Seperti biasa Adlin bangun dari tidur, kemas katil, bersihkan diri selesai sahaja solat subuh dia terus turun ke bawa untuk siapkan sarapan buat keluarga tercinta.
"Morning adik." Serentak semua ahli keluargaya berkata.
"Morning ayah, ibu, along dan angah."kata Adlin dengan senyuman manis dibibir diberi untuk keluarganya.
"Along hantar adik hari ni kan."
"Haah, cepat sikit along kena masuk kerja awal."kata Aaron
Along dengan Angah walaupun masih muda tapi mereka telah berjaya menceburi bidang business. Mempunyai syarikat sendiri dengan hasil titik peluh mereka sendiri tanpa bantuhan dari ayah dan ibu. Ayah Adlin seorang usahawan berjaya mempunyai syarikat di dalam mahupun diluar negera. Manakala ibu mempunyai butik atas nama ibunya sendiri.
"Ok ok adik pergi ambik beg sekolah jap."
"Ayah Ibu adik pergi sekolah dulu ya. Assalammualaikum" kata Adlin sambil bersalam dengan ayah dan ibu nya.
"Waalaikumussalam."kata ayah dan ibu serentak.
°°°
"Adik balik nanti along ambik. Tunggu je along kat dalam sekolah. Jangan pandai-pandai nak naik grap."kata Aaron
"Ok. Tapi along jangan lupa pulak nak ambik."kata Adlin
"Ye ye."kata Aaron
"Oklah adik pergi dulu. Assalammualaikum dan thank you along hantar adik."kata Adlin
"Sama-sama princess."kata Aaron
•••
Skip balik sekolah
"Kau tunggu siapa Lin? Grap ke?"tanya Hana
"Tak aku tunggu along ambik. Dia kata nak ambik aku."kata Adlin
"O ok. Kau taknak ikut aku ke aku hantar. Pak din dah sampai tu."kata Hana
"Takpe lah Hana nanti along aku sampai lepas tu tak jumpa aku risau dia nanti."kata Adlin
"Ke kau nak aku teman kau sampai along kau sampai."kata Hana
"Takpe kau balik lah dulu. Kesian Pak din tunggu kau tu."kata Adlin
"Are you sure. Aku risau kau seorang kat sini. Zara dah balik. Takde siapa-siapa kat sini kalau jadi apa-apa kat kau susah nanti. Aku teman eh sampai along kau sampai."kata Hana
"Takpe kejap lagi sampai lah along aku tu. Kau jangan risau. Balik lah dulu."kata Adlin
"Betul ni."
"Ye Hana comel."kata Adlin
"Oklah. Kau hati-hati. Apa-apa call."kata Hana
"Baik Hana."kata Adlin
°°°
"Mana along ni. Dah lama sangat aku tunggu ni. Try call lah."kata AdlinTelefon dihidupkan lalu dia menghubungi abang sulungnya.
•••
~~ringggg~~
Aaron yang sedang dalam meeting melihat skrin telefonnya.
"Ya Allah..."
"Kau kenapa Ron."
"Ngah...aku lupa ambik adik kat sekolah dia."
"What kau ni long..."
"Aku pergi ambik adik. Yang lain boleh bersurai meeting sambung lain hari."
Aaron jalan dengan laju. Adik perempuannya menghubunginya lebih tiga kali. Dia sama sekali tidak perasan panggilan daripada adiknya.
Perasan risau telah memenuhi diri Aaron. ' Ya Allah lindungilah adik aku. Jagalah dia daripada sebarang gangguan yang negatif. Aamiin.'
°°°
' Ya Allah lindungilah aku dari gangguan yang tidak baik.'kata hati Adlin
Tidak berhenti bibir berdoa sehingga dia melihat kereta abangnya.
Berhenti saja kereta Aaron terus keluar daripada keretanya dan mendekati adiknya.
"Along... Alhamdulillah. Lambatnya along"
"Adik... Ya Allah. Along minta maaf princess. Along lupa tadi ada meeting along tak perasan masa. Along minta maaf princess."kata Aaron. Dipeluk erat adiknya.
Senyum Adlin dibuat. Dibalas pelukan alongnya. "Takpe lah along. Adik faham je. Sorry susahkan along ambik adik."
"Takdenya susah adik sendiri. Jom along hantar balik rumah."kata Aaron
°°°
"Assalammualaikum, adik dah balik."
"Waalaikumussalam, haah naik atas cepat bersihkan diri, siapkan semua homework adik dan rehat. Ayah dan ibu ada benda nak cakap dengan adik nanti malam."kata ayah yang entah dari mana keluar tiba-tiba ada kat belakang Adlin.
"Ok ayah."
Malam menjelang selepas selesai solat isyak berjemaah mereka sekeluarga berkumpul di ruang keluarga. Aaron dan Aidan balik awal atas permintaan ayah yang ingin mengatakan sesuatu kepada ketiga-tiga anaknya.
"Ayah nak cakap pasal apa yah sampai suruh semua berkumpul ni?"tanya Aaron pada ayah.
"Tulah tu ayah nak cakap apa yah."kata Aidan.
"Takyah lah ulang pertanyaan aku. Cukup aku je yang tanya...yang kau tanya soalan sama tu dah kenapa."kata Aaron.
Aidan terkekeh kecil sebab dapat menjangka yang kembarnya akan berkata seperti itu.
Adlin keluar dari dapur dengann membawa air minuman dan biskut untuk dimakan diruang keluarga bersama keluarganya.
"Hah abang cakap lah kat anak-anak abang pasal benda tu."Puan Amanda ibu kepada Adlin berkata pada suaminya Tuan Adam.
"Yeye abang nak cakap lah ni."Adlin dan abang kembarnya hanya memandang pelik ayah dan ibu mereka.
"Tadi pagi ada orang datang masuk meminang."kata-kata yang keluar dari bibir ayah membuatkan ketiga-tiga anaknya menunjukkan tanda tanya atas kepala.(hehe cam lah bolehh nampak tanda tu).
"Eh, ada orang masuk meminang along dengan angah ke. Jarang perempuan yang masuk meminang ni. Apalah along dengan angah ni tak gentleman langsung biar perempuan yang masuk meminang." kata Adlin memerli abang kembarnya. Aaron dan Aidan hanya merenung tajam pada Adik mereka satu ni.'Nasib baik sayang kalau tak dah lama along/angah ketok kepala tu.'Kata Aaron dgn Aidan dalam hati.(biasalah kembar apa yang dorong kata dalam hati pun bolehh sama.Ni kalau tercakap mahu kena ketok dengan ibu .Biasalah anak perempuan)
"Lah siapa cakap yang masuk meminang tu untuk along dengan angah." kata ayah.
" Habis tu untuk siapa yah?"tanya Adlin yg berasa pelik.
"Lelaki tu masuk meminang adik"kata ibu kepada anak perempuannya. Adlin terkejut.
"Haaaahhh, masuk meminang adik. Apa ni adik masih sekolah lah ayah ibu. SPM pun tak lepas lagi nak kahwin macam mana."kata Adlin kepada ayah dan ibunya.
"Lah apa masalahnya kalau kamu masih sekolah. Kahwin muda lebih bagus dapat elakkan dari perkara maksiat. Lagipun adik dah pandai buat semua benda dah. Dah boleh jadi isteri orang dah dan ayah percaya lelaki tu boleh jaga dan boleh bimbing adik."kata ayah panjang.
"A big No. Adik nak masuk bilik dulu esok nk sekolah. Adik minta maaf sebab tinggikan suara kat ayah dan ibu. Adik naik dulu. Selamat malam."
"Ayah dan ibu jangan risau nanti along cuba pujuk adik."kata Aaron yang nampak perubahan pada muka ayah dan ibunya.
" Haah betul tu nanti angah dengan along cuba pujuk adik."kata Aidan.
Adlin melihat dinding dia tak dapat nak tutup mata sebab teringat apa yang ayah dan ibunya cakap. Adlin membuka surah pada telefonnya. Adlin mendengar surah yang dipasang sehingga dia terlena.
YOU ARE READING
Encik Suami terlalu Sweet (Completed)
RomanceAiril x Adlin Adlin yang baru sahaja balik dari sekolah dikejutkan dengan berita bahawa ada orang masuk meminang dirinya. Tengku Adlin~Berumur 17 thn. Seorang yang bijak, pandai mengurus masanya sendiri (berdikari),comel dan cantik. Dia anak ketiga...