BAB 30

253 18 0
                                    

Selesai semua urusan di Malaysia, kami balik ke Edinburgh. Menjalani kehidupan sebagai suami isteri normal seperti yang lain. Tak banyak yang berubah dari kebiasaan. Cuma ahli di dalam rumah ini sudah bertambah lagi seorang dan sebahagian barang selama ini tak ada sudah pun wujud di dapur.

Waktu tak busy aku akan masak. Yang mudah-mudah. Aku ni bukannya pandai masak. Tapi selalunya Adri yang memasak memandangkan banyak masa lelaki itu ada di rumah.

Kelas Adri tak banyak. Adri banyak siapkan thesis dan kerja di rumah. Ruang tamu rumah dijadikan sebagai tempat Adri menyelesaikan tugasan. Kadang sampai berjaga ke tengah malam.

Tentang Khuz pula tak rumit. Aku beruntung dapat jaga dia. Khuz tak banyak fiil. Mudah dengar cakap dan arahan aku. Pandai sungguh Adri jaga Khuz. Sekarang ini pun aku nampak Khuz lebih ceria dari selalu.

Kami menjalani hidup sebagai satu keluarga yang aman dan harmoni. Aku sebagai ibu. Adri adalah ayah dan Khuz adalah anak kami. Walaupun Khuz bukan anak aku tapi aku sudah anggap Khuz macam anak sendiri. Aku dah sayangkan dia.

Hingga ke hari ini aku masih tak dapat jawapan tentang hal hati dan perasaan Adri untukku. Lelaki itu agak berbeza berbanding tempoh hari. Aku dapat rasa perubahannya meski ia tak jelas ketara.

Aku merasa Adri agak dingin dari selalu. Tak selalu berkomunikasi dengan aku. Dia banyak bercakap dengan anak dia je. Mulanya aku rasa aku overthinking atau hanya bersangka buruk tapi lama kelamaan aku rasa Adri makin menjauh. Semakin jauh dari aku.

Kadang kala aku merasa seakan aku ni orang asing di rumah ini. Terasa macam tempatku sebagai seorang isteri yang tak diiktiraf.

Suami di depan mata. Aku nampak dia tapi aku tak mampu mencapai orangnya. Mungkin secara fizikal aku kepunyaannya tapi secara batil, Adri bukan milikku. Hati Adri bukan milikku. Hati Adri milik Nuha.

Aku hanya tidur sekatil dengan Adri saat kami bersama. Jarang aku nampak Adri bila aku buka mata. Kalau tak Adri tidur dengan Khuz, dia akan tidur di sofa. Hati aku agak terguris dengan kelakuan suami sendiri.

Kerana nama dan populariti Adri kami jarang keluar berdua. Tambahan pula baru-baru ini Adri terlibat dalam satu rancangan TV popular. Dalam masa beberapa minggu lagi, Adri akan menjadi salah seorang cameo. Lepas ni Adri akan menjadi bintang Hollywood. Hal ini membuatkan kedudukan Adri semakin kukuh dalam dunia permodelan.

Ramai yang berangan-angan menjadi popular dan terkenal tapi tak semua yang akan dapat peluang itu. Di realitinya dunia kontroversi sangat menyakitkan. Semuanya palsu!

Adri tidak terlalu terbuka tentang maklumat peribadi dan tentang keluarganya di khalayak. Hingga aku rasa macam aku ni perempuan simpanannnya.

Kalau betul aku isterinya, kenapa tak diumumkan pada semua orang?

Gelas di tangan aku letak di atas singki. Satu nafas berat aku hela berat. Masih terlalu awal untuk aku jatuh. Baru berapa lama jadi isteri orang dah muak. Nanti apa pula tanggapan orang. Lagipun Adri bukannya buruk benar.

Macam papa Adri pernah cakap, banyak hal rumah tangga Adri boleh uruskan. Tak ada rasa lelah waktu aku penat pulang dari kelas di petang hari. Keadaan rumah dah kemas dan bersih. Makanan hanya tinggal panaskan.

Satu lagi keluhan terkeluar.

Tak berapa lama aku mendengar bunyi enjin kereta mati di garaj. Yakin Adri dah balik dari kelas. Kelam kabut aku simpan gelas dan kotak pil di atas singki.

Daun pintu aku tolak. Dan tak dan terpampang muka Adri di depan pintu. Masih dengan kemeja biru gelap yang aku nampak dia bersiap sebelum ke kelas tadi. Wajah itu berkerunyut. Dahi berkerut.

HER OBSESSION: ADRIWhere stories live. Discover now