PROLOG I

768 24 1
                                    

Kaki berlari masuk ke perkarangan rumah melalui laluan pejalan kaki di tepi jalan besar. Beberapa orang yang turut melalui laluan itu berganjak ke tepi saat aku berlari melintasi mereka. Namun larian aku tak semakin perlahan malah semakin laju hingga akhirnya aku berhenti di satu depan pintu.

Sambil betulkan tali beg yang tergalas di bahu, aku hela nafas panjang. Kelelahan dan kehabisan oksigen. Kemudian aku gali poket sendiri. Mencari kunci rumah.

Tak sampai beberapa saat kunci dijumpai, aku jolok ke lubang kunci. Terdengar bunyi 'klik' yang perlahan. Tanda kunci sudah terbuka. Terus aku masuk ke dalam.

Entah kenapa hari ini perasaan itu berbeza. Nampak sama tapi ada perubahannya. Seakan ada yang tak kena tapi semuanya tak ubah seperti mana aku tinggalkan pagi tadi sebelum ke sekolah. Yang berbeza cuma aura.

Tak dapat aku ungkap di mana perbezaannya. Membuat hati semakin gusar. Lagi-lagi hidungku menangkap satu bau asing yang tak pernah aku hidu sebelum ini.

Bau wangian lelaki. Unik dan agak strong. Wangi.

"Tu es de retour?" Nanny keluar dari ruangan dapur.

Perlahan langkah wanita itu berjalan ke arahku. Namanya Evelyn Pierre. Wajahnya masih nampak anggun walaupun usianya lebih 70 tahun. Masih cantik dipandang.

"Oui" aku jawab sambil senyum.

Senyumanku berbalas. Lantas tubuhku dipeluk seperti selalu. Tanda wanita ini menyambutku pulang dari sekolah.

Tiap hari pasti dia akan menanti. Lewat bagaimana pun aku pulang mesti nanny akan menyambutku dengan senyuman dan pelukan. Melayani karenah aku sebagai cucu kesayangannya.

"Gantilah baju. Kita makan sama sama. Tok Ray pun ada" kata nanny usai melonggarkan pelukan.

"Okay nanny"

Aku terus lari ke tingkat atas. Buka pintu bilikku dan menerobos masuk. Letak beg di atas meja belajar lalu aku lakukan sedikit regangan. Lenguh bahu gara-gara beg yang terisi buku.

Hari ini aku terlewat keluar sekolah. Tertidur di kelas Sir Collin tadi. Maka kelam kabut kau berlari dari kelas keluar mengejar bas. Mujur aku sempat naik walaupun terpaksa berdiri sepanjang perjalanan.

Padan dengan muka. Siapa suruh tidur?

Tuala aku capai dan terus bergerak masuk ke dalam bilik air. Sengaja aku mandi lama-lama. Berada di bawah pancuran air hangat mampu menenangkan semula diri dan fikiran yang menerawang jauh.

Selesai mandi, aku salin baju dan terus keluar. Turun melalui tangga dan serta merta langkahku terhenti saat aku berada di anak tangga paling bawah. Kaku tak bergerak.

Ada seorang lelaki asing. Baring di sofa membelakangkan aku. Sedang memangku Xander di atas tubuhnya.

Siapa? Aku tak pernah tengok dia.

Dari situ aku tahu yang bau maskulin aneh tadi datangnya dari lelaki ini. Bau itu semakin kuat saat aku menapak menghampirinya. Seketika kepala berambut coklat itu terpusing memandangku. Pantas lelaki itu duduk.

"Dada... Dada..."

Suara Xander memecah kesunyian.

"Amii..." kemudian jari kecil itu terhala padaku.

Lama aku teliti wajahnya. Cantik tapi kacak. Walaupun dia lelaki tapi wajahnya cantik. Berkulit cerah. Sebiji macam lelaki berketurunan Eropah yang biasa aku lihat. Malah kulitnya lebih cerah.

"Hai" dulu-dulu dia tegur aku.

"Hey" aku membalas tanpa sedar.

Lelaki itu berdiri. Mendukung Xander. Tak nampak kekok langsung.

Ketinggian lelaki ini mendominasi. Aku hanya separas dagu. Membuatkan aku sedikit terdongak saat memandang wajahnya.

"What's your name?" lelaki itu bertanya padaku.

"Katherina. Kate"

"Your full name?"

"Katherina Emery Fierre"

"Katherina Emery" dia mengulang semula namaku.

Entah kenapa bila namaku meniti dibibirnya. Sekali lidah itu yang bergulung menyebut namaku kedengaran lebih manis dan indah dari biasa. Aku... aku sudah jatuh cinta dengan nama sendiri!

Satu nafas aku tarik panjang. Bercampur dengan wangian dari tubuh lelaki di depanku yang jaraknya tak sampai sedepa.

"Emery"

Lelaki ini diam sejenak.

"Alright little girl. From now on, I'll call you Em. I'm Adri"

"Adri" aku mengulang sebut namanya.

Belum sempat aku menanam perasaan pada lelaki ini, hatiku dipatahkan buat kali pertama. Di saat itu aku merasakan betapa sakitnya kecewa kerana cinta.

Cinta? Adakah itu cinta?

Diri aku sendiri tak pasti. Masakan seorang remaja perempuan berumur 13 tahun sudah mengerti tentang cinta dan mencintai seorang lelaki berumur 19 tahun yang baru pertama kali dijumpainya. Sangat mustahil.

Tapi perasaan ini sangat sulit untuk aku hindarkan. Walaupun aku tahu kehadiran lelaki ini ke bumi Perancis bukan kosong. Ada niat dan matlamat. Lelaki ini bakal suami kepada kakak aku sendiri.

Bakal suami kepada Nuha yang sedang meminta izin untuk menikah dari walinya, Tok Ray. 

HER OBSESSION: ADRIWhere stories live. Discover now