fikirkan semula tentang hal ni. Nanti adik buat solat sunat istikharah. Ayah dengan ibu jangan risau ye. Ok lah adik naik dulu mata adik dah letih nak tidur. Assalammualaikum, selamat malam ayah ibu."Adlin salam dan cium kedua tangan ayah dan ibunya. Lepas itu Adlin terus naik ke bilik untuk tidur.
YOU ARE READING
Encik Suami terlalu Sweet (Completed)
RomanceAiril x Adlin Adlin yang baru sahaja balik dari sekolah dikejutkan dengan berita bahawa ada orang masuk meminang dirinya. Tengku Adlin~Berumur 17 thn. Seorang yang bijak, pandai mengurus masanya sendiri (berdikari),comel dan cantik. Dia anak ketiga...