part 5

2.2K 66 3
                                    

Keesokkan hari.(Di sekolah)

Sepanjang Adlin berada di dalam kelas dia asik termenung, bernasib baik setiap Adlin dipanggil oleh cikgu ke depan untuk jawap soalan di papan putih dia dapat jawap dengan mudah.

Hana dan Zara yang perasan perubahan Adlin tu pun menegur."Adlin,kau ok tak ni? Hasal kau termenung je dari tadi. Dah lepas Jepun ke."kata Hana.

"Haah, kau ok tak ni? Kau sakit ke kalau sakit cakap aku hantar kau kat bilik kesihatan."kata Zara sambil tangannya naik ke atas dahi Adlin untuk tahu sama ada Adlin demam atau tidak.

Beza betul dua orang kawan Adlin ni. Zara yang terlalu ambik berat pasal semua benda berbeza dgn Hana yang suka main-main. Tengku Raihana binti Tengku Raikal dan Engku Zara binti Tengku Zarul Iskandar. Mereka bertiga berkawan sejak kecil namun pendirian mereka berbeza satu sama lain. Mungkin disebabkan oleh itu mereka bertiga berkawan sampai sekarang.

"Emm, aku ok. Kalau aku bagitahu ni korang jangan gelak jangan jerit terutama nya kau Hana. Kalau kau jerit aku ketok kepala kau dengan buku ni. Kau dengar tak."kata Adlin mengingatkan Hana untuk tidak menjerit nanti satu kelas tengok dorang malu kot.

"Ok ok, aku tak menjerit."

'Boleh percaya ke budak ni tk menjerit nnti.'kata hati Adlin.

"Ada lelaki masuk meminang aku."kata Adlin.

"Apaaa, ada lelaki masuk meminang kau."jerit Hana.

Dush."Aku dah kata jangan jerit yang kau jerit tu kenapa."kata Adlin tangannya naik memukul kepala Hana.'Dah agak dah mesti dia menjerit punya. Tengok semua pandang malunya.'bisik hati Adlin.

"Hahaha, korang jangan layan dorang ni. Dorang tengah buat lawak."kata Zara kepada kawan2 sekelasnya yang sedang melihat mereka.

"Hehe, sorry."kata Hana.

"Kau serius ke pasal benda ni?"tanya Zara pada Adlin.

"Emm."

"Siapa lelaki tu. Kau kenal ke dia?"tanya Hana.

"Aku tak kenal pun dia siapa. Tiba2 je dia datang masuk meminang aku. Lepas tu semalam mama dengan papa dia datang rumah. Aku tak tahu nak buat apa. Aku tak ready lagi nak pikul tanggungjawap seorang isteri. Aku takut aku tak dapat nak jadi isteri yang baik untuk dia nanti. Aku ni mentah lagi tau tak."kata Adlin panjang.

"Yeye je kau...mentahlah sangat. Masak dah macam chef. Pandai tu jangan cakaplah. Indoor ke outdoor ke sama je kau. Benda-benda yang seorang isteri kena ada semua dah ada kat kau. Celah mana lagi yang mentah."kata Hana

"Baik kau diam Hana sebelum buku ni kena muka kau."kata Adlin

"Apa2 pun keputusan kat tangan kau. Aku dengan Hana ada kat sini kalau kau perlukan pertolongan cakap je kitaorang akan bantu apa yang kitaorang mampu."kata Zara.

"Haah, betul cakap Zara tu kitaorang ada kalau kau perlukan bantuhan kitaorang."kata Hana.

"Thanks, Zara Hana."kata Adlin kepada dua orang kawan baiknya dengan senyuman dibibir. Zara dan Hana membalas senyuman Adlin.

Skip balik sekolah.

( Malam )

Di bilik, Adlin baring atas tilam sambil baca novel selepas selesai saja menyiapkan kerja sekolahnya tadi.

Tok...tok...tok...

Pintu bilik Adlin diketuk dari luar.

"Boleh along dengan angah masuk."kata Aaron

"Masuklah pintu tu tak kunci."kata Adlin.

Aaron dan Aidan masuk ke dalam bilik Adlin selepas mendapat izin daripada adik perempuan mereka.

"Along dengan angah nak apa. Kacau je adik nak baca novel."kata Adlin dengan muka geram.'Org nak baca novel pun tak senang kacau betullah along dengan angah ni.'kata hati Adlin.

"Along nak cakap tentang lelaki yang datang masuk meminang adik hari tu."kata Aaron.

Dengar saja ayat yang keluar dari mulut alongnya muka Adlin terus berubah murung. "Along nak cakap apa pasal lelaki tu?"tanya Adlin.

"Along tak nak cakap banyak pasal benda ni. Apa yang along nak cakap lelaki yang masuk meminang adik tu sebenarnya kawan along dengan angah. Along percaya dia boleh jaga adik dengan baik. Along kenal dia macam mana."kata Aaron

"Kalau adik nak tahu sebelum ni dia ada tanya pasal adik dekat kitaorang tapi tak tahulah tujuan dia sampai macam tu sekali. Dia cakap dia nak kenal adik...yelah along dengan angah kan tak pernah cakap yang kitaorang ni ada adik perempuan. Tapi kami pun tak tahu mana dia dapat tahu pasal adik ni adik along dengan angah."kata Aidan.

"Emm...along sendiri pun terkejut. Dia bagitahu along yang dia ada jumpa adik dan waktu tulah dia cakap yang dia ada perasaan kat adik. Sebab apa? Dia tak cakap apa-apa pun kat along. Apa yang dia bagitahu along cukuplah niat dia baik untuk halalkan adik. Jadi along nak adik fikir betul-betul pasal benda ni. Along tahu dia boleh jaga adik. Tapi along tak paksa adik terima dia. Nanti cuba kenal-kenal dengan dia waktu dia datang rumah kita nanti."kata Aaron.

"Kalau adik nak tahu cinta lepas kahwin tu lagi sweet daripada orang bercinta sebelum kahwin tau."kata Aidan lagi. Tersengih- sengih dia.

Adlin jeling angahnya, Aidan." Emm, adik faham along angah. Adik akan fikir betul-betul pasal benda ni. Along dengan angah jangan risau ye."kata Adlin yang dari tadi hanya diam mendengar apa yang kedua-dua abangnya cakapkan.

Aaron dan Aidan tersenyum pada Adlin dan terus keluar dari bilik Adlin selepas habis berbual. Adlin menguap kerana merasa mengantuk pun menutup matanya sehingga tertidur lena di atas katilnya.

°°°

Encik Suami terlalu Sweet (Completed)Where stories live. Discover now