BAB 34

248 16 0
                                    

"Mana aku letak ni?"

Tertunduk dan tertonggeng aku mencari kotak pil yang aku sorok di kabinet bawah singki. Rasanya ada di belakang gelas dan stock tuala wanita aku. Sekarang ni tak ada. Barang kepunyaan aku tu pun dah dialih ke tempat lain.

Yang guna bilik air ni cuma aku dan Adri. Khuz ada bilik air sendiri di luar. Memang tak kacau bilik air kami.

Takkanlah Adri?

Dengan debar di dada aku keluar dari bilik air. Memandang ke arah Adri yang hanya berseluar pendek sedang duduk di katil. Bersandar sambil mengetik sesuatu di Macbooknya.

"Awak" takut-takut aku memanggilnya.

"Hm"

"Nampak vitamin saya tak?"

Adri menaikkan mata sesaat dua memandang ke arahku. Kemudian dia sambung tengok Macbook macam tak ada apa berlaku. Gayanya sangat selamba.

"Vitamin apa?" Adri bertanya.

"Yang saya simpan dekat kabinet tu"

"I did"

Oh! Adri yang susun rupanya. Lega sungguh aku rasa sekarang ni. Sudahlah aku dah kelewatan dua hari tak makan. Dalam seminggu dua ni Adri ni melekat lama dekat rumah. Tidur dengan aku setiap hari walaupun tak buat apa.

Macam dah buang tebiat. Pelik-pelik je Adri ni.

Sebab dia dekat rumah dan kelas aku tak berapa banyak sejak dua menjak ini, kami agak aktif. Dah dua hari aku cari pil aku tapi tak jumpa. Aku mula takut.

"Dekat mana awak nampak?" aku menarik nafas lega.

"Garden. Belakang"

Macam lain je.

"Sebelum vitamin awak tu kena bakar" Adri memandangku.

Riak lega serta merta hilang dari wajahku. Aku yakin sekarang ni Adri dapat melihat perubahan wajahku dengan jelas. Lihat dia senyum mengejek pun aku dah tahu.

Keningnya diangkat sebelah.

"Mind me to ask kenapa awak ada birth control pill?" aku tahu dia sengaja. Dia dah tahu jawapannya.

Aku tak mampu jawab.

"Saya dah tahu kenapa dalam hampir setahun kita nikah ni langsung tak ada tanda yang awak mengandung. Kalau saya tak terdetik nak cari razor dekat situ mesti saya takkan jumpa benda tu, kan? Sampai ke tua saya tak ada anak" Adri letak Macbooknya ke tepi.

Dia bangun dari duduk.

"Defend yourself Emery Vellouis"

Adri berdiri di depanku.

"Bagi jawapan awak pada saya kenapa sanggup makan birth control selama ni. Memang awak tak nak bagi saya anak ke?"

"Adri...saya belum ready" aku tak mampu membela diri.

"Saya tak minta awak jaga. I can handle myself. Saya pernah jadi duda jaga anak saya sorang-sorang"

Aku tertunduk. Malu dengan Adri.

"Kita dah setahun tahu? Selama ni saya bodoh sorang-sorang tertanya sendiri kenapa sampai sekarang saya tak dapat dengar dari mulut awak yang awak pregnant. Paling saya takut bila awak gugurkan anak kita. Bila saya perhati, awak memang tak pernah pregnant. So, why? Sebab masalah saya ke?"

"Sebab saya sedar yang saya pun diperbodohkan oleh awak" ujarku.

"Maksudnya?"

Aku memilih untuk menyimpan jawapanku. Tak mahu memanjangkan isu dengan Adri. Bergaduh berhari-hari tak sudah nanti.

HER OBSESSION: ADRIWhere stories live. Discover now