BAB 14

225 12 0
                                    

Tanganku dilelar Adri. Agak kuat. Sikit lagi tubuhku hampir berlaga dengan tubuh tinggi dan tegap itu. Mujur sebelah tanganku yang masih bebas sempat menahan. Kalau tak, dah jadi isu aku terpeluk duda dekat tengah-tengah lapangan terbang ni.

Sudahlah pagi-pagi lagi dia call suruh turun dan bergerak ke airport. Jam tujuh pagi!

Di waktu macam tu memang aku dah bangun tapi tengah cari nyawa. Kumpul semangat nak meneruskan hidup seharian hingga ke malam nanti. Ini belum sempat apa-apa, Adri kata aku ada masa satu jam.

Kelam kabutlah aku pack barang yang aku dah kumpulkan. Mujur juga barang aku semua dah siap. Hanya tinggal barang mandian aje. Mandi pun tak macam mandi. Serupa lipas kudung aku bersiap. Sampai tudung pun tak ingat nak sarung. Kalau tak Adri tegur, tentu aku tak ingat.

Terpaksa masuk semula ke dalam bilik dan ambil tudung yang aku gantung di depan almari. Sejak mula bertudung, aku mula merasai perubahannya. Bila berdepan dengan lelaki tanpa hijab, aku rasa terdedah. Lama kelamaan aku terbiasa bertudung.

Dan sekarang, Adri pula buat gila.

"You're coming with me, Em"

"Gila! Takkan flight dua jam pun nak beli tiket business class?" aku melepaskan tangan sendiri.

Cengkaman Adri tak menyakitkan tapi ia cukup untuk menghalang tanganku bergerak dalam genggaman. Firm. Hangat. Kemas. Memberi tanda yang tanganku tak mahu dilepaskan. Namun sekarang, ia terlepas juga.

Aku usap perlahan pergelangan tangan sendiri. Tak ada kesan merah apatah lagi lebam.

"Kalau macam ni, lagi baik saya naik tren. Sudahlah! Saya nak balik" aku berkira mahu berlalu.

Mataku melingas ke kiri dan kanan sambil menapak meninggalkan Adri. Ketika mataku menerawang, aku terhenti. Patah balik ke arah Adri dengan langkah yang lebih laju. Menyembunyikan diri di balik tubuh tinggi itu.

Terkejut aku bila lihat ramai orang yang sudah mula mengerumuni. Masing-masing mengangkat telefon. Aku yakin mereka sedang merakam.

Bodoh kau, Kate! Kau lupa ke Adri tu siapa?

"Dari tadi saya ajak, awak tak mahu. Sekarang macam mana?" suara Adri kedengaran mengejek.

Tubuh tinggi itu sedikit merendah. Tak sampai beberapa saat, Adri tegakkan tubuhnya semula. Mendukung Khuz yang sudah menutup kepala dengan hood baju. Wajah anak kecil itu disorok di balik jaket yang dipakai.

Khuz tu budak lagi. Bolehlah dia nak dukung. Aku yang dah besar panjang ni?

"Awak nak kena dukung juga ke?" Adri ketawa kecil.

"Adri!"

Ini bukan masanya nak buat lawak tak lucu.

Dah mula gamat dengan suara orang. Berteriakan tanpa alasan. Entah datang dari mana lelaki-lelaki berpakaian hitam dari atas sampai bawah mengelilingi kami. Memastikan tak ada antara mereka dapat lepas dan meluru.

Tak pasti mereka muncul dari mana. Tahu-tahu sudah kelihatan mereka menyelinap keluar dari celah manusia yang berkumpul.

"Let's go" terasa tanganku digenggam Adri.

Kali ini aku tak menolak. Malah aku mengikut langkah panjang itu tanpa kata. Ikut ke mana arah tujuan. Sepatah kata pun aku tak keluarkan.

Macam mana nak bercakap kalau sepanjang jalan itu aku terpaksa tunduk dan memandang lantai. Bimbang ada pula nanti gosip murahan aku dan Adri. Sudahlah Adri menyatakan statusnya adalah suami orang.

Nafas hela penuh kelegaan apabila kami selamat duduk di atas kerusi penumpang. Lega tak terkata bila aku dapat lari dari situasi gamat itu.

Kepala aku toleh ke kanan. Di situ ada Adri dan Khuz sedang duduk. Mereka duduk di kerusi berkembar. Aku pula dibiarkan duduk sendiri. Sedangkan di sebelah aku kosong. Tak mengapalah, mereka anak beranak kena duduk berdua. Aku ni siapa.

HER OBSESSION: ADRIWhere stories live. Discover now