Aku mendekati Khuz yang sedang berbaring di sofa. Bersila panggung sambil membaca buku. Tak dapat aku baca apa yang tertulis. Ia tertulis dalam bahasa Sepanyol.
Bulat mata Khuz memandangku yang mula duduk di sofa tunggal. Satu senyuman aku ukir. Sekadar untuk bermesra.
Entah kenapa aku suka dengan anak kecil ini. Mudah dijaga. Makan dan minumnya juga senang dihulur. Tak menolak langsung. Patuh dengan arahan sesiapa. Asalkan nanti harus dipuji dan diberi upah.
Untung Khuz punya ayah seperti Adri. Orang bijak. Well educated. Sehingga mampu menggunakan pendekatan psikologi dalam mendidik anak. Keadaan ini membuatkan aku berfikir semula tentang nasib anak-anak yang kurang baik.
Anak-anak yang menjadi mangsa ibu dan bapanya sendiri. Sebenarnya anak-anak layak mendapatkan pasangan ibu bapa namun tak semua pasangan ibu bapa layak mendapatkan anak.
Hingga ke hari ini saja sudah berapa banyak anak-anak yang menjadi mangsa pelecehan berpunca dari sikap ibu dan ayahnya sendiri. Mereka sepatutnya dibesarkan dengan kasih sayang bukan secara melulu. Itu pentingnya ilmu sebelum menjadi ibu atau bapa.
Aku berasa terpukul dengan fikiran sendiri. Sedangkan aku sendiri meninggalkan Xander di rumah semata mahu ke sini.
Fikiran negative aku tolak jauh-jauh. Sumpah ini kali pertama dan terakhir aku berperangai tak matang seperti ini. Kasihan pada Xander yang bersendirian. Pasti dia tercari-cari aku dan bertanya ke mana aku pergi.
Tak lama pun, Kate. Tiga minggu aje. Lepastu kau boleh balik semula.
Nafas panjang aku gali dalam-dalam.
Di hati aku baru berniat nak menegur Khuz tapi aku dulu-dulu dipotong bicara. Laju betul mulut kecil berkata-kata. Petah yang amat!
"I don't want to talk with you" Khuz memalingkan mukanya.
Tersentap aku jadinya. Anak kecil berumur lima tahun boleh cakap sedemikian pada orang yang lebih besar. Apa yang daddy dia suap dari kecik? Dari sebahagian yang aku ingat dari cerita Nuha bertahun lepas. Adri orangnya dingin dan beku. Tak berperasaan.
Lepastu sekarang ni menurun ke anak pula. Jadi beku dan tak beremosi.
"Khuz tak suka aunty ke?" aku memancing minatnya.
Khuz hanya jeling aku.
"Okay. Khuz tak good boylah kalau macam tu. Sebab Khuz tak nak kawan aunty" pancingku lagi.
"If you shut your mouth, daddy will never know what we have talked"
Deg!
Ini budak lima tahun atau remaja nakal yang egois? Terlalu jauh tanggapanku pada Khuz dengan anak-anak seumuran dengannya.
Apa yang daddy dia ajar masa kecik-kecik dulu ni? Cubalah bagitahu aku.
"If you think you can take daddy from me, keep dreaming. You won't" Khuz menyambung.
"Why? Khuz love mama?"
"Yes"
"Aunty knows mama. We used to be best friend. We are siblings"
Reaksi wajah Khuz berubah. Menjadi teruja. Terangkat tubuh kecil itu bertukar posisi menjadi duduk. Buku pula jatuh ke karpet tebal. Langsung tak dihiraukan.
Spontan aku tersenyum melihat kelakuan Khuz. Lagi-lagi ekspresi wajahnya yang berbeza.
"You know mama?" Khuz bertanya. Kedengaran seakan terdesak.
"We are siblings"
"Really?"
Aku angguk. Wajah Khuz jelas nampak teruja. Bersinar dengan cahaya. Bibir kecil itu terkoyak dengan senyuman.
YOU ARE READING
HER OBSESSION: ADRI
Roman d'amourPART 2 | OBSESSION | SEQUEL : TODAY HER's ADRI's 1/10/2022 - 7/2/2023 Dari pertemuan pertama. Hingga ke pertemuan kedua. Melanjut ke pertemuan ketiga yang langsung tak disengajakan. Orang kata kalau berjumpa lebih dari sekali itu tandanya jodoh. Tap...