part 22

1.4K 36 0
                                    

Perlahan-lahan Adlin membuka matanya dan cuba untuk bangun dari baringnya.

"Sayang dah bangun. Ni hubby ada buat bubur makan sikit isi perut tu then makan ubat."

"Emm...hubby sekarang pukul berapa?"

"8:15."

"Oohh ok...haaaahhh 8:15. Ya Allah sayang dah lambat nak pergi sekolah. Kenapa hubby tak kejutkan."

Baru saja Adlin nak bangun Airil menahannya.

"Where do you think want to go. Emm...wife."

"Sekolah sayang dah lambat sangat dah ni."

"No...you can't go. Hubby dah minta cuti dari sekolah. You need to rest. Dah makan bubur tu lepas tu makan ubat."

"Oh ok. Dah tu hubby tak pergi kerja juga ke?"

"Yes. Hubby nak jaga sayang takut jadi apa-apa nanti susah."

Tiba-tiba telefon Airil berbunyi. Selepas melihat siapa yang call panggilan dijawap.

"Assalammualaikum. Nak apa? ada kat rumah aku ambik cuti Adlin sakit asal. Seriuslah. Dah tu bini aku macam mana agak-agaklah nak tinggal dia sendiri dalam keadaan dia tak sihat. Yelah yelah aku datang. Kau sedia dokumen tu dulu. Nanti aku sampai aku tengok. Ok ok bye.
Waalaikumsalam."

"Siapa hubby?"

"Ammar. Sayang sorry hubby kena masuk kerja. Ada masalah sikit dekat company."

"Dah tu pergilah."

"Amboi halau nampak."

"Eh mana adalah. Company hubby ada masalah pergilah cepat selesaikan masalah tu kalau tak nanti susah pulak hubby nak urus kalau makin besar masalahnya. Cepat hubby selesaikan cepat hubby balik rumah. Sayang taknak jauh2 dari hubby. Takut rindu. Penyakit rindu ni boleh kalau tak diubat boleh bawak maut tau. So kalau hubby taknak sayang mati sebab rindukan hubby baik hubby buat cepat2 kerja tu then terus balik peluk sayang."

"Amboi menyempat dia ye. Ajaran mana sayang pelajar penyakit rindu boleh bawak maut."

"Eh betullah kalau orang tu rindu gila2 dekat orang dia sayang. Dia tunggu orang tu lama sampai dia jadi mental. Lepas tu mulalah kena hasut toreh tanganlah , bunuh dirilah padahal dorang tahu benda tu salah. Bunuh diri tu dosa besar tau. Allah punyalah baik bagi kita nyawa untuk dorang senang-senang je bunuh diri. Suruh orang lain bunuhlah baru kurang sikit dosa dia daripada bunuh diri sendiri. Betul tak hubby."

Tersenyum Airil."Hubby tahu isteri hubby ni pandai orangnya. Tapi sayang daripada suruh orang lain bunuh dia baik kita bagi dia nasihat tenangkan dia. Kita bantu dia untuk ubah kehidupan dia bukan dengan membunuh. Tak ada istilah dosa kurang sikit kalau bunuh orang atau bunuh diri. Semua tu dosa. Allah bagi kita nyawa untuk kita memohon petunjuk kepada Nya. Allah sayang semua hambanya. Allah sentiasa ada dengan kita. Sayang kena tahu tu."

"Hehe."Adlin memeluk Airil. Airil membalas pelukan Adlin.

"Hubby sesak nafas. Hish hubby nak bunuh sayang ke apa."

"Eh tak tak...sorry ter peluk kuat. Sayanglah comel sangat geram hubby."

"Ah ah mengarut2. Dahlah pergi kerja sana."

"Sayang kena ikut hubby sekali. Pergi siap sana."

"Eh kenapa pulak sayang kena ikut hubby. Tak naklah malas."

"Hubby hantar pergi rumah mama."

"Lah kenapa nak hantar sayang pergi rumah mama biar jelah sayang duduk rumah bukan nak pergi mana2 pun."

"Memanglah tapi hubby risau sayang kalau kat sana ada lah juga orang tengok sayang. Mama, kak Anis kak Alsya, Adriana dan Amira ada boleh tolong tengokkan sayang untuk hubby. Tak lama pun selesai je semua kerja hubby balik ambik sayang."

"Yelah. Dah tepi."

"Sayang nak pergi mana."

"Bersiaplah."

"Oh ok ok."

°°°

"Ma tolong jaga isteri Ril. Kalau ada apa-apa terus call Ril."

"Ye ye mama tahulah nak jaga menantu mama.bDah kamu pergi kerja sana shuu shuu."

"Mengalau nampak."

"Memang pun. Dah jom kita masuk Ad."

"Ok. Hubby nak tangan."

Airil yang pelik hanya mengikut saja apa yang isteri dia nak."Nak buat apa dengan tangan hubby."Tangannya dihulur kepada Adlin.

"Nak potong buat sup. Boleh pulak tanya. Nak salamlah suamiku."Disalam tangan suaminya

"Oh ingatkan betul nak potong buat sup."

"Kenapa hubby nak ke nak boleh bak sini tangan tu sayang nak potong."

"Eh eh tak apalah susah-susah je."

"Eh taklah mana ada susah. Sinilah tangan tu."

"Eh tak apa tak apa. Oklah hubby pergi dulu. Ma jaga isteri Ril."katanya selepas menyalam tangan mamanya.

"Ye ye mama tahu. Risau betul kamu ye."

"Mestilah susah o nak dapat."tergelak dia dibuatnya.

Adlin di sebelah datin Aisyah menjeling tajam pada Airil.

"Hush tajamnya mata sampai menucuk kalbu. Hahaha."

"Hubbyyyy."

"Hahaha okok. Hubby gerak dulu. Assalammualaikum."

Tergelak Datin Aisyah melihat anak dan menantunya.

"Waalaikumsalam. Hati-hati drive. Baca doa."

"Ye sayangku."

"Pergi dulu ma."

"Pergilah hati-hati."

Encik Suami terlalu Sweet (Completed)Where stories live. Discover now