Aku buat hal seperti biasa tanpa Adri bersamaku. Namun aku berasa sedikit rasa aneh. Malam tadi Adri tidur dengan aku tapi paginya hilang.
Tak mahu berlengah dan terlambat mengejar masa. Aku bersiap macam selalu. Mandi dan mengganti baju macam tak ada apa berlaku. Di sudut hati aku menanti tabiat yang selalu Adri lakukan di pagi setelah malam kami.
Rambut yang tadinya basah sekarang dah kering sepenuhnya. Hair dryer disimpan lagi di laci dresser table. Dengan tenang rambut panjang itu aku sikat.
Baru beberapa kali aku menyisir pintu bilik terbuka. Adri masuk ke dalam bilik. Lelaki itu sudah siap berkemeja dan seluar slack. Lengkap dengan pakaian formal tapi tanpa tali leher.
Reaksi Adri hanya biasa-biasa. Tenang dan relaks. Bahu lelaki itu tak tegang. Kelihatan normal bagiku. Kalau tak salah, aku bagai mendengar lelaki itu humming lagu yang aku tak tahu apa tajuknya. Senang betul hati dia. Rasanya aku pun pernah dengar Khuz nyanyi lagi tu tanpa lirik. Dia 'la la la la' memanjang tapi aku ingat iramanya.
Sungguhlah anak dengan bapak sama perangai.
Adri yang mundar mandir di dalam bilik langsung aku tak endah. Membiarkan lelaki itu buat hal sendiri. Kalau aku tanya pun bukannya Adri nak jawab.
Biasanya Adri yang urus diri sendiri walaupun aku ni isterinya. Pernah aku tolong iron bajunya dan suruh dia pakai tapi Adri tak pakai pun. Dia lebih memilih baju lain dari menggunakan baju yang aku bagi.
Lepas dari itu aku tak kacau dah tentang penampilan Adri. Setakat tolong cuci, lipat dan susun baju dia tu bolehlah. Itu pun tak selalu aku buat sebab Adri yang kerap berada di rumah.
Tengah aku leka mengikat rambut di depan cermin tiba-tiba Adri pegang bahuku. Ditarik tubuhku menghadapnya. Membuatkan aku terpinga-pinga untuk seketika.
Bibir Adri singgah di antara dua kening. Kali ini aku dah tak pelik. Hal biasa yang Adri buat di pagi hari.
Buat-buat faham ajelah. Ini tentang malam tadilah ni. Kerana permintaan alam darinya. Bukan masalah besar pun. Dah tanggungjawab aku nak melayannya.
Biarpun aku berasa macam perempuan simpanan yang hanya dicari saat diguna tapi aku tak membantah. Lebih tepat lagi malas nak bising. Setiap pagi setelah malam itu mesti Adri akan cium di antara dua keningku.
Dan juga...
"Here, I left some money for you. Ikut awaklah nak beli apa-apa. Hari ni saya balik lambat sikit. Ada banyak urusan saya nak buat" Adri meletakkan beberapa keping not pound di atas meja sebelum berlalu.
Jumlahnya aku kira. Adalah dalam tiga hingga lima ratus pound.
Duit ni aku nak buat apa? Yang tiap bulan tu pun tak habis-habis. Bukannya aku boros sangat pakai duit. Semua benda dah dibayar oleh Adri. Ditanggung sepenuhnya. Aku ni siap dapat biasiswa kerana keputusanku yang bagus dari test lepas.
Serupa macam membayar aku. Orang lain bolehlah cakap aku bertuah. Layan suami pun dapat duit.
Kau tengoklah suami aku tu macam mana perangai dia. Hati isteri mana yang tak terasa.
Baik dia tu tak pernah ikhlas. Semua sebab nafsu. Aku ni dibiar saat semuanya selesai. Sikit pun tak nak toleh pandang aku. Peluk?
Mimpilah!
Tidur pun membelakangkan aku, nak berangan minta peluk. Sedar diri sendiri. Dah tahu kaki tu menjejak bumi, jangan berangan-angan nak petik bintang di langit!
Aku tarik laci dresser. Sampul putih di bawah tindihan kotak bracelet Feral Doe aku ambil. Duit itu aku masukkan dalam sampul itu.
Sekali pun aku tak pernah ambil kalau Adri bagi dengan cara begini. Aku akan simpan dalam sampul. Tak tahu berapa jumlah semua sekali di dalam tu. Setiap kali dapat pun dah begini punya banyak.
YOU ARE READING
HER OBSESSION: ADRI
RomancePART 2 | OBSESSION | SEQUEL : TODAY HER's ADRI's 1/10/2022 - 7/2/2023 Dari pertemuan pertama. Hingga ke pertemuan kedua. Melanjut ke pertemuan ketiga yang langsung tak disengajakan. Orang kata kalau berjumpa lebih dari sekali itu tandanya jodoh. Tap...