BAB 35

312 15 8
                                    

"Awak pregnant Kate?!"

Aku mengangguk bagi menjawab soalan yang diajukan. Entah kenapa aku boleh merasa perasaan berat dan risau sejak mengetahui hal ini. Sepatutnya aku gembira kerana bakal mempunyai anak sendiri bersama Adri.

Berdosakah aku bila selama ini aku tak mahu benih Adri bercambah di rahimku?

Tak sangka kali ini ia muncul juga di dalam tubuhku. Muncul dalam keadaan yang tak disangka-sangka.

Adri ada memberitahu yang ketika dia bersama Nuha dulu pun dia yang terkena alahan ketika Nuha mengandung. Dua kali mengandung. Dua kali dia terkena alahan. Barulah jelas kenapa Adri yakin sangat aku mengandung.

Dia yang alahan. Aku elok je. Tak ada pening atau loya. Tak pernah muntah-muntah. Badan terasa segar dan bertenaga macam biasa. Cuma ada sedikit perubahan. Aku makin rajin cari benda mengunyah. Rasa cepat lapar.

Ingatkan crave biasa-biasa. Biasalah kalau perempuan datang bulan mesti rasa nak makan je. Rupanya sebab lain.

Pelik juga kes aku ni. Adri yang terkena alahan. Lepas dah tahu aku mengandung lagi menjadi-jadi alahan Adri. Pagi tadi bangun tidur terus dia berlari masuk bilik air. Kesian aku dengar Adri muntah-muntah. Lama baru Adri keluar semula.

Aku tinggal untuk ke kelas hari ini pun risau. Aku minta Liam untuk tengok-tengokkan Adri. Buat masa sekarang tiada berita dari Liam. Bermakna Adri okaylah tu.

"Ya Rio. Saya pregnant anak Adri" aku mengeluh.

"Are you sure?"

"Mestilah saya sure. Saya dah pergi check. It's positive"

"Tak. Yakin itu anak dia? Bukan anak kita?"

Terdiam aku.

Sepatah kata pun tak terkeluar dari mulutku. Aku hanya mampu merenung kosong wajah Rio dengan rasa terpempan yang belum hilang. Kali ini memang aku betul-betul tak dapat jawapan.

Kerana sebaris soalan itu aku jadi takut. Takut akan penerimaan Adri nanti. Takut kalau Adri dapat tahu.

Takut kerana aku tahu yang aku salah.

"You know we've slept together right? What if that's mine not his" Rio menagih jawapanku.

"I don't know, Rio. I-I-I can't answer"

"Berapa bulan?"

"Around 8 weeks"

Rio diam. Nampak macam tengah berfikir juga.

Kerana ketakutan ini aku nekad. Aku perlu berhenti buat begini. Berhenti sebelum semuanya terlambat. Berhenti sebelum ia bertambah parah.

Aku bangun dari duduk. Galas beg di bahu dan mula menapak.

"Where do you think you're going?" Rio turut bangun dan melelar tanganku. Menahan aku dari terus berlalu.

"Kita kena stop, Rio. Saya minta maaf kalau awak rasa yang saya hanya gunakan awak untuk kesenangan saya semata. Demi ALLAH saya tak ada niat buat awak macam tu. Saya betul-betul minta maaf"

"You're too late"

"No, I'm not" aku sudah membayangkan kemarahan Adri nanti. Aku mula takut.

"Kate...no way. Tak mungkin awak akan pilih dia dari saya"

Aku menggeleng.

"Sampai mati pun saya akan pilih Adri. Dia tu suami saya"

Rio nampak kesal dengan jawapanku. Tergambar riak kecewa di wajahnya. Jelas lelaki itu tak menyangka aku akan mengambil tindakan drastik ini.

HER OBSESSION: ADRIWhere stories live. Discover now