part 27

1.2K 33 0
                                    

Setibanya Airil dan Tuan Adam di sekolah Adlin.

Ramai murid-murid perempuan menjerit selepas Airil dan tuan Adam melangka masuk ke sekolah.

"Kenapa tu? Dorang menjerit macam kena rasuk gila ke apa."kata Hana

"Entah adalah tu jadi apa apa. Tak payah ambik kisah pasal dorang tu. Baik kau belajar."kata Adlin

"Tulah tu... daripada kau kisah pasal dorang kena rasuk ke apa baik kau belajar. Tak lama lagi SPM kau tu mana boleh percaya. Selalu sangat study last minit. Lepas tu nanti tak boleh jawap menangis pulak. Kau kena ingat SPM ni sekali je seumur hidup."kata Zara

"Ye ye aku tahu. Kau ni Zara membebel je kerja kau. Cair taik telinga aku dengar kau membebel."kata Hana

Zara memandang tajam Hana."Aku bebel benda betul."

"Yelah..."

<Cafe>waktu rehat

"Ad kau nak makan apa. Aku dengan Hana pergi beli kau duduk sini jaga tempat."

"Ok...Aku nak nasi goreng minta ayam sekali...nah duit."

"Ok kau tunggu sini. Jap...air kau taknak ke?"

"Taknak... aku bawak air sendiri."

"Ok then."

Adlin menunggu Zara dan Hana sambil baca novel.

"Nak nasi goreng tambah ayam special untuk tengku Adlin binti tengku Adam."kata Hana

"Kau full name kau sebut. Kenapa tak letak nama tokpa aku sekali."

"Hehehe..."

Adlin menjeling Hana.

Mereka bertiga makan dengan senyap tanpa ada bunyi sikit pun. Tiba-tiba....

"Aahhhaaa...."

Pfffuuff

"Eww Hana tak senonoh lah kau ni."kata Zara

"Sorry Zara aku tak sengaja...aku terkejut dorang tiba-tiba menjerit."

Pintu cafe dibuka dari luar. Kaki baru melangka masuk terdengar jeritan murid-murid perempuan.

Airil dan Aaron melangkah masuk ke dalam cafe mencari Adlin. Nampak saja Adlin kaki mereka laju mendekati Adlin yang tengah makan. Adlin tidak menghiraukan jeritan murid-murid perempuan di situ.

"Wei Ad tengok tu siapa datang."

"..."Adlin senyap dan terus menghabiskan makanannya.

"Sedap sangat ke nasi tu sampai hubby kat sini langsung tak pandang."kata Airil selepas lama dia berdiri di sisi isterinya namun tidak sedari sama sekali oleh Adlin.

Adlin yang mengenali suara itu angkat kepalanya."Eh...hubby buat apa kat sini?Along pun ada. Ayah mana."

"Buat apa lagi ambik sayanglah. Ayah dah balik lepas habis bincang dengan pengetua tadi. Hubby dah minta izin sayang untuk balik awal."

"Oh ok...jap Ad nak ambik beg dulu."

"Tak payah along dah ambik kan...jom nanti mengamuk angah adik dalam kereta tu."kata Aaron

"Eh angah pun ada?"

Aaron mengangguk kepala.

"Ok thank you along. Zara Hana aku balik dulu. Jumpa lagi kalau kita ada jodoh ye. Bye Assalammualaikum."

"Waalaikumsalam."

"Waalaikumsalam...amboi kau berjodoh lah sangat. Tu sebelah kau tu jodoh kau."kata Hana

Adlin menjeling tajam Hana."Kau kalau tak cari pasal dengan aku memang tak sahkan. Ada yang masuk hospital nanti."

"Hahaha..."

"Gelak gelak menangis nanti jangan cari aku."

"Zara kan ada..."

"Hah takde... waktu tu juga aku lari. Macam aku tak tahu kau tu macam mana. Nak orang pujuk lepas tu minta itulah minta inilah memang taklah aku nak layan."

"Jahatlah kau Zara."

"Ada aku kisah."

"Merajuklah macam ni...tak awan Zara...Zara ahat."

"Mengada...merajuk ingat aku nak pujuk memang taklah...buang masa aku je."

"Hahaha...dah dah korang dua ni.Aku nak kena balik dah ni. Zara pandai pandai kaulah nak pujuk Hana tu. Tak pasal pasal merajuk setahun dia nanti. Dan kau Hana...kau tu bukan budak budak lagi tak payah nak merajuk sangat tak ada orang nak pujuk kau. Oklah aku gerak dulu. Assalammualaikum."kata Adlin

"Waalaikumussalam."

"Jom hubby along nanti betul betul mengamuk angah tunggu kita lama lama."kata Adlin

"Biar dia siapa suruh nak ikut sangat."

Keluar je mereka bertiga murid-murid perempuan mula menjerit.

"Aaaahhhhaaaa...handsome gila lelaki tu."

"Eh tu bukan Adlin dari kelas SA(Special A) ke?"

"Dia lah tu kenapa dia dengan lelaki handsome tu."

Adlin hanya memekakkan telinga.

"Pekak telinga along dengar dorang menjerit daripada tadi. Tak sakit tekak ke apa."kata Aaron

"Sabarlah Ron aku dari tadi pagi dah dengar dorang menjerit macam nampak hantu...mahu cair taik telinga aku dengar dorang menjerit nasib tak pekak lagi."kata Airil

Adlin, Airil dan Aaron berjalan mendekati kereta angah. Airil dan Adlin naik bersama Tuan Adam semasa datang ke sekolah tadi. Disebabkan tuan Adam dah balik mereka berdua ikut bersama Aaron dan Aidan.

Masuk je mereka bertiga dalam kereta angah."Lama gila korang...kenapa tak esok je korang balik."kata Aidan.

"Diam...jangan banyak cakap...jalan."kata Aaron

"Hish...sabar jelah nasib kau abang aku kalau tak...memang masuk hospital kau aku buat."kata Aidan

"Berani ke...nanti bukan aku yang masuk hospital tapi kau."kata Aaron











Encik Suami terlalu Sweet (Completed)Where stories live. Discover now