BAB 42

260 11 3
                                    

Mata aku buka. Dejavu.

Aku tahu perasaan dan keadaan ini. Aku berada di hospital. Suasana familiar ini sudah pernah aku rasakan beberapa bulan lepas.

Kepala menoleh ke kanan. Aku nampak mama dan mummy saling bergandingan. Mereka ketiduran. Bila mata menangkap di celah cermin tingkap barulah sedar yang sekarang sudah hampir malam.

Langit tersimbah warna oren dan kuning yang cantik. Menandakan matahari sedang mengucapkan selamat tinggal dan berjalan pergi. Di kejauhan ada lambaian mesra sang bulan yang mula memunculkan diri.

Aku mengeluh. Perutku terasa sakit. Macam baru lepas tersayat.

Tanpa sedar tanganku bawa untuk mengusap perut sendiri. Serta merta aku rasa jantungku hampir berhenti berdegup. Automatik aku memandang tangan sendiri. Terasa macam nak menjerit. Itulah yang aku buat. Menjerit!

Mama dan mummy yang ketiduran langsung bangun. Tegak badan masing-masing dan meluru ke arahku.

"Kate, kenapa ni?" mama memegang tanganku.

"Mengucap sayang. Kamu okay tak?" Mummy turut prihatin.

Dengan mata yang basah dan berkaca-kaca aku pandang mereka bersilih ganti. Sedang aku teresak menangis aku menguraikan kata.

"Baby Kate hilang!"

Apa perasaan seorang ibu apabila buka mata dan menyedari perut yang membulat dan besar sudah kempis tak berisi. Walaupun aku tak rela kandungan ini terjadi tapi aku sayangkan anak aku. Apabila dia hilang, terasa hati dan jiwaku turut dibawa pergi.

Takku peduli dengan mummy dan mama yang cuba menenangkan aku. Bersungguh-sungguh aku menangis dan meraung. Meningatkan yang tiada lagi penguat jiwa bersamaku.

"Sabar sayang. Nanti kita pergi tengok baby ya?" pujukan mummy membuatkan aku terdiam.

"Baby?"

"Iya. Baby dah lahir. Nanti kita pergi tengok sama-sama ya? Mummy dengan mama Kate pun tak tengok baby lagi"

Aku pandang mama. Mahu memastikan yang mummy tak berbohong.

"Kate dapat baby girl. Nanti mama teman tengok baby. Sekarang ni doktor tengah cek baby" mama menyokong kata-kata mummy.

"Baby girl?"

Mama dan mummy mengangguk.

"Kita cek dulu ya? Nanti minta nak jumpa baby dengan doktor" mummy usap kepalaku dengan lembut.

Ya Allah, anak aku!

◦•●◉✿✿◉●•◦

AKU cepat-cepat mengendong bayi kecil yang dihulur oleh jururawat. Wajah bulat dan kecil kemerah-merahan itu aku kucup sepuas hati. Terasa macam nak menangis apabila sekarang aku dah mampu mendukungnya.

Comelnya anak aku. Aku cukup senang dan gembira apabila dia lahir. Namun begitu, ada yang membuatkan aku sedikit rasa kurang senang.

Wajahnya ada mirip Adri. Mengingatkan lelaki itu membuatkan hatiku hancur lagi. Makin sesak apabila aku lihat orangnya berdiri di depan katil. Merenungku mendukung bayi kecilku.

Memandangkan ada mama dan mummy jadinya aku tak mahu membuat sebarang kekacauan. Bayi imut sedang tidur lena. Bimbang pula dia terjaga nanti.

Tangan Adri naik mahu mengusap kepalaku. Spontan aku berganjak menjauhi. Anak dalam dukungan juga aku peluk lebih erat. Aku tak mahu disakiti lagi oleh dia. Sekilas pandang, aku dapat lihat raut wajah Adri berubah. Namun lelaki itu tetap terus mengusap kepalaku dengan lembut.

"Ri dah bagi nama?" mummy bertanya.

"Nuha"

Terkatup mulut setiap orang di dalam ruangan ini mendengar sebaris nama yang Adri ucapkan sebentar tadi. Aku pun turut terdiam. Namun benda ini sudah aku jangkakan.

"Arzalna Luna Nuha" Adri senyum kecil.

"Panggil Nuha la ya?" mummy juga mengoyak senyum. Nampak bahagia.

"Luna"

Kenapa Adri tak berbincang denganku tentang nama anak kami? Sekali pun Adri tak pernah ajak aku berbincang memilih nama anak. Tiba-tiba Adri letak nama Nuha pada anak kami.

Memang nama itu cantik. Empunya nama yang aku kenal pun orangnya cantik dan bijak. Baik pula tu. Orangnya juga memberi kesan dalam hidupku. Tak kira ketika dia hidup atau ketika dia sudah pergi tapi tak perlu juga untuk meletakkan nama itu sebagai nama anak aku.

Aku juga ada keinginan. Aku pun mahu menamakan anak aku. Aku ini ibunya. Aku punya hak!

Malangnya aku tak mampu untuk melawan. Aku hanya diam dan manut. Mata memandang bayi kecilku yang lena tidur dalam dukungan.

Luna.

Tak silapku, jika Luna di dalam bahasa Sepanyol bermaksud bulan. Seperti yang Adri pernah panggil Nuha dengan panggilan itu juga. Mi Luna.

Bulanku.

Tak mengapa puterikesayangan mummy, nanti mummy akan sayang awak sama macam mummy sayangabang-abang awak ya? 

 ━━━━━━━━━━━━━━━━━━

HER OBSESSION: ADRIWhere stories live. Discover now