Apa yang dikatakan Adri benar belaka. Lebih kurang empat hari aku balik ke Brussels, kami bernikah. Satu majlis secara kecil-kecilan dilakukan dengan menjemput teman sekerja papa dan teman-teman mama. Ada juga aku menjemput beberapa kawan ketika di highschool yang masih akrab.
Mama nampaknya sudah jatuh sayang dengan Khuz. Dah boleh senyum-senyum dengan anak kecil itu. Aku terasa lega untuk itu.
Bagi aku selagi mama mampu menerima dan melayan Khuz dengan baik pun sudah cukup. Dah nampak ura-ura yang berdua tu akan tersangat rapat nanti. Sewaktu mama berbual dengan aku pun sudah banyak kali mama mengatakan Khuz itu comel dan baik.
Khuz senang mendengar arahan. Manut.
Aku dan Adri dinikahkan di Masjid Besar Brussels. Agak ramai yang ikut menonton. Kebanyakannya adalah teman papa dan mama yang berbangsa Melayu. Walaupun ada desas desus mengatakan aku tak patut menikah dengan duda tapi aku tak pedulikan.
Mata menyorot ke tubuh sendiri. Berbusana light grey. Warna yang Adri pilih. Sebelum ini aku tak tahu sebab Adri tak bagi tahu. Tak apalah. Asalkan pakai baju. Cantik juga.
Warna baju aku sedondon dengan Adri dan Khuz. Terkejut juga tengok budak tu berbaju kelabu. Menyengeh dengan songkok yang senget. Tersenyum malu-malu bila aku tegur suruh betulkan songkok.
Awalnya tetamu tak tahu Khuz itu siapa. Masing-masing berfikir itu anak aku. Dia orang nampak rupa Adri dan Khuz sama agaknya. Budak itu pun duduk mengendeng dengan daddy dia tak mahu lepas. Habis semua tahu Adri tu duda.
Selesai akad nikah, kami balik ke rumah. Majlis dimulakan serta merta. Kami sibuk melayan tetamu yang datang. Walaupun tak ramai tapi letihnya terasa. Khuz pula baik. Sekali aje Adri suruh dia duduk diam-diam di rumah, manut dia. Diam aje buat hal sendiri.
"Baiknya budak tu. Pandai Zorry jaga dia" papa memuji.
Papa memang suka dengan Khuz. Waktu aku dan Adri sibuk melayan tetamu yang mahu bertemu, papalah yang sibuk keluar masuk rumah tengok cucu dia. Makan pun disuap padahal budak tu pandai sangat makan sendiri.
Ketika di masjid tadi pun papa yang memangku Khuz. Tak mahu budak itu menganggu Adri mahu melafaz akad. Aku teringat lagi bagaimana muka Khuz fokus melihat sesuatu yang baru dilihatnya. Elok akad tu sah terus dia lari ke arahku. Memelukku erat.
Jatuh berguguran air mata. Tak tergambar perasaan yang menyelubungi. Ada terasa sedih. Ada juga berasa bahagia. Terharu pun ada.
Cuma aku terkilan satu benda. Kami dah kenal agak lama. Bernikah pun sudah tapi Adri masih tak membuka lebih tentang perihal dirinya. Hingga ke saat ini, papa dan mama masih belum bertemu dengan besan mereka. Masih tertanya-tanya kenapa tiada salah seorang pun wakil untuk keluarga Adri.
Yang aku mampu jawab ketika mama dan papa tanya hanyalah angkat bahu sajalah. Mama dan papa pun tak tahu Adri sebenarnya anak tak sah taraf. Lebih baik aku tutup mulut. Biar Adri yang cakap sendiri.
Pintu bilik aku tutup. Longlai kaki melangkah ke katil. Punggung dilabuhkan dan aku mula merenggangkan badan. Ini baru berapa jam. Belum majlis besar lagi. Tentu penatnya berganda-ganda.
Tubuh aku rebahkan seketika. Mata sengaja aku lelapkan. Mahu berehat sekejap.
Selang beberapa minit aku dengar pintu bilikku dipulas berkali-kali. Automatik tubuhku tegak sembilan puluh darjah. Terlupa aku dah bersuami. Kelam kabut aku bangun dan buka pintu.
"Maaf awak. Saya terkunci"
Adri tak cakap apa-apa. Menonong dia masuk. Selamba aje dia menanggalkan baju di depanku. Wow! Free show!
Bentuk tubuhnya masih sama seperti dulu. Malah lebih tegap dan sasa. Macam ada otot yang belum pernah aku lihat lagi. Jauh lebih menarik untuk dipandang berbanding pertemuan kedua kami dahulu.
YOU ARE READING
HER OBSESSION: ADRI
RomancePART 2 | OBSESSION | SEQUEL : TODAY HER's ADRI's 1/10/2022 - 7/2/2023 Dari pertemuan pertama. Hingga ke pertemuan kedua. Melanjut ke pertemuan ketiga yang langsung tak disengajakan. Orang kata kalau berjumpa lebih dari sekali itu tandanya jodoh. Tap...