Mummy dan mama menemani hanya untuk seminggu. Itu pun mereka terpaksa menyewa hotel berdekatan gara-gara rumah ini hanya ada dua bilik. Dua-dua bilik sudah berpenghuni jadinya mereka terpaksa tinggal di luar.
Hari-hari mama dan mummy datang menjenguk kami. Menjenguk Khuz dan si kembar termasuk puteri bongsuku, Luna. Tak putus-putus mereka memberi pesanan pada Adri supaya menjaga aku ketika dalam pantang.
Depan mama dan mummy, aku tunjukkan yang akulah wanita paling bahagia dan beruntung bersuamikan lelaki seperti Adri. Namun di kala kedua-duanya sudah pulang ke rumah, aku balik kepada diriku yang sebenar. Di mana aku mula membencikan suami sendiri. Mula muak melihat wajah tampan itu setiap sudut ruang rumah ini.
Kalau Luna menangis dan Adri ada di situ, aku takkan mendekat. Biarlah Adri yang uruskan. Sehinggakan Adri yang menguruskan Luna dan aku hanya menguruskan diri sendiri.
Makanku hanya sekadar syarat. Kalau mengingatkan anak dan diri sendiri memang aku tak hadap nak telan makanan masakan Adri. Teringat tubuhku sedang dalam proses membaik dan Luna memerlukan susu badan. Aku terpaksa merendahkan sedikit ego.
Sebolehnya aku mahu mengelak dari memandang wajah empunya manusia yang pernah menghuni hatiku. Perasaanku menjadi berat dan dadaku sesak. Hatiku terasa seakan disiat-siat tiap kali aku melihat wajah itu. Teringatkan apa yang sudah terjadi padaku kerana perbuatan lelaki ini.
Bijak sungguh dia berlakon. Depan mama dan mummy punyalah baik tapi bila dengan aku, habis semua perangai dia ditunjukkannya.
Telingaku menangkap suara Luna merengek. Si kecil itu memang baik. Tak pernah menangis smapai melalak kuat dan tak terkawal. Selalunya merengek ketika lapar, tak selesa atau lampinnya penuh.
Lepas ini Adri akan masuk ke bilik. Tak sampai tiga saat, pintu terbuka. Adri berdiri sambil mendukung Luna dalam tangan. Bibir lelaki itu mendendangkan ayat-ayat suci Al-Quran. Itulah yang Adri buat kalau Luna merengek. Sama ada akan ditenangkan dengan ayat suci Al-Quran atau selawat. Luna pun akan diam dan tenang semula.
"Khalila..."
Aku diam. Tak mahu menyahut seruan Adri. Sayup kedengaran suara Adri mengeluh perlahan.
"Emery...Luna nangis ni. Dia lapar" kata Adri lembut.
Aku diam lagi. Mata sengaja aku pejam rapat-rapat. Tak mahu lihat sama ada Adri atau Luna yang berada dalam dukungan Adri.
"Sayang, janganlah macam ni. Ini anak kita. Nak marah saya, silakan tapi jangan lepaskan pada anak. Kesian anak kita. Turunkanlah ego awak tu sikit"
"Dalam fridge ada susu saya dah pam. Pergilah panaskan" arahku. Mata langsung tak aku buka.
"Dah berapa lama Luna minum susu tu. Bagilah dia menyusu secara direct juga. Sejak mama dengan mummy balik, awak tak pernah bagi Luna susu badan. Ini anak, Khalila"
"Anak awak. Bukan anak saya"
"Khalila Emara...apa awak cakap macam tu? Didn't you see that I tried everything to get your apology? Dah banyak kali saya minta maaf, kan?" Adri seakan tak puas hati. Namun suaranya tak ternaik malah tenang dan lembut.
Aku buka mata. Memandang dinding putih tak bercorak. Separuh dinding itu tertampal wallpaper kertas dedaun hijau. Sekarang ini fikiranku kosong.
Tak...fikiranku tak kosong. Fikiranku terlalu penuh hingga aku tak tahu hal yang mana patut aku fikirkan. Perasaan berat itu sentiasa ada. Menghantuiku setiap hari dan masa. Tentunya membuatkan aku tertekan hingga sampai ia hanya terluah dengan air mata.
"Em sayang, saya tahu di mana salah saya pada awak. Saya cukup tahu. Why not awak beri saya peluang kedua?"
Aku kalih badan dan duduk.
YOU ARE READING
HER OBSESSION: ADRI
RomancePART 2 | OBSESSION | SEQUEL : TODAY HER's ADRI's 1/10/2022 - 7/2/2023 Dari pertemuan pertama. Hingga ke pertemuan kedua. Melanjut ke pertemuan ketiga yang langsung tak disengajakan. Orang kata kalau berjumpa lebih dari sekali itu tandanya jodoh. Tap...