THIS IS THE EDITED VERSION.
The rest will be upload later after I done writing it. Sabar. Jangan tak sabar. Tangan ada dua je ni. As you read the first sentence, aku tak nak terima soalan compare ending HON dengan beningging (beginning) HOA. Ending HON aku akan edit nanti. Kau sabar je. Bagi aku buat kerja satu-satu.
Aku try habiskan HOA dalam masa yang terdekat ni. Semua dah settle. Tinggal tulis je. And I already see what I'm going to write soon.
Aku bagi dulu apa yang aku ada. This is unedited. Tak ada final check untuk grammar and those stuff. This is everything. Yes, this is the whole thing I've write dalam masa sebulan ni. Nanti aku update lain. Enjoy!
━━━━━━━━━━━━━━━━━━
"Tok Ray!"
Tubuh tua Tok Ray aku dakap erat. Boleh tahan kuat aku menerpa sampai Tok Ray terundur dua tapak ke belakang. Telinga menangkap suara tua itu ketawa.
Rindu yang teramat sangat pada Tok Ray dan nanny. Mereka sudah berpindah ke Malaysia beberapa tahun lepas. Sejak itulah aku jadi sunyi. Kerap teringat-ingat dan rindu. Ikutkan perasaan, aku mahu ikut mereka tapi aku masih sekolah. Aku habiskan sekolah terlebih dahulu.
"Besar dah cucu Tok Ray" kata Tok Ray.
Aku ketawa dalam pelukannya. Dulu aku masih di awal remaja ketika kami berkeluarga. Sekarang aku sudah dewasa. Sudah 20 tahun. Tak sangka tujuh tahun sudah berlalu. Masa terlalu pantas berputar.
Memandangkan aku sudah tamat sekolah dan menganggur, aku ambil keputusan untuk melawat Tok Ray dan nanny. Lagipun lepas aku balik dari Malaysia aku akan menyambung pelajaran. Aku ke sini pun tak bagi tahu pada mama dan papa.
Halang lagi aku datang ke sini. Masih menganggap aku kecil dan anak-anak. Sekarang ni aku sudah buktikan yang aku mampu menjaga diri sendiri walaupun tadi aku sesat sekejap di KLIA.
Mujur Bahasa Melayu aku yang tak berapa mantap boleh diguna. Dapatlah aku ke sini dengan selamat. Terima kasih untuk pasangan suami isteri yang bantu aku tadi. Moga perjalanan mereka berbulan madu berjalan dengan lancar.
"Kate dah cantik. Nanny rindu dengan Kate" nanny pegang wajahku.
Aku senyum malu-malu. Dah selalu dipuji tapi segan. Memang aku sudah tumbuh dewasa sekarang. Mestilah banyak perubahan dari awal remaja dulu dan sekarang.
"I miss you too" ucapku.
"Jom. Kita rehat di bilik. Nanny dah siapkan"
"Merci"
Baru setapak aku melangkah, Tok Ray berbicara sesuatu. Aku berhenti sejenak untuk mendengar bait bicaranya. Rupanya Tok Ray berpesan supaya nanti aku keluar semula untuk makan malam usai solat Isyak.
Aku hanya angguk dan bersetuju. Sememangnya sewaktu aku tinggal bersama mereka setiap hari kami makan bersama. Tak ada sehari pun aku makan sendiri.
Langkah aku teruskan lagi. Mengikut nanny dari belakang. Ketika aku melintasi pintu kayu bercat putih. Mulai aneh kerana itu satu-satunya pintu bercat putih sedangkan yang lain berwarna coklat.
YOU ARE READING
HER OBSESSION: ADRI
RomantizmPART 2 | OBSESSION | SEQUEL : TODAY HER's ADRI's 1/10/2022 - 7/2/2023 Dari pertemuan pertama. Hingga ke pertemuan kedua. Melanjut ke pertemuan ketiga yang langsung tak disengajakan. Orang kata kalau berjumpa lebih dari sekali itu tandanya jodoh. Tap...