Penggera telefon Adlin mengejutkan Adlin dari tidur. Adlin bangun dan berjalan ke bilik mandi.
Selesai Adlin membersihkan diri dan berwuduk dia membangunkan suaminya.
"Hubby bangun subuh."Tanpa membantah Airil bangun dari tidur dan berjalan ke bilik air.
Selesai Airil dan Adlin mendirikan solat subuh bersama, Adlin meminta izin untuk turun terlebih dahulu untuk membuat sarapan. Sarapan dihidangkan di atas meja lalu dia naik untuk melihat suaminya.
"Hubby....hubby buat ap tu?"tanya Adlin.
"Ni tengah betulkan tie...daripada tadi hubby buat tak jadi2 geram hubby dibuatnya...menyampah betul tak perlu pakai tie lah hari ni."kata Airil geram.
"Eh...mana boleh tak pakai tie.Nanti nampak tak segak."kata Adlin.
"Hah...Habis tu nak buat macam mana. Hubby mana pandai pakai benda ni."kata Airil dan menunjukkan tie yang ada dilehernya.
"Hubby ni...sini sayang buat."Airil tersenyum, plan menjadi. Adlin berjalan mendekati Airil. "Betul ke hubby tak pandai pakai tie...jadi sebelum ni siapa pakaikan hubby tie ni kalau hubby pergi kerja?"tanya Adlin.
"Mamalah siapa lagi."jawap Airil yakin.
"Yeke ni tapi bukan hubby kata hubby duduk rumah hubby seorang ke. Macam mana mama boleh datang sini semata-mata nak pakai hubby tie ni."kata Adlin sambil memandang tepat ke arah mata Airil. Airil cuwak.
"Hehehe...yelah hubby mengaku sebelum ni hubby pakai sendiri tak ada siapa pakaikan pun. Tapi hari hubby tiba2 lupa cara nak bentukkan tie ni. Jadi sayang kenalah tolong hubby."kata Airil.
"Yelah tu....mengada."kata Adlin.
°°°
"Thanks hubby hantar sayang."kata Adlin.
"Welcome....jaga diri sayang untuk hubby ye."kata Airil. Bibirnya mengucup lembut dahi isterinya.
"Ye sayang tahu. Hubby pun sama...jaga diri hubby untuk sayang."kata Adlin. Tangan Airil disalam olehnya...dicium tangan suaminya.
"Ok ...sayang gi dulu. Bye hubby. Assalammualaikum."
"Waalaikumussalam."Airil meneruskan perjalanannya selepas kelibat isterinya tidak terlihat lagi dipagar sekolah.
Kelas SA(Special A)
"Assalammualaikum."
"Waalaikumussalam."
"Hai pengantin baru....asal cepat sangat kau masuk sekolah. "kata Hana.
"Nak cuti lama2 buat apa Hana woi....lagi pun abang Airil kena masuk office. 3 minggu cuti kerja abang Airil tak terbuat."kata Adlin.
"Adlin macam mana kehidupan kau lepas kahwin ni. Suami kau layan kau dengan baik ke dia ada pukul kau."kata Zara.
"Okey. Abang Airil layan aku baik dia tak pernah marah kat aku. Hish kau ni Zara jangan pikir bukan2, abang Airil tak pernah naik tangan kat aku."kata Adlin.
"Betul.....kau tak tipu kitaorangkan. Bukan apa Adlin aku dan Hana risau kalau suami kau apa2kan kau. Aku dengan Hana sayangkan kau. Walaupun kita bertiga tak ada pertalian darah tapi kita dah macam adik-beradik. Susah senang kita bersama. Aku dan Hana ada kalau kau perlukan bantuhan kitaorang."
kata Zara Panjang."Betul tu kalau ada apa2 cakap jak dengan kitaorang....insha Allah kalau kitaorang boleh bantu kita orang bantu apa yang mampu."kata Hana. Adlin tersenyum.
"Thanks Zara Hana."kata Adlin sambil memeluk kedua-dua rakan baiknya. Zara dan Hana membalas pelukan Adlin.
•••
"Adlin suami kau ambik kau ke?"tanya Hana. Adlin menggeleng.
"Tak abang aku ambik."kata Adlin.
"Kenapa bukan suami kau yang ambik."kata Zara.
"Abang Airil busy so abang Is yang ambik."kata Adlin.
"Abang Is....siapa tu?"tanya Hana.
"Abang angkat aku. Haah tu sampai dah."kata Adlin.
Sebuah kereta berhenti tepat di hadapan Adlin. Seorang lelaki keluar dari kereta itu."Sorry adik abang ambik lambat. Dah lama ke tunggu."kata lelaki itu.
"It's okey abang Is. Adik pun baru keluar ni. Zara Hana kenalkan abang Is. Abang angkat aku...abang Is kenalkan kawan adik Zara dan Hana."kata Adlin. Abang Is hanya memberi senyuman kepada Zara dan Hana. Begitu juga dengan Zara dan Hana.
○○○
Hana POV
"Wei Lin. Handsome do abang angkat kau. Dah berpunya ke belum tu."
Adlin jeling kawannya itu." Dah berpunya. Dah nak ada anak dah pun."kata Adlin
"Ehhh seriuslah."kata Hana
"Kau ada nampak muka aku ni macam main-main ke."kata Adlin
"Alahhh..."
"Tak payah nak alahhh sangat. Ni aku balik dulu ke korang nak tumpang sekali."kata Adlin
"Takpe lah Lin. Mama aku ambik. Nanti tak pasal-pasal mencari pulak."kata Hana
"Iya lah. Kau Zara nak tumbang tak?"tanya Adlin
"Takpelah along aku ambik."kata Zara
"Oklah macam tu. Aku balik dulu bye."kata Adlin sambil melambai tangannya pada kedua-dua kawannya.
●●●
"Abang Is....abang hantar adik balik rumah kan."kata Adlin.
"Haah.... kenapa adik nak pergi mana2 ke?"tanya Is.
"Emm...adik nak pergi office abang Ril boleh. Adik nak lunch dengan abang ril tapi adik nak masak dulu. Abang Is boleh tunggu ke."kata Adlin.
"Boleh...kenapa pulak tak boleh. Lagi happy Tengku Airil a.k.a. suami adik tu. Kalau macam tu adik siap2 lepas tu masak. Abang tunggu adik kat luar. Lepas tu abang hantar adik pergi syarikat Airil. Abang pun nak ke sana. Kerja abang banyak lagi tak terbuat kat office tu ."kata Is.
"Ok. Tapi tak susah kan abang Is ke. Adik boleh je pergi sendiri."kata Adlin.
"Mana ada susahkan abang. Adik pergi sendiri lagi susah abang nak menjawap dengan suami adik tu. Nanti jadi apa2 kat adik habis kitaorang kena dengan suami adik tu. Airil tu kalau pasal adik sanggup dia buat apa2 untuk pastikan adik selamat. Tapi dengan syarat adik kena masak untuk abang juga. Apa macam boleh ke tak."kata Is panjang.
Adlin mengekek kecil." Boleh. Abang Is sure boleh tunggu adik ke ni. Adik takut adik lama. Nak bersihkan diri dan masak lagi. Takpe ke abang Is."kata Adlin
"It's okey take your time. Abang tunggu adik kat luar."kata Iskandar
Adlin mengangguk kepala lalu keluar dari kereta dan masuk ke rumah. Dia naik ke bilik untuk membersihkan diri dan turun menyiapkan makanan tengah hari untuk dibawah ke office Airil.
YOU ARE READING
Encik Suami terlalu Sweet (Completed)
RomanceAiril x Adlin Adlin yang baru sahaja balik dari sekolah dikejutkan dengan berita bahawa ada orang masuk meminang dirinya. Tengku Adlin~Berumur 17 thn. Seorang yang bijak, pandai mengurus masanya sendiri (berdikari),comel dan cantik. Dia anak ketiga...