Segan aku nak menatap wajah Adri. Malu bertingkat-tingkat.
Beberapa hari setelah balik dari Johor, Adri rajin bawa aku keluar. Alang-alang katanya. Seperti kata Adri, kalau Khuz balik ke Malaysia takkan lekat di rumah. Kerjanya ajak berjalan aje.
Aku ikutkan. Dapatlah aku melihat-lihat tempat asing yang indah. Tak putus aku merekam video dan mengambil gambar. Namun malam tadi aku sakit teruk. Fikirku hanya sakit perut biasa rupanya bulan sudah mengambang.
Tebal muka ni bila aku terpaksa merelakan Adri membeli 'sesuatu' tu. Makin tebal bila malam tadi aku menangis di hadapannya. Gara-gara sakit yang teramat sangat. Mahunya dibelai dan diusap di kepala.
Guess what? Adri buat!
Dibelainya aku. Kepalaku diusap dengan lembut. Ditemani oleh Khuz yang selamba ikut baring bersama. Menepuk-nepuk lenganku.
Siap dibuatkan aku hot chocolate. Belikan aku beberapa snack. Sakit yang teramat sangat selalunya sekejap aje. Bila aku bangun dari tidur, sakit itu sudah hilang. Tak kisahlah tentang itu. Yang kisahnya bila si duda tu teman aku sehingga aku tertidur.
Di pagi ini aku langsung tak mahu berhadapan dengan dia. Malu tak terhingga. Panas muka aku bila bertatapan dengan Adri. Tak lupa anak dia sekali!
Aku duduk di ruang tamu. Menonton berita pagi untuk mengelakkan bertembung dengan Adri. Malas nak mengambil remote di atas meja.
Berita selanjutnya, pihak polis menemui mayat seorang lelaki merupakan salah seorang ahli usahawan berjaya dalam Malaysia yang ditemui telah mati dalam keadaan yang mengerikan. Turut berserta di samping mayat adalah bukti jenayah yang pernah dilakukan mangsa secara senyap. Mangsa dijumpai oleh seorang pembantu rumah wanita warganegara yang mahu membersihkan ruang kerjanya. Wanita itu kemudiannya menelefon polis dan memberi kenyataan tentang keadaan tersebut.
Mangsa didapati telah dikelar di bahagian leher sebelum ditikam di bahagian dada kiri yang menyebabkan jantung kehilangan fungsi. Bedah siasat menyatakan mangsa mati akibat kehilangan banyak darah dan gagal fungsi jantung. Ahli forensik tidak menemukan sebarang bukti tentang pembunuhan ini dan ia masih dalam siasatan polis.
Di pagi dah disuap dengan berita pembunuhan. Bosanlah!
Belum sempat aku nak capai remote dan menukar channel, ada tangan lain yang lebih pantas menyambar. Menambah volume suara agar berita tentang pembunuhan itu lebih jelas kedengaran.
Sedikit terkedu aku jadinya. Hampir aku terpegang tangan dia.
"Damn you Tiger!"
Itu yang aku dengar. Itu getusan perlahan Adri yang sempat aku tangkap.
Suara yang keras dan wajah berubah bengis. Mata menikam tajam serupa nak dipatahkan TV menjadi dua. Seakan darah sedang menggelegak. Memang tegang habis muka Adri. Bikin aku merinding!
Lidah jadi kelu. Ayatku mati.
Siapa Tiger?
◦•●◉✿✿◉●•◦
SEORANG lelaki melangkah mendekati. Sangat laju langkah kakinya. Saat dia betul-betul berada di depanku, aku dirangkul dalam satu pelukan dengan agak kasar. Hingga kepala aku berlaga dengan dagu.
Tanpa sempat aku berbuat apa-apa, pipiku dicengkam. Kasar tapi lembut. Cukup untuk mengelakkan kepala aku bergerak. Terdongak memandang ke arah wajah yang kelihatan samar-samar. Kabur.
Walaupun mataku terbuntang luas kerana itu tapi aku masih tak dapat melihat wajah lelaki itu di depan mata. Wajah lelaki itu mendekat. Mataku tertutup rapat. Terasa seperti sepasang bibir mengucup ke seluruh inci wajahku dengan bernafsu.
YOU ARE READING
HER OBSESSION: ADRI
RomancePART 2 | OBSESSION | SEQUEL : TODAY HER's ADRI's 1/10/2022 - 7/2/2023 Dari pertemuan pertama. Hingga ke pertemuan kedua. Melanjut ke pertemuan ketiga yang langsung tak disengajakan. Orang kata kalau berjumpa lebih dari sekali itu tandanya jodoh. Tap...